31 Oktober, 2011

PABILA HUJAN TURUN ... apa?

Dah lama jugak tak update entri kat blog ... tapi taklah sampai berhari-hari. Hari ini jam 6.45 ptg hujan masih turun mencurah-curah. Sempat jugak shoot beberapa gambar di hadapan rumah. Guna samsung GALAXY S plus. Menulis pun dah nak masuk waktu Maghrib. Gambar sikit masa lagi akan diupload. TUNGGUUUUUU ... !!!!!

Segala puji bagi Allah, pada saat ini Allah telah menganugerahkan kita suatu kurnia dengan menurunkan hujan melalui kumpulan awan. 
Allah Ta’ala berfirman,

Berdoa Tatkala Turunnya Hujan
Dari Zaid bin Khalid Al Juhani, Nabi s.a.w. melakukan solat subuh bersama kami di Hudaibiyah setelah hujan turun pada malam harinya. Tatkala hendak pergi, beliau menghadap jemaah solat, lalu mengatakan, "Apakah kalian mengetahui apa yang dikatakan Rabb kalian?" 
Kemudian mereka mengatakan, "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui". Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda ;

أَصْبَحَ مِنْ عِبَادِى مُؤْمِنٌ بِى وَكَافِرٌ فَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللَّهِ وَرَحْمَتِهِ. فَذَلِكَ مُؤْمِنٌ بِى وَكَافِرٌ بِالْكَوْكَبِ وَأَمَّا مَنْ قَالَ مُطِرْنَا بِنَوْءِ كَذَا وَكَذَا. فَذَلِكَ كَافِرٌ بِى مُؤْمِنٌ بِالْكَوْكَبِ 

“Pada pagi hari, di antara hambaKu ada yang beriman kepadaKu dan ada yang kafir. Siapa yang mengatakan ’Muthirna bi fadhlillahi wa rohmatih’ (Kita diberi hujan kerana karunia dan rahmat Allah),maka dialah yang beriman kepadaku dan kufur terhadap bintang-bintang. Sedangkan yang mengatakan ‘Muthirna binnau kadza wa kadza’ (Kami diberi hujan kerana sebab bintang ini dan ini), maka dialah yang kufur kepadaku dan beriman pada bintang-bintang.”
(HR. Muslim no. 240)

30 Oktober, 2011

TIADA KATA SEINDAH BAHASA >>> idea tersekat @ rehat sebentar

p/s : ssshhhhh !!!!

Oh BAPA !!! >>> Bertanggungjawablah ...

Kepada kaum BAPA @ LELAKI :
1. Digalakkan membantu dalam kerja-kerja rumah tangga disamping tidak mengabaikan ibadat dan peranannya di dalam masyarakat.

2. Disarankan jadilah pemimpin yang baik ialah mereka yang dapat melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga (rumah tangga) dan negara dengan baik dan sempurna.
3. Keluarga yang bahagia akan terhasil apabila suami dan isteri dapat melaksanakan tugas dan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan saling membantu dalam urusan harian tanpa mengabaikan kewajipan kepada Allah S.W.T.


Oh IBU !!! >>> Sampai Hati

GAMBAR ini kita orang dapat kat FB.
Jom!!! Kita kongsi sama-sama.
Nyatakan pendirian kita semua mengenai situasi ini dalam masyarakat Malaysia yang kononnya sudah menjadi WARGA NEGARA MAJU.
LEBIH JELAS LAGI !!!
Kita orang susun gambar ikut urutan .....
FIKIR-FIKIRKANLAH ....

PENYANGAK fb >> Kami Ada Cara...

PERASAN TAK ANDA !!! Sekarang ni facebook banyak berubah kan?
Cuba tengok web anda.. ada tak http?
Kalau tak ada mudahlah hacker-hacker + penyangak di luar sana nak hack facebook anda.. dan bagi link url bukan-bukan.. termasuklah chat box anda..
Woi!!! ... cara penyelesaiannya mudah saja...

1. log in fb dulu ... MESTI
2. first thing to do.. make sure password anda tu secure!.. gunalah password yang selamat sikit... pandailah korang make a password yang kuat dan selamat diguna.
3. cuba tengok URL anda... ada www je ke or ada http?
    kalau tak ada http tu maknanya tak secure lah...
4.sila tekan account--> account setting

5. sekarang pilih security--> secure browsing--> click checkbox secure browsing--> save
sekarang dah secure!!! tapi nak lagi selamat buat langkah berikut pula ye!!
6. pilih Facebook advert--> edit third parties advert setting --> if we allow....--> pilih no one--> save
7. pilih Facebook advert--> edit social adverts setting --> pilih no one juga untuk 'pair my social action....'

CUBA JANGAN TAK CUBA ... kalau dah OK bagitau kat kita orang.

BUANG JAUH-JAUH >>> WIDGET myJODOH dalam blog

RAMAI antara kawan -kawan kalau perasan di sebelah kiri blog kau orang ada widget ni lah rupanya ............................>>>>>>>>>>>>>>>>>
tiba-tiba aje boleh muncul... hairan dan aneh... lepas tu tertanya-tanya macam mana nak hapuskan widget ni ? Ada orang suruh pegi kat design template and search - lawati my jodoh and delete.. try buat tapi tak jumpa ..
MaCAM ni lah kalau nak tengok rupa makhluk tu ...
cara nak buang mudah saja.. kawan-kawan hanya perlu remove satu gadget dalam blog kawan-kawan.. which is ada link dengan waktu solat... waktu solat ni dia connected dengan widget lawati my jodoh tu...
PERHATIAN : Apa link yang korang buat ada bersangkutpaut dengan url wktusolat.net gerenti ada widget tu. So lebih baik tak payah bubuh url kat blog korang, sebabnya loading jadi lambat.... ngantuk mata dibuatnya.


KESIMPULANNYA : Kalau korang nak jugak waktu solat kat blog korang, kita orang cadangkan gunapakai url ini.
.. http://www.islamicfinder.org/world.php
pilih Malaysia >> pilih kawasan korang duduk/tinggal/menetap/penghuni/ect.

ZULHIJJAH >>> Ibadah Korban

PROGRAM IBADAH KORBAN 
MASJID JAMEK SABAK UNI 2012
Semua ahli kariah masjid dipelawa untuk menyertai program ini. 
Untuk keterangan lanjut sila hubungi melalui telefon seperti tertera di dalam poster yang disertakan.

HIKMAH BERQURBAN
1. Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.

2. Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

3. Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN
1. Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan dirinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.

2. Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH QURBAN
1. Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.

2. Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.

3. Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.


Sumber : http://www.al-azim.com

DIARI SUBUH >>> kebaikan mendahului kemungkaran

30 OKTOBER, Ahad jam 6.05 a.m. berkesempatan mendengar tafsiran al-Quran di masjid mengenai topik melakukan yang baik-baik dan menjauhi yang tak baik. Dengan itu melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar merupakan ukuran keimanan seseorang sama ada pada tahap tinggi atau rendah.

Sebaliknya melarang yang ma’ruf dan menyuruh yang mungkar adalah ciri-ciri orang munafik:

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh yang mungkar dan melarang yang ma’ruf,
dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.
[at-Taubah 9:67]


29 Oktober, 2011

ZULHIJJAH >>> Kembalinya Dinanti-nanti

Assalamualaikum...
Zulhijjah, ketibaanmu amat dinanti-nantikan dan kehadiranmu penuh dengan kerahmatan ....pelbagai amalan disunatkan untuk dilaksanakan pada bulan yang mulia ini...

Antara amalan sunat yang amat digalakkan adalah :

1. Zikir : Iaitu dgn memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya :

“Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu..” (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

2. Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

3. Melakukan lain-lain amalan seperti bersedekah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

4. Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

5. Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

6. Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : “dan berdoalah dan berkorban”. Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب


Ertinya : “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati” (Al-Hajj : 32)

Sumber : http://www.zaharuddin.net

GULA oh GULA ! >>> Manismu Tetap Menjadi Pujaan 7

PERHATIAN
Gula biasa tidak mengandungi nilai nutrisi dan hanya tinggi dengan kalori, di mana pengambilan berlebihan menyebabkan anda menyimpan lemak yang tidak diingini. Yang lebih teruk lagi, berlebihan gula boleh merosakkan kesihatan anda kerana gula :
Meningkatkan risiko anda terhadap kencing manis
Mencetuskan keradangan seluruh badan
Meningkat risiko terhadap masalah jantung
Menyuapkan sel kanser yang sedang membesar
Mempercepatkan proses penuaan
Memburukkan lagi keletihan kronik anda
Menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit gusi
Membantutkan sistem imun anda
Menimbulkan masalah hormon
Dan banyak lagi

DARI SEGI MORALNYA
pilihan yang terbaik untuk anda menjadi lebih sihat adalah dengan menjauhi gula TETAPI jangan sampai tak ambil gula langsung. JATUH PENGSAN nanti susah anak isteri@suami.

GULA oh GULA ! >>> Manismu Tetap Menjadi Pujaan 6

PERHATIAN

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.

Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan. Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.

Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar.

GULA oh GULA ! >>> Manismu Tetap Menjadi Pujaan 5


PERHATIAN
BUAH TEMBIKAI (HONEYDEW)
-  mengandung vitamin C dan provitamin A.
-  mengandung zat anti kanser dan anti oksidan.
- mempunyai kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti :
a. mencegah darah daripada memekat.
b. membersihkan kulit.
c. melancarkan saluran pencernaan.
d. menurunkan kadar kolesterol.

GULA oh GULA ! >>> Manismu Tetap Menjadi Pujaan 4

PERHATIAN
Makan makanan yang rendah kandungan gula.

Caranya :

1. Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

2. Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

3. Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.

4. Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.

5. Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.

GULA oh GULA ! >>> Manismu Tetap Menjadi Pujaan 3


Gula merupakan bahan tambahan yang mampu menjadikan makanan dan minuman amat menyelerakan.

Bagaimanapun, jika diambil berlebihan ia boleh menjadi 'racun' merosakkan tubuh manusia secara perlahan-lahan.

Pengambilan gula berlebihan menyebabkan seseorang itu menghidap pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, tulang rapuh dan kanser.

Selain itu, Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendapati orang yang meminum minuman bergas dan minuman berasaskan sirap dua kali sehari atau lebih, menanggung risiko 90 peratus lebih tinggi dijangkiti kanser pankreas dan kulit berbanding mereka yang tidak meminumnya.

FAHAM..FAHAMKANLAH 
agar badan tak merana
sesal cepat UNTUNG ; sesal lambat RUGI 

GULA oh GULA ! >>> Manismu Tetap Menjadi Pujaan 2


PERHATIAN
Satu sudu teh gula pasir telah ditambah ke dalam kopi kosong tadi maka kalori untuk 1 sudu teh gula pasir adalah dalam lingkungan 30 kalori maka secawan kopi bersama 1 sudu teh gula bersamaan = 33 kalori.

GULA oh GULA ! >>> Manismu Tetap Menjadi Pujaan 1

Bagaimana cara untuk melupakan gula atau mengurangkan ingatan terhadap gula.
Yang sememangnya sentiasa menghantui dan menyelinap di segenap penjuru otak dan fikiran semua orang.
Jom !!! Kita layannnzzzz sama-sama ....
PERINGATAN 
Bagi mereka yang kuat makan gula
mulai saat ini setelah menatap dan membaca Langkah 1
ubah-ubahlah gaya peminuman kita
elakkan sama sekali air minuman bergula yang tinggi
makanlah ala kadarnya
CUBA !!! jANGAN TAK CUBA

28 Oktober, 2011

LUQMANUL HAKIM >>> 10 Pesanan Untuk Anaknya

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya:

“Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.” QS. 31:13

Tiada kata seindah doa dan nasihat yang berguna, Lukmanul Hakim adalah seorang hamba pilihan Allah, yang dianugerahi banyak hikmah dan rahsia kehidupan. Pada anaknya Lukmanul Hakim memberi nasihat, yang sarat makna dan rahsia kehidupan, semuga jadi pegangan.

1. Wahai Anakku yang ku sayangi
Ketahuilah sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di dalamnya. Bila engkau ingin selamat, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama taqwa, isinya iman dan layarnya adalah tawakkal kepada Allah SWT.

2. Wahai anakku yang ku sayangi
Sesungguhnya orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat perjuangan dari Allah. Orang yang insaf dan sedar telah menerima kemuliaaan dari Allah.

3. Wahai anakku yang ku sayangi
Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadah dan taat kepada Allah, maka dia bertawadhu’ kepadaNya. Dia akan lebih taat kepada Allah dan selalu berusaha menghindari maksiat.

4. Wahai anakku yang ku sayangi
Seandainya orang tuamu marah kepadamu (kerana kesalahanmu) maka marahnya orang tuamu itu adalah bagaikan pupuk bagi tanaman.

5. Wahai anakku yang ku sayangi
Jauhkanlah dirimu dari berhutang kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

6. Wahai anakku yang ku sayangi
Selalu berharap kepada Allah tentang segala sesuatu yang menyebabkan dirimu tidak derhaka kepada Allah. Takutlah kepadaNya dengan sebenar takut, tentulah engkau akan terlepas sifat putus asa dari rahmat Allah SWT

7. Wahai anakku yang ku sayangi
Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seseorang yang telah rosak akhlaknya akan senantiasa melamunkan perkara yang tidak benar, ketahuilah memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah dari mengembalikan nama baik atau kehormatan.

8. Wahai anakku yang ku sayangi
Engkau telah merasakan betapa berat memindahkan batu itu dan besi yang amat berat tetapi akan berat lagi dari semua itu, adalah apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

9. Wahai anakku yang ku sayangi
Janganlah sekali-kali engkau mengirimkan seseorang yang bodoh menjadi utusan. Jika tidak ada orang yang cerdas dan pintar, sebaiknya dirimu sendiri yang menjadi utusan.

10. Wahai anakku yang ku sayangi
Makanlah makanan bersama orang-orang yang bertakwa dan musyawarahkanlah urusanmu dengan para alim ulama dengan cara memohon nasihat kepadanya.

Dalam Islam ,anak-anak ialah anugerah daripada ALLAH S.W.T.Semua kanak-kanak yang dilahirkan tidak bersalah dan sama taraf.Tugas ibubapa adalah mengekalkan kualiti yang diwarisi ini dalam diri anak-anak.ALLAH S.W.T telah menjadikan manusia berdasarkan fitrah,iaitu setiap jiwa manusia mempunyai sifat-sifat tidak bersalah, kesucian, kebenaran dan kebebasan. Setiap jiwa manusia secara semula jadinya cenderung pada keadilan dan kebaikan, mempunyai pengetahuan dan pemahaman berkenaan kedudukannya di alam dan juga pada kebijaksanaan, dan kekuasaan ALLAH S.W.T.

ROKOK >>> Nak @ Tak Nak

'BATUK HAJI' >>> mengelakkannya

Benarkah kenyataan bahawa sepulangnya jemaah haji ke tanah air, mereka sering atau akan diserang batuk yang berpanjangan?Ayuh, kita selongkar punca-punca terjadinya batuk berpanjangan ini atau lebih dikenali dengan 'batuk haji'.

Makkah mempunyai 1.3 juta penduduk tempatan, tetapi jumlah ini tidak termasuk jemaah yang datang ke Makkah dari serata dunia untuk mengerjakan ibadah haji atau umrah.Walaupun semua jemaah telah diwajibkan mendapatkan vaksin-vaksin tertentu sebelum memasuki Arab Saudi, tetapi itu tidak memberi jaminan bahawa mereka tidak akan mendapat jangkitan penyakit daripada orang sekeliling.

Tambahan pula, ketika menjalani ibadah haji atau umrah, kita tidak tahu sama ada jemaah yang datang dari pelbagai pelosok dunia itu sudah mendapatkan vaksin pencegah penyakit yang diperlukan atau tidak.

Angkara sesak
Begitu juga, oleh kerana ramainya manusia di sana, jemaah sering terpaksa berada dalam keadaan berasak-asak. Ini memudahkan jangkitan virus seperti virus batuk atau selsema.

Bagi jemaah yang mempunyai sistem daya ketahanan tubuh yang rendah, maka risiko untuk mendapat jangkitan virus ini adalah lebih tinggi.

Cuaca panas
Cuaca yang terik dan panas di Makkah juga boleh menjadi punca batuk berpanjangan ini.

Justeru, jemaah dinasihati agar meminum air daripada botol-botol air yang bersih. Ini kerana meminum air yang tidak bersih boleh membuat masalah sakit tekak dan batuk.Begitu juga jika seseorang meminum air yang payau seperti air zamzam. Tetapi, ini tidak bererti bahawa jemaah tidak boleh meminum air zamzam.

Ini kerana kerajaan Arab Saudi telah mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mengeluarkan air zamzam yang bersih dan selamat untuk diminum jemaah seperti menyediakan cawan-cawan plastik atau botol-botol plastik yang jemaah boleh beli di luar Masjidil Haram untuk mengisi air zamzam.

Jemaah juga boleh membeli air zamzam yang tersedia dan disimpan di dalam bekas air di luar Masjidil Haram.
~~~~ ^^^^~~~~
“Daripada perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya sebagai penawar(ubat) bagi manusia” 
- An-Nahl: 69

~~~~^^^^~~~~

Kebaikan madu tualang
Menurut kajian yang dilakukan pada 2007 oleh Persatuan Kajian Lebah Antarabangsa atau International Bee Research Association (IBRA) yang berpangkalan di United Kingdom, madu lebah tualang boleh meredakan batuk berpanjangan semasa mengerjakan haji.

Kajian tersebut mendapati bahawa mereka yang memakan 20 gram madu lebah tualang ini sebanyak dua kali sehari sepanjang ibadah haji, akan kurang batuknya, malah madu itu boleh memulihkan batuk.

Madu lebah tualang ialah madu yang diambil daripada lebah hutan yang bersarang di pokok tualang di dalam hutan.

Sumber : Dian Sutra - cyBERITA

JUMAAT >>> Amalan pada MALAM & SIANG

Antaranya ialah :
1. Solat Subuh berjemaah
Dari Abu Ubaidah al-Jarrah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Tidak ada daripada mana-mana sembahyang yang paling afdhal daripada sembahyang Suboh pada hari Jumaat secara berjemaah dan saya berpendapat bahawa tidak ada sesiapa yang menghadirinya di antara kamu melainkan dia memperoleh keampunan” (At-thabarani)

2. Membaca surah Al-Kahfi pada siangnya
Dari Ibnu Umar r.a katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah hingga ke langit tinggi meneranginya pada hari kiamat dan dia akan diberi keampunan (terhadap dosanya) di antara dua Jumaat”

3. Membaca surah Al-Kahfi pada malamnya
Dari Abu Said Al-Khudri katanya: (bermaksud) “sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat, maka dia akan mendapat cahayanya di antara tempatnya dengan Kaabah”

4. Memperbanyakkan sedekah
Ibnu Abu Syaibah didalam kitab Al-Mushannaf telah mentakhrijkan daripada Ka,ab r.a, katanya:
(bermaksud) “Bersedekah pada hari Jumaat digandakan ganjarannya”

5. Membaca surah Ad-Dukhaan
Dari Abu Hurairah r.a, katanya, “Rasulullah s.a.w bersabda: (maksudnya) “sesiapa yang membaca ‘Haa Miim, Ad-dukhaan’ pada malam Jumaat, dia akan diberi keampunan” (Tarmizi).
Abu Umamah r.a, katanya “Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca ‘Haa Miim, Ad-Dukhaan pada malam Jumaat atau hari Jumaat, Allah membina sebuah rumah baginya di syurga” (At-Thabarani)

6. Membaca surah Yasiin pada malam Jumaat
Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat ‘Haa Miim Addukhaan’ dan ‘yasiin’ jadilah dia pada pagi harinya dalam keadaan diampuni” (Al-Baihaqi)

7. Zikir memohon ampun sebelum suboh hari Jumaat
Dari Anas r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Sesiapa yang membaca sebelum suboh hari jumaat sebanyak tiga kali ‘Astaghfirullah…….…wa atu-bu-ilaih’ dosanya diampun walaupun lebih banyak daripada buih di lautan” (At-Tabarani)

8. Memperbanyakkan selawat
Abu Umamah r.a katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda: (bermaksud) “Perbanyak oleh kamu selawat ke atasku pada setiap Jumaat kerana sesungguhnya selawat umatku dibentangkan ke atasku setiap Jumaat, maka sesiapa yang paling banyak berselawat ke atasku adalah tempatnya paling dekat denganku” (Al-Baihaqi)



Rujukan: Kitab Khususiyyaatu yaumul jumu’ah oleh Imam Jalaluddin Abdul Rahman bin Abu Bakar As-Suyuthi Rahimallah (Imam As-Suyuthi), huraian oleh Al-ustaz Muhammad Riyadh Al-Malih dan diterjemah oleh Hj Muhammad Nur Lubis terbitan Jabatan Mufti Negara Brunei Darussalam dengan tajuk 100 keistimewaan malam & hari Jumaat.

ANTARA 3 >>> Kebaikan VS Keburukan

ANTARA 3 >>> sama ada 3 KEBAIKAN dan 3 KEBURUKAN yang tersimpul dalam benak hati manusia selama mana mereka hidup di dunia ini. Oleh itu berwaspada selalu semoga 3 KEBAIKAN ini dapat menewaskan 3 KEBURUKAN agar hidup ini beroleh kesejahteraan dan kerahmatan daripada-NYA.
Huraian Hadith:
i) Terdapat tiga perkara yang memberikan keselamatan kepada manusia iaitu :
a) Sentiasa menjaga tingkahlaku kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Melihat dan Mendengar apa jua yang dilakukan oleh hamba-Nya. Bahkan setiap amalan itulah yang akan menentukan sama ada seseorang manusia itu diberi kebahagiaan atau ditimpa celaka dalam hidupnya.
b) Berlaku adil yang bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya tanpa ada diskriminasi dan beremosi. Ini termasuk memberikan hak kepada yang berhak yang bukan terhad pada hubungan antara sesama makhluk sahaja malah dalam menjaga hubungan dengan Tuhan. Sifat adil akan menghidupkan suasana berkasih sayang dalam masyarakat.
c) Berjimat cermat ketika susah dan senang kerana ini akan menyelamatkan seseorang itu daripada menyesal di kemudian hari.

ii) Manakala Rasulullah berpesan pula bahawa terdapat tiga perkara lain yang akan membinasakan manusia iaitu:

a) Mengikut telunjuk syaitan yang sentiasa mendorong kepada kehendak hawa nafsu yang mengakibatkan kebinasaan diri.
b) Bersifat kedekut sehingga menyebabkan orang lain membenci dan menjauhinya.
c) Kagum dengan diri sendiri iaitu ujub dengan kelebihan diri sehingga menjadikan seseorang itu bersikap angkuh dan sombong serta suka menghina orang lain menyebabkan dia akhirnya disisihkan daripada masyarakat.

iii) Sesungguhnya setiap perkara yang dilarang itu ada hikmahnya begitu juga dengan perkara yang baik itu pasti ada kemuliaannya. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berhati-hati agak tidak melakukan kesilapan hingga terjerumus ke lambah kebinasaan.

DIARI SUBUH >>> Pabila Berkata-kata

28 OKTOBER 2011, jam 6.05 pagi tadi -- aku berkesempatan menghadiri kelas TAFSIR al-QURAN yang dibaca oleh Pak Aji Khamin. Sedap didengar alunan suara mengaji beliau. Ini yang dapat aku kutip serba sedikit isi tafsir yang dibaca dan diulas oleh beliau.
Ianya berkaitan tentang .... PABILA BERKATA-KATA .....
“Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. 
Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. 
Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. 
Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.
(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam al-Quran, Surah al-Israq;ayat 53 ada menyatakan berkenaan ....PABILA BERKATA_KATA

 
53. dan Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata Dengan kata-kata Yang amat baik (kepada orang-orang Yang menentang kebenaran); Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan Yang menentang); Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh Yang amat nyata bagi manusia.

Ulasan Pak Aji Khamin (merujuk kepada Tafsir Pimpinan ar-Rahman):
- Hendaklah orang-orang yang beriman sentiasa menggunakan kata-kata yang baik dan lemah lembut kepada orang-orang lain, sama ada mereka orang kafir atau musuh atau sesiapa sahaja. Kerana kata-kata yang kasar dan menyinggung itu menimbulkan permusuhan sesama manusia. Bertambah pula syaitan sentiasa menghasut dan menyalakan api permusuhan. Oleh itu, awaslah akan musuh yang berbahaya itu.

FIKIR...FIKIRKAN dulu sebelum berkata-kata agar tidak menyakiti hati dan perasaan orang lain.



27 Oktober, 2011

REHAT >>> Keperluan Rohani dan Jasmani

ESOK JUMPA LAGI !!! 
Dengan entri yang lebih POWER.
jom !!!  R E H A T
di .....
:: Wasasalam ::
~~~^^^^^^~~~