25 Mei, 2012

SAHABAT .... cara memilihnya

Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat. Syarat-syaratnya ialah:

1. Orang yang berakal:
Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.

2. Baik dari segi peribadi dan akhlaknya:
Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.

3. Orang yang soleh:
Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.

4. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia:
Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.

5. Orang yang benar perkataannya:
Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.

UJIAN ALLAH .... sabarnya hati

RISAU TIADA REZEKI HARI INI? 
... bersabarlah dan bertenanglah..Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Nabi s.a.w. bersabda:

"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattabr.a.)

Dengan takwa, Allah akan beri "jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." (At-Talaq: 2-3)
Bagaimanakah ingin menjadi orang yang disukai ramai? Adakah dengan menjadi popular dapat membuatkan orang menyukai kita? Adakah dengan berkata-kata sahaja sudah mampu membuat orang terpesona dengan kita? Ataupun adakah dengan sentiasa menolong orang sehingga membiarkan diri kita ‘dipijak’ mampu memikat hati orang lain? Sebahagian tip-tip untuk dikongsi bersama supaya ianya dapat memberi manfaat kepada semua. 
- *Sentiasa senyum kerana senyum itu sedekah.-* Tunjukkan yang kita benar- benar berminat dan mengambil berat terhadap orang lain.-* Ingat nama kerana orang akan berasa berbesar hati jika namanya diingati.-* - Apabila bercakap dengan seseorang, cuba cari topik yang digemarinya.-*- Jadi pendengar yang baik dengan menggalakkan orang untuk bercakap dengan anda.-*- Cuba buat orang lain rasa dirinya penting dan bermakna. Lakukan dengan penuh ikhlas.-* - Elakkan daripada bertengkar dan bertekak dengan orang lain.-*- Hormati pendapat orang lain dan jangan sekali- kali mengkritik pendapat orang lain dan mengatakannya salah dan tidak boleh diterima akal.-*- Jika kita bersalah, mengaku dan minta maaf. Jangan dikuasai ego sendiri. 

Cuba sedaya- upaya untuk ‘meletakkan’ diri kita dalam diri orang lain. Percayalah, cara ini akan membolehkan kita akan lebih memahami seseorang. Namun, ia perlu dilakukan dengan penuh kejujuran. semoga bermanfaat..

SETIAP SAAT MILIK ALLAH

INDAHNYA BULAN ALLAH....
”Imam Ja’far al-Shadiq - meriwayatkan: Rasulullah saw bersabda, “Rejab merupakan bulan mohon ampunan bagi umatku. Maka, perbanyaklah mohon ampunan (Allah) di dalamnya! Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Pengasih. Bulan Rejab di sebut dengan al-Ashab (yang mengalir dengan deras), lantaran al-rahmah (kasih sayang Allah) tercurah amat deras di dalamnya. Oleh karenanya, perbanyaklah kalian mengucapkan: Astaghfirullaha wa as aluhu at-taubah (Aku mohon ampunan Allah dan minta taubat pada-Nya).”

KEBERADAAN DIRI KITA DI SISI ALLAH

3 golongan manusia di hari kiamat kelak iaitu golongan Ashabul Maimanah , Ashabul Masy-amah dan Assabiqun. Al-Waqiah adalah satu daripada nama hari kiamat. 

Siapakah 3 golongan ini?

1. 
Golongan Assabiqun adalah golongan yang mendahului dalam melakukan amal kebaikan. Mereka terdiri dari para nabi, syuhada, para wali dan orang-orang yang tinggi kesabarannya. Mereka ini adalah golongan yang masuk syurga tanpa hisab.
2. 
Ashabul Maimanah adalah golongan yang menerima suratan amalnya dengan tangan kanan
3. 
Ashabul Masy-amah adalah golongan yang menerima suratan amalnya dengan tangan kiri

 YANG MANA SATU KITA?

DOA OLEH IMAM .... cara bagaimana makmum lakukan

Aamiin yang bermaksud : 
" Ya Allah, kabulkanlah do'a kami "

KEBAHAGIAN .... ada kuncinya


TRAGEDI JALANRAYA .... kesedaran kita di mana?


Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun maut bersama ibu dan ibu saudaranya dalam kemalangan di KM70, Jalan Kota Tinggi-Kluang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Abdul Majid Mohd Ali berkata Sharmila Jumadi, 2, ibunya Marlisa Mansor, 25, serta ibu saudaranya, Maryana Mansor, 22, meninggal dunia di tempat kejadian manakala kakaknya Sofea Balqis Jumadi, 4, cedera parah.

"Kemalangan berhampiran Ladang Tabung Haji itu berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi tadi apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu Marlisa dari arah bandar Kluang menuju arah Bandar Tenggara cuba memotong sebuah kereta Toyota Hilux di depannya.

"Dipercayai wanita berkenaan gagal memotong kenderaan terbabit lalu berlanggar dengan sebuah lori dari arah bertentangan sebelum berpusing dan kemudiannya dilanggar oleh Toyota Hilux yang tidak sempat mengelak," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Alfatihah! Berhati-hatilah di jalan raya.

MUSLIM .... tunjukkan keikhlasan

Di mana pun boleh bersolat....asalkan bersih dan ikhlas