14 November, 2011

AMALAN YANG BAIK <> Ibu Bapa kepada ANAK-ANAK

ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG

Assalamualaikum para pembaca yang budiman,

Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber:
Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya di dalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.
Wassalam.

MAKANAN HALAL <> Pelihara HATI :: Peribadi MULIA

Pemilihan makanan perlu diambil perhatian kerana pada zaman ini umat islam terdedah dengan pelbagai jenis makanan yang dihasilkan pengusaha bukan Islam. Makanan HARAM akan menjejaskan ibadat kita kepada Allah SWT kerana setiap kali kita berhadapan dengan Allah SWT ketika menunaikan solat, kita hendaklah berada dalam keadaan bersih dan suci. Pada masa sama, ada ketikanya kita terlupa mengenai apa yang kita makan.
SEJARAH menceritakan bagaimana Rasulullah s.a.w. mengeluarkan semula buah kurma yang dimakan kedua-dua cucu Baginda, Hasan dan Husin apabila tidak mengetahui tuan punya buah yang dimakan oleh mereka. Di sini kita melihat betapa prihatinnya baginda terhadap apa yang dimakan oleh cucu Baginda bagi memastikan tiada apa-apa yang haram yang masuk ke dalam perut mereka.
Anak kita yang masih kecil tidak mengerti apa-apa mengenai halal dan haram. IBU BAPAlah bertanggungjawab memastikan kesucian makanan yang dimakan.

ANUGERAH PASCA UPSR 2011

Penyampaian hadiah kepada murid yang berjaya dalam aktiviti yang dijalankan sebagai memenuhi masa senggang setelah selesai peperiksaan UPSR dan akhir tahun.
TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG !!!