Mengerjakan ibadah haji memerlukan kita berfikir dan bertindak mengikut arahan. Bagi orang yang berfikir dan berusaha menghayati ibadah ini sepenuh hati dan perasaan, mereka pasti melalui demensi kehidupan yang berbeza. Apabila kita menyelami segala aturannya dengan bersungguh-sungguh, kita bertemu dengan mutiara-mutiara yang indah dan mahal harganya. Oleh sebab rahsia yang tersirat ini tidak diteroka, akhirnya mutiara-mutiara itu tetap tersimpan dan terus menjadi misteri.
15 September, 2012
HAJI .... ilmu dicari amal dilakukan
Label:
Cari Ilmu
HAJI .... lambaian Kaabah menggamit perasaan
Daripada Abu Hurairah r.a. lagi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Mengerjakan umrah ke satu umrah yang lain menjadi penutup dosa yang dilakukan di antara kedua umrah itu. Manakala haji yang mabrur pula akan dibalas dengan syurga kepada orang yang mengerjakannya."
( HR : al-Bukhari dan Muslim )
1. Ibadat Haji difardhukan sekali seumur hidup bagi setiap orang Islam, sama ada lelaki atau perempuan
2. Ibadat umrah pula sunat hukumnya dan jika seseorang itu dapat mengerjakannya dengan sempurna nescaya ia akan mendapat pahala yang besar malah menjadi penghapus kepada dosa-dosa telah yang dilakukan.
Label:
Cari Ilmu
DUNIA HARI INI ... memilih sahabat
Sulah dan sarbat atas daik,
diletak sama keladi dan mangga;
Pilihlah sahabat yang baik,
moga kita menjadi yang baik juga.
Label:
NASIHAT
DUNIA HARI INI .... kehidupan selepas .....
Gambaran kehidupan single dan selepas berkahwin bagi lelaki dan perempuan.
Label:
humor
DUNIA HARI INI ..... macam-macam ada
Agaknya inilah rupa iPhone 101 berpuluh-puluh tahun akan datang. Tiada perubahan yang besar (seperti iPhone 5) dan hanya skrin yang semakin meninggi.
Label:
humor
DUNIA HARI INI .... kegembiraan bersama
Selamat Menyambut Hari Malaysia 2012
Label:
humor
DUNIA HARI INI .... calon isteri
"Dari Abu Hurairah r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda :
wanita dinikahi karena empat faktor -
Karena hartanya, nasabnya, kecantikannya, dan karena agamanya. Maka, menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung.
(HR Ibnu Majah)"
Memang selalu dengar kan maksud hadis ni betul tak? Tapi, awat paras rupa gak yang masih jadik pilihan utama orang muda sekarang bila nak cari jodoh? Kalau kulit dia gelap sikit, badan dia berisi sikit, hidung dia tak mancung sangat, tapi hafizah Al-Quran, tamat aleemah segala, itu lagi penting dan mahal tau!
Label:
NASIHAT
DUNIA HARI INI .... mudah lupa
Kita manusia memang mudah lupa,
pada budi dan jasa ALLAH yang Maha Esa,
belum dapat... merayu merintih segala,
bila doa termakbul,
hati gumbira, hilang segala duka,
tapi bersyukur pada ALLAH sekejap cuma,
lepas seketika....
Label:
muhasabah diri
Langgan:
Catatan (Atom)