26 Julai, 2012

RAMADHAN .... agak-agak kat mana dia ni berbuka puasa

Masing-masing perut tengah lapar dan tak sabar nak berbuka. Kepada yang baru keluar office atau sebarang urusan kerja lain dan rushing nak balik rumah tu, hati-hatilah ya?!!

Gambar: Jangan kerana anda, orang lain yang merana. Apapun kami tak pasti gambar ini benar-benar terjadi atau edit semata-mata. Apa yang penting, sentiasalah berhati-hati. Sayangi diri sendiri dan hormati orang lain. Bak kata slogan orang tua-tua masa kita kecil dulu, Pandu Cermat Jiwa Selamat. Slogan dah bosan dengar, tapi masih releven hingga kini.

RAMADHAN ..... mandi jangan tak mandi


Berdasarkan hadis Nabi s.a.w., mandi adalah harus bagi orang berpuasa sama ada untuk menyucikan diri atau untuk meredakan kelesuan badan kerana puasa. Keharusan mandi untuk menyucikan badan (dari hadas besar), sabit di dalam hadis dari Aisyah r.a. dan Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. bangun pagi (setelah masuk waktu subuh) dalam keadaan berjunub, kemudian baginda mandi dan berpuasa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).


Adapun mandi dengan tujuan menyejukkan badan untuk meredakan keletihan puasa, keharusannya sabit dalam hadis dari beberapa sahabat Nabi s.a.w. yang menceritakan; “Kami telah melihat Rasulullah s.a.w. ketika berada di satu kampong Arab bernama al-‘Araj, baginda mencurah air ke atas kepalanya ketika baginda sedang berpuasa untuk meredakan dari lapar atau dari kepanasan” (HR Imam Abu Daud dan al-Hakim).