16 Oktober, 2011

KELAPA ... miliki 1001 khasiat

TIDAK hanya lazat sebagai ingredien masakan, kelapa juga berpotensi untuk merawat kecantikan serta kesihatan kulit dan rambut. Tidak hanya isi buahnya yang bermanfaat, airnya pun berguna. Berikut salah SATU manfaat yang boleh didapati dari isi buah dan air kelapa untuk menjaga kecantikan.

MENCEGAH DAN MENGUBATI UBAN
Ketika ini semakin banyak orang yang beruban pada usia yang lebih muda. Penyebabnya pun beraneka ragam. Stres, penggunaan shampoo yang mengandung bahan kimia dan sebagainnya adalah dua di antara penyebab munculnya uban di usia muda.
Menghilangkan uban ini memang boleh dilakukan dengan mengecat rambut, namun dengan kelapa, kemunculan uban yang baru boleh dihentikan. Jika memang sudah ada uban, maka kelapa ini boleh mengurangkan kawasan rambut yang beruban.
Caranya : 
Ambil setengah biji kelapa tua dan air kelapa itu sendiri. Parut kelapa dan perah menggunakan air kelapa untuk diambil santannya. Tambahkan garam secukupnya dan kacau kesemuanya. Embunkan semalaman di luar rumah.
Ambil santan dan sapukan ke bahagian rambut yang beruban sambil dipicit perlahan-lahan kulit kepala. Biarkan 10-15 minit dan cuci bersih. Gunakan tiga hari sekali.
Insya Allah jika komitmen ini berterusan rambut akan kelihatan hitam berkilauan.
Kemunculan tunas kelapa sebagai tanda bertambahnya ahli keluarga kelapa di dunia ini.

CUCU KE-2 ... syukur alhamdulillah

PETANG tadi ke Sungai Bagan Darat, Rengit bertemu dengan cucu ke-2 Muhammad Irsyad yang berusia 40 hari. Syukur alhamdulillah dengan kurniaan zuriat yang sihat walafiat. Bertambah ahli keluarga, tak tau yang ke berapa bilangannya.
Puas rasanya menatap cucu ke-2 dalam melayari kehidupan di dunia ini. Alhamdulillah.

Dipangkuan mem BESAR yang dah lama tak ada baby.

H U T A N G ... Jauhilah

HUTANG itu bukanlah amalan yang sihat untuk diteruskan jika kita tidak mempunyai sebarang rancangan yang konkrit untuk menyelesaikannya.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya” 

( Hadith riwayat Al-Bukhari, 2/83 )

Nabi s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud: 
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari.” 
( Hadith riwayat Al-Bukhari, 1/214)



BAGAIMANAkah bebanan hutang boleh kita atasi ?

1.  Rancang kewangan peribadi dan keluarga dengan 
     sebaik mungkin.
2.  Elak berbelanja dengan perbelanjaan yang 

     melebihi pendapatan.
3.  Hindari berhutang melainkan sekiranya terpaksa.
4.  Buat perancangan pembayaran sekiranya terpaksa 
     berhutang.
5.  Libatkan saksi dalam proses peminjaman.
6.  Pelajari dan berusaha dengan kaedah 

     mendapatkan pendapatan sampingan.
7.  Hidup bersederhana dan jangan ikut masyarakat 
     sekeliling.
8.  Lazimkan berdoa agar dijauhi bebanan hutang.

Sumber: Dr Zainur Rashid Zainuddin