14 September, 2011

CUCI MATA DI MUZIUM NEGERI TERENGGANU

Sampai juga hajat di hati nak melawat Muzium Negeri Terengganu, tempat shooting cerita Mayang Mengurai.


 Kita orang tak dapat naik kapal sebab masih dalam pembaikan.
 Ini rumah nenek kebayan.
Ini air terjun tempat Puteri Mayang Mengurai duduk berehat menunggu jejaka idamannya.

MENGINTAI TEKNIK COP BATIK

Sempat juga kita orang tinjau-tinjau cara orang nganu buat batik. 
 Terpusing bebola mata tengok bunga cop batik.... slut kami kat orang nganu boleh buat macam tu. Ngapa orang kat Johor tak leh buat macam tu. CABARAN namanya.

 Ngetes baju kemeja batik, harga jangan tanya.... bisa duduk di pojokan.
 Isteri bersama dengan pemilik butik batik...
Berposing sakan beb... cun laaaa... I luv u

SELAMATKAH PERJALANAN KITA ?

Kemalangan di Bt. 18, Jalan Batu Pahat - Kluang berhampiran Kg. Parit Hj.Siraj, Ayer Hitam. Hancur lebur kereta KANCIL - enjin di atas jalan raya dan badan di dalam parit. 
Memandulah mengikut kemampuan kita, di mana kita memandu sama ada di jalan kampung?, jalan pekan?, jalan bandar?, atau di HIGHWAY?

SELAMATKAH PERJALANAN KITA ?

MEMBAIKI TAYAR
Langkah pertama yang perlu diambil bagi memperbaiki kerosakan tayar adalah dengan mendapatkan khidmat profesional. Ia kerana, keadaan sebenar bahagian dalam tayar dan kerosakan pada segmen itu hanya dapat ditentukan profesional. Selain itu, proses memperbaiki tayar perlu menggunakan bahan yang tepat, di mana ketepatan saiznya juga penting.


CADANGAN :
Bagi memastikan cadangan yang diberikan berhubung keadaan tayar tepat, pemilik kenderaan disaran mendapatkan khidmat pihak profesional.

SELAMATKAH PERJALANAN KITA ?

KESELARIAN TAYAR
Pastikan tayar dan kenderaan sentiasa dipasang dalam keadaan selari. Sekiranya geometri suspensi kenderaan tidak mengikut ukuran yang ditetapkan, ia akan membahayakan keselamatan pemandu.

CADANGAN : 
Bagi memastikan penggendalian kenderaan lebih cekap, perlindungan tayar lebih berkesan dan jaminan penjimatan minyak, Michelin mencadangkan sentiasa lakukan pemeriksaan keselarian khususnya jika keseimbangan tayar mula terjejas.

SELAMATKAH PERJALANAN KITA ?

PENUTUP ANGIN TAYAR
Penutup angin tayar kenderaan dibangunkan daripada bahan berasaskan getah. Bahagian saluran bagi pengisian angin tayar penting dan perlu dipastikan saluran laluan angin ditutup setiap masa.

CADANGAN :
Tukar penutup angin setiap kali tayar ditukar. Ia adalah proses yang tidak mahal dan kaedah itu hanya menggunakan kos rendah.

SELAMATKAH PERJALANAN KITA ?

TEKANAN ANGIN TAYAR
Ukuran tekanan angin tayar yang tepat memastikan kawalan kenderaan lebih cekap dan efisien pada setiap masa.

Masalah bunga tayar cepat haus dapat dielakkan sekiranya tekanan anginnya dititik beratkan. Tekanan angin tayar yang rendah meningkatkan risiko untuk ia cepat rosak. Penggunaan angin berlebihan sehingga 20% memendekkan jangka hayatnya sehingga 10,000 kilometer sejam.

Buat pengetahuan pemilik kenderaan, tekanan angin yang tepat dapat menjimatkan penggunaan bahan api kenderaan.

CADANGAN :
Tekanan angin tayar termasuk tayar kelima perlu diperiksa setiap bulan atau sebelum perjalanan jauh. Ukuran tekanan angin tayar lebih tepat jika ia diambil dalam persekitaran sejuk. Ia kerana berat tayar bertambah antara 4-5 psi apabila panas.

SELAMATKAH PERJALANAN KITA ?

KESEIMBANGAN
Tayar yang seimbang dapat menggelakkan getah permukaannya cepat haus. Ia berperanan memastikan berat kenderaan diagihkan secara seimbang menerusi keempat-empat tayarnya. Selain itu, ia mengurangkan gegaran ketika pemanduan dan seterusnya menjamin keselesaan pengguna.

CADANGAN :
Pastikan keempat-empat tayar yang digunakan pada sentiasa seimbang bagi menjamin keselamatan & keselesaan pengguna jalan raya.

SELAMATKAH PERJALANAN KITA ?

TAYAR BELAKANG
Ia adalah bahagian yang tidak mempunyai hubungan secara langsung dengan stereng kenderaan. Oleh demikian, tindak balas yang ditunjukkan tayar belakang sukar diramalkan khususnya dalam situasi mengejut.

CADANGAN :
Pemilik kenderaan dinasihatkan sentiasa membuat pemeriksaan angin tayar dan struktur keupayaanya. Tekanan angin perlu mengikut ukuran yang ditetap, di mana ia berbeza untuk bahagian depan dan belakang.

SELAMATKAH PERJALANAN KITA ?

KETEBALAN TAYAR
Ketebalan tayar memainkan peranan penting dalam menjamin keselamatan pengguna di jalan raya. Ia kerana permukaan tayar yang bersentuhan dengan jalan raya dapat menjamin cengkaman pada jalan raya. Pada masa sama, tekanan angin tayar perlu konsisten pada bacaan yang ditetapkan. Ia dapat memastikan jarak lebihan apabila kenderaan dibrek.

CADANGAN :
Tukar tayar kenderaan sebelum benang permukaannya haus atau nipis pada ukuran 1.6 millimeter. Bagi memudahkan pengguna mengetahui ketebalan tayar bersesuaian dengan ukuran yang tepat, Michelin membangunkan tayar yang dilengkapi dengan penentu ukuran ketebalannya.

SELAMATKAH PERJALANAN KITA ?

PERMUKAAN TAYAR
Ia adalah bahagian utama tayar iaitu permukaan atasnya yang menyentuh permukaan jalan raya. Permukaan atasnya adalah bahagian kenderaan yang perlu memikul bebanan sehingga 50% berat keseluruhan kenderaan.



CADANGAN :
Bukan saja pemilihan tayar yang dilakukan perlu bersesuaian, aspek penyelenggaraan perlu dititik berat bagi memastikan tayar yang digunakan sentiasa dalam keadaan baik.