21 Jun, 2012

KHAMIS .... samakah kita nanti di akhirat

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
"Hendaklah engkau jadikan dunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan. Ibnu Umar r.a. berkata, Jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh diwaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh diwaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat, sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati."
( HR : al-Bukhari )

1. Umat Islam dikehendaki segera melakukan amal kebajikan semasa hidup didunia ini dan dunia umpama tempat berdagang untuk menuju ke satu destinasi lain (akhirat).
2. Islam menyuruh umatnya supaya melakukan ibadat dan amal-amal kebajikan dengan sebanyak-banyaknya di waktu muda dan ketika sihat sebagai bekalan hari tua dan bekalan akhirat.
3. Islam melarang umatnya yang suka menangguh-nangguh amalan kebajikan dan ibadat kerana sifat demikian merugikan diri seseorang.

KHAMIS .... jangan ketinggalan DHUHA

InsyaAllah dengan kekuatan yang ada lakukan solat sunat Dhuha dan tidak lupa untuk berdoa bermunajat kepada Allah SWT.
Dari Abu Dzar r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Setiap orang mempunyai sumber sedekah. Tiap-tiap tasbih, tahmid, tahlil dan takbir adalah sedekah. Amar makruf adalah sedekah, nahi mungkar adalah sedekah. Dan semuanya itu sama nilainya dengan dua rakaat solat Dhuha."
(HR : Muslim)
Beramal ibadah itu bukan setakat di hamparan sejadah (solat) semata tetapi ia meliputi aspek-aspek amalan anggota lahir dan batin di luar sembahyang juga seperti bersedekah, bertasbih, bertahmid dan sebagainya. Pokoknya di setiap kesempatan yang ada perlu diisi dengan amal kebaikan kerana setiap amal akan diganjari dengan balasan yang baik dan begitulah sebaliknya.

KHAMIS .... memenuhinya tanggungjawab sebagai seorang muslim sejati



Lakukan segala amalan dengan hati yang ikhlas dan bertawakkal kepada Allah SWT agar segala permohonan dimakbulkan. Aamiiin Ya Robbal Alamiiiinnn.