29 Oktober, 2011

ZULHIJJAH >>> Kembalinya Dinanti-nanti

Assalamualaikum...
Zulhijjah, ketibaanmu amat dinanti-nantikan dan kehadiranmu penuh dengan kerahmatan ....pelbagai amalan disunatkan untuk dilaksanakan pada bulan yang mulia ini...

Antara amalan sunat yang amat digalakkan adalah :

1. Zikir : Iaitu dgn memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

Ia bersumber dari hadith riwayat At-Tabrani yang diakui sohih oleh Imam Al-Munziri. Allah SWT juga menyebut ertinya :

“Supaya mereka menyaksikan berbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka serta memperingati dan menyebut nama Allah, pada hari-hari yang tertentu..” (Al-Hajj : 28).

Ibn Abbas r.a mentafsirkan erti ‘hari-hari tertentu’ adalah sepuluh hari Zulhijjah ini dan inilah pendapat majoriti ulama jua.

2. Berpuasa : Amat digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah ) pula adalah hari yang terbaik untuk berpuasa.

Nabi SAW bersabda tentang kelebihan hari Arafah :

“Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih dari hari Arafah” (Riwayat Muslim).

Nabi SAW juga bila ditanya tentang kelebihan berpuasa pada hari Arafah ini menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

3. Melakukan lain-lain amalan seperti bersedekah, membaca Al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ia semuanya termasuk di dalam umum hadith yang menunjukkan ianya amat disukai oleh Allah SWT.

4. Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih berfikir-fikir dan menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram di hari yang amat agung di sisi Allah SWT ini.

Bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat dan sedarilah bahawa hidup ini sementara dan seluruh keseronokannya adalah tipu daya semata-mata.

5. Bertakbir : Ibn Abi Shaibah menyebut bahawa `Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu ‘Asar hari ketiga Tashriq.

6. Berkorban : Allah SWT berfirman : ertinya : “dan berdoalah dan berkorban”. Allah SWT juga menyebut :

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب


Ertinya : “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) mala ia adalah dari tanda ketaqwaan hati” (Al-Hajj : 32)

Sumber : http://www.zaharuddin.net

GULA oh GULA ! >>> Manismu Tetap Menjadi Pujaan 7

PERHATIAN
Gula biasa tidak mengandungi nilai nutrisi dan hanya tinggi dengan kalori, di mana pengambilan berlebihan menyebabkan anda menyimpan lemak yang tidak diingini. Yang lebih teruk lagi, berlebihan gula boleh merosakkan kesihatan anda kerana gula :
Meningkatkan risiko anda terhadap kencing manis
Mencetuskan keradangan seluruh badan
Meningkat risiko terhadap masalah jantung
Menyuapkan sel kanser yang sedang membesar
Mempercepatkan proses penuaan
Memburukkan lagi keletihan kronik anda
Menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit gusi
Membantutkan sistem imun anda
Menimbulkan masalah hormon
Dan banyak lagi

DARI SEGI MORALNYA
pilihan yang terbaik untuk anda menjadi lebih sihat adalah dengan menjauhi gula TETAPI jangan sampai tak ambil gula langsung. JATUH PENGSAN nanti susah anak isteri@suami.

GULA oh GULA ! >>> Manismu Tetap Menjadi Pujaan 6

PERHATIAN

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa, dan susu dalam bentuk laktosa.

Selain terdapat dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan. Pengambilan gula tambahan tidak diperlukan dalam diet harian kerana gula boleh diperoleh daripada makanan yang mengandungi karbohidrat.

Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar.

GULA oh GULA ! >>> Manismu Tetap Menjadi Pujaan 5


PERHATIAN
BUAH TEMBIKAI (HONEYDEW)
-  mengandung vitamin C dan provitamin A.
-  mengandung zat anti kanser dan anti oksidan.
- mempunyai kegunaan / fungsi kesihatan lain seperti :
a. mencegah darah daripada memekat.
b. membersihkan kulit.
c. melancarkan saluran pencernaan.
d. menurunkan kadar kolesterol.

GULA oh GULA ! >>> Manismu Tetap Menjadi Pujaan 4

PERHATIAN
Makan makanan yang rendah kandungan gula.

Caranya :

1. Pilih atau sediakan kuih dan kek yang rendah kandungan gula.

2. Gantikan manisan seperti kuih dan kek dengan pilihan yang lebih sihat seperti buah-buahan.

3. Kurangkan kekerapan mengambil makanan yang bergula.

4. Elakkan mengambil makanan yang bergula di antara waktu makan utama dan sebelum tidur.

5. Semak kandungan gula pada senarai ramuan sesuatu produk makanan. Sekiranya gula tersenarai di bahagian awal senarai ramuan, ini menunjukkan gula merupakan komponen utama makanan tersebut.

GULA oh GULA ! >>> Manismu Tetap Menjadi Pujaan 3


Gula merupakan bahan tambahan yang mampu menjadikan makanan dan minuman amat menyelerakan.

Bagaimanapun, jika diambil berlebihan ia boleh menjadi 'racun' merosakkan tubuh manusia secara perlahan-lahan.

Pengambilan gula berlebihan menyebabkan seseorang itu menghidap pelbagai penyakit kronik seperti diabetes, tekanan darah tinggi, tulang rapuh dan kanser.

Selain itu, Kajian Persatuan Pengguna Pulau Pinang mendapati orang yang meminum minuman bergas dan minuman berasaskan sirap dua kali sehari atau lebih, menanggung risiko 90 peratus lebih tinggi dijangkiti kanser pankreas dan kulit berbanding mereka yang tidak meminumnya.

FAHAM..FAHAMKANLAH 
agar badan tak merana
sesal cepat UNTUNG ; sesal lambat RUGI 

GULA oh GULA ! >>> Manismu Tetap Menjadi Pujaan 2


PERHATIAN
Satu sudu teh gula pasir telah ditambah ke dalam kopi kosong tadi maka kalori untuk 1 sudu teh gula pasir adalah dalam lingkungan 30 kalori maka secawan kopi bersama 1 sudu teh gula bersamaan = 33 kalori.

GULA oh GULA ! >>> Manismu Tetap Menjadi Pujaan 1

Bagaimana cara untuk melupakan gula atau mengurangkan ingatan terhadap gula.
Yang sememangnya sentiasa menghantui dan menyelinap di segenap penjuru otak dan fikiran semua orang.
Jom !!! Kita layannnzzzz sama-sama ....
PERINGATAN 
Bagi mereka yang kuat makan gula
mulai saat ini setelah menatap dan membaca Langkah 1
ubah-ubahlah gaya peminuman kita
elakkan sama sekali air minuman bergula yang tinggi
makanlah ala kadarnya
CUBA !!! jANGAN TAK CUBA