10 Oktober, 2012

SENANG BANGUN MALAM ... ada doanya

HATI YANG BUTA .... gagalnya diri melakukan perkara yang baik

Ibrahim bin Adham, seorang ahli tasawuf yang masyhur, dikerumuni orang ramai semasa beliau ke pasar Basrah. Ada di antara mereka bertanya, mengapakah doa mereka tidak dimakbulkan oleh Allah sedangkan mereka selalu berdoa kepada-Nya? Maka beliau menjawab, "Kerana hati kamu buta disebabkan 10 perkara..." Sepuluh perkara yang disebut oleh Ibrahim bin Adham adalah:

► Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunai hakNya.
►Kamu mencintai Rasulullah tetapi kamu menolak sunnahnya.
►Kamu membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.
►Kamu makan nikmat Allah tetapi kamu tidak mensyukurinya.
►Kamu berkata Syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.
►Kamu berkata bahawa Syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya.
►Kamu berkata bahawa Neraka itu benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.
►Kamu berkata mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya.
►Kamu bangun dari tidur dan menceritakan keaiban manusia tetapi lupakan keaiban sendiri.
►Kamu kebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar daripadanya.

KEBAJIKAN YANG TERUS MENERUS .... amalan yang baik

Anas r.a. berkata bahawa lapan jenis pahala yang tetap di terima seorang hamba Allah walaupun dia telah meninggal dunia iaitu:

✿ 1. Sesiapa yang mendirikan masjid tetap mendapat pahala selagi masjid itu digunakan oleh orang ramai untuk beramal ibadat.

✿ 2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang meminumnya.

✿ 3. Sesiapa yang menulis mashaf (naskhah al-Quran yang tertulis tangan) selagi ada orang membacanya.

✿ 4. Sesiapa yang menggali perigi selagi ada orang menggunakanya.

✿ 5. Sesiapa yang nenanam tanam-tanaman selagi ada yang memakanya, sama ada manusia atau burung.

✿ 6. Mereka yang mengajar ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

✿ 7. Ibu bapa yang meninggalkan anak yang soleh yang mana si anak selalu beristighfar dan mendoakan kedua-dua orang tuanya.

✿ 8. Guru al-Quran yang mengajar ilmu kitab suci itu kepada muridnya dan si murid mengamalkan ajaran tersebut tanpa sedikit pun mengurangkan pahalanya.

Dari Majalah IMAN Keluaran Bil 04

NAFSU ..... mana satu milik kita


1. AMARAH

Amarah adalah martabat nafsu yang paling rendah dan kotor di sisi Allah. Segala yang lahir darinya adalah tindakan kejahatan yang penuh dengan perlakuan mazmumah (kejahatan/keburukan). Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal, lapisan lampu makrifat benar-benar terkunci. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit.

2. NAFSU LAWWAMAH

Nafsu lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu kejahatan dosa atas dirinya. Ianya lebih baik sedikit dari nafsu amarah. Kerana ia tidak puas atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu mencela dan mencerca dirinya sendiri. Bila buat silap dia lebih cepat sedar dan terus kritik dirinya sendiri. Perasaan ini sebenarnya timbul dari sudut hatinya sendiri bila buat dosa, secara automatik terbitlah semacam bisikan dilubuk hatinya. Inilah yang di katakan lawwamah. Bisikan hati seseorang akan melarang dirinya melakukan sesuatu yang keji timbul secara spontan bila terqosad sahaja dihatinya. Cepat rasa bersalah pada Allah Rasulullah atas keterlanjurannya. Ianya ibarat taufik dan hidayah Allah untuk memimpinnya kembali dari kesesatan dan kesalahan kepada kebenaran dan jalan yang lurus.

3. MULHAMAH

Nafsu ini lebih baik dari amarah dan lawwa-mah.Nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang tercemar melalui latihan sufi/ tariqat/ amalan guru lainnya yang mempunyai sanad dari Rasulullah s.a.w.Kesucian hatinya telah menyebabkan segala lintasan kotor atau khuatir-khuatir syaitan telah dapat dibuang dan diganti dengan ilham dari malaikat atau Allah.

4. NAFSU MUTMAINAH

Inilah peringkat/ martabat nafsu yang pertama yang benar-benar direhai Allah seperti yang saudara kita nyatakan di atas. Yang layak masuk syurga Allah. Maknanya siapa sampai pada maqam ini bererti syurga tetap terjamin, InsyaAllah.

5. NAFSU RADHIAH

Maqam ini dinamakan radhiah kerana perasaan keredhaan pada segala ketentuan dan hukuman Allah. Pada maqam ini sudah tidak ada rasa takut dengan pada bala Allah dan tak tahu gembira dengan nikmatNya. Sama sahaja. Apa yang penting Allah redha padaNya. Itu kalau sakitpun dah tak perlu kepada ubat, sebab bagi dia sakit itulah nikmat kerana dia merasa makin dekat dengan tuhannya. Wang ringgit sudah sama dengan daun kayu. Emas sama dengan tanah. Dunia sudah dipandang kecil , malah sudah tidak dipandang lagi sebaliknya
dunia yang datang kepadanya.

6. NAFSU MARDIAH

Pada peringkat ini segala yang keluar darinya semuanya telah diredhai Allah. Perilakunya, kata-katanya, diamnya semuanya dengan keredaan dan keizinan Allah belaka. Akan keluar keramat yang luar biasa. Mereka sudah menanam ingatan pada Allah diteras lubuk hati mereka menerusi cara "khafi-filkhafi", maknanya secara penyaksiaan 'basitiah' iaitu penyaksian sifat ma'ani Allah yang nyata dan dizahirkan oleh diriNya sendiri. Af'al diri mereka sudah dinafi dan diisbahkan secara langsung kepada af'al Allah semata-mata.Jiwa mereka betul-betul sebati, ingatan mereka terhadap Allah tidak sesaatpun berpisah darinya. Penyaksiaan terhadap hak sifat Allah jelas baginya sehingga hilang dirinya nya sendiri.

7. KAMALIAH

Maqam ini adalah tertinggi. Maqam ini digelar sebagai "baqa billah", Kamil Mukamil", Al Insan kamil kerana ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni ruh dan hatinya kekal kepada Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia. Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah. Ini adalah maqam khawas al khawas. Semua gerak geri mereka sudah jadi ibadat. Hatta berak kencing mereka, tidur mereka dan sebagainya.

Untuk penerangan lebih lanjut, sila rujuk halaqah:http://halaqah.net/v10/index.php?topic=8081.

AMALAN HARIAN ..... puasa sunat

Kita selalu check planner tu, planner ni..
tapi kita jarang check planner yang macam ni..
planner yang boleh bantu kita DUNIA dan AKHIRAT..

Jom buat check list puasa-puasa sunat..InsyaAllah.

DOSA .... pintu keampunan terbuka luas


           Setiap umat Islam adalah dituntut menyelesaikan segala kesalahan, hutang-piutang dan sebagainya di dunia ini sebelum berpindah ke alam akhirat di mana jika ada apa-apa hak orang lain padanya maka mestilah ia mengembalikannya dan jika tidak dapat dikembalikan hendaklah ia meminta perlepasan daripada pemiliknya.
           Termasuk juga hak-hak Allah S.W.T hendaklah diselesaikan seperti mengqadha'kan amal-amal fardu yang pernah ditinggalkan dahulu dan sebagainya.
           Sesungguhnya sesuatu perbuatan yang menyakiti hati orang atau makhluk lain akan menyebabkan dosa. Oleh itu kita diseru supaya segera meminta maaf dan bertaubat memohon keampunan selagi ada kesempatan (sebelum ajal mendatang). Jika tidak penyesalan yang amat besar akan ditanggung di akhirat kelak.

NIAT .... antara harapan dan hakikat


             Memperbaikkan jantung hati dan niat diutamakan dan didahulukan daripada amalan anggota zahir, kerana niat itu mengesahkan amalan anggota.
             Berbuat sesuatu tanpa niat tiada nilainya di sisi Allah.
             Amalan-amalan zahir daripada seseorang biasanya mencerminkan keikhlasan dan ketaatannya kepada perintah Allah.

KEGEMARAN MANUSIA ....sangka baik dan buruk


HATI ..... usah sakiti lagi

               Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual tersebut termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, prilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati.
               Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan. Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak, pemarah, riya' dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah.

WANITA .... tangisan air mata

Tanda-tanda keikhlasan iman kepada Allah itu banyak. Di antaranya ialah seseorang itu akan menangis kerana menyesali dosa-dosa yang telah dilakukannya dan menangis kerana takutkan siksaan Allah. Dan seseorang itu akan berani dalam berjihad menegakkan agama Allah hingga sanggup menghadapi kecedaraan malah menempuh syahid kerana Allah dan seseorang itu akan sabar dan tekun (khusyuk) dalam menjalankan ketaatan kepada Allah hingga terdapat kesan-kesan lebam di dahi dan anggota badannya. Semua ini merupakan ciri-ciri orang yang benar-benar beriman di mana ganjaran daripada perbuatan tersebut amat besar pahalanya di sisi Allah SWT dan diberi ganjaran di hari akhirat kelak.