14 Disember, 2012

SEDINGIN PAGI .... jadilah yang terbaik


7 Cara meringankan musibah

1- Menunggu pahala dan ganjaran di sisi Allah SWT (redha).

2- Menziarahi orang ditimpa musibah.

3- Yakin bahawa musibah yang menimpa anda adalah lebih ringan daripada musibah yang Allah SWT timpakan ke atas orang lain.

4- Yakin bahawa musibah yang anda deritai hanya sementara di dunia sahaja sedangkan ganjaran besar telah Allah SWT sediakan di Akhirat nanti untuk anda.

5- Kesabaran bersama penderitaan yang Allah SWT uji pasti mendapat pahala yang lebih besar berbanding dengan kesabaran bersama kenikmatan.

6- Jangan sesekali melakukan tipu muslihat.

7- Sedarlah bahawa pilihan Allah SWT untuk diri anda adalah terbaik.

Kitab La Tahzan, m/s: 466.

SEDINGIN PAGI .... doa

Doa agar banyak berzikir, bersyukur dan taat

اَللّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

1. Berdoa itu tidak boleh dilakukan secara semberono (tidak berhati-hati) dan sembarangan, tetapi perlu kepada adab-adab dan syarat-syarat tertentu. Orang yang berdoa sambil lewa dan menganggap bahawa berdoa itu adalah suatu yang remeh adalah orang yang doanya jarang dikabulkan sehingga kemudian timbul prasangka buruk kepada Allah SWT.
2. Memakan makanan yang halal dan baik merupakan salah satu bentuk dari ketaatan kepada Allah dalam memenuhi segala perintah-Nya. Maka apabila seseorang itu selalu taat kepada Allah dalam dalam segala perkara dan sentiasa berada dalam kebenaran, insyaAllah segala apa yang dipohon akan dikabulkan Allah.
3. Kita hendaklah berdoa dengan penuh keyakinan, harapan dan rasa takut. Merendahkan diri dengan suara yang lirih, tenang, tidak tergesa-gesa, penuh khusyuk dan tahu akan hakikat yang diminta. Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud:"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut .." (al-A'raf : 55)
4. Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:Tiada seorangpun yang berdoa kepada Allah dengan suatu doa, kecuali dikabulkan-Nya dan dia memperolehi salah satu daripada tiga keadaan, iaitu dipercepatkan penerimaan doanya di dunia, disimpan (ditunda) untuknya sampai di akhirat atau diganti dengan mencegahnya daripada musibah (bencana) yang serupa." (at-Tabrani).

DINGINNYA PAGI .... ujian yang sebenar

Ujian itu datang tidak menentu...
MASA
KETIKA
SITUASI
Hadapi dengan penuh kesabaran dan keikhlasan