09 Ogos, 2011

BERSAHUR ... ada keberkatan

Nabi Muhammad s.a.w. melewatkan makan sahur iaitu sebaik-baiknya sebelum subuh (fajar). Ibn Kathir meriwayatkan bahawa kebanyakan ulama salaf bertoleransi dalam bab makan sahur sehingga hampir fajar, begitu juga dengan mereka yang sedang meneguk air ketika azan berkumandang. Sunnah baginya menyelesaikan dan bukan meludahkan air.
Hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud :

PUASA ... Berniat

                                                                
نويت صوم غد عن أداء فرض شهررمضان هذه السنة لله تعالى                                                                                            
Ertinya : Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

PUASA WAJIB ... lakukanlah


BONUS RAMADHAN ... indahnya 5

BONUS 5
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya)."
Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w. :
Jangan lupa 10 malam terakhir bulan Ramadhan.
JOM!!! Kita sama-sama kuatkan semangat bulatkan tekad untuk beramal sebanyak-banyaknya.

BONUS RAMADHAN ... indahnya 4

BONUS 4
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas bebas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.


Adakah anda masih terasa diganggu oleh syaitan untuk melakukan kemungkaran?
Dapatkah anda mengawalnya? 

BONUS RAMADHAN ... indahnya 3

BONUS 3
Allah s.w.t. memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman :
'Hampir-hampir hamba-hamba-Ku yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.' ( Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat).


Sanggupkah anda bersusah payah di dunia untuk mengejar kebahagian di akhirat nanti?
FIKIR-FIKIRKANLAH.

BONUS RAMADHAN ... indahnya 2

BONUS 2
Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.


Sebanyak mana anda beristighfar dalam sehari?
JOM!!! Banyakkan beristighfar dalam bulan Ramadhan.

BONUS RAMADHAN ... indahnya 1

BONUS 1
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah s.w.t.


Adakah anda menggosok gigi selepas gelincir matahari?
Cuba ingat-ingatkan.