HATI-HATI DI JALAN RAYA ketika balik RAYA.
05 November, 2011
AIDIL ADHA <> 2 Yang Tak Sempat Beraya
PEKAN: Perjalanan dua sepupu pulang ke kampung halaman menyambut Aidil Adha, esok, berakhir dengan tragedi apabila seorang terkorban selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor lembu di Kilometer 26, Jalan Pekan-Nenasi di sini, malam kelmarin.
Label:
2 (DUA)
10-13 ZULHIJJAH <> Masa Untuk Berkorban
JIKA ADA KEMAMPUAN, ayuh kita sama-sama berkorban apa sahaja haiwan yang disyaratkan layak untuk dikorbankan. Jangan ketinggalan.
Dari Al Bara' bin ˜Azib r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
1. Masa atau waktu penyembelihan korban itu ialah selepas menunaikan sembahyang sunat Aidil Adha.
Sumber : http://www.islam.gov.my/e-hadith
Dari Al Bara' bin ˜Azib r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Antara huraian yang dipancarkan melalui hadis tersebut ialah :
2. Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang, maka penyembelihan itu hanya untuk dirinya sendiri dan bukanlah termasuk dalam ibadat korban.
3. Manakala sesiapa yang menyembelih selepas sembahyang Aidil Adha, maka ia telah menyempurnakan korbannya dengan mengikut sunnah.
4. Ibadat korban hendaklah dilakukan pada musim haji, menurut Imam Syafie. Waktu penyembelihannya ialah pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik, iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.
Label:
NASIHAT
AIDIL ADHA <> 10 Zulhijjah Banyak Keistimewaan
10 Zulhijjah 1432H kian hampir menjelma, tak berapa ketika, rebutlah sebanyak mana termampu segala keistimewaan yang dijelmakan pada hari kebesaran ini dengan semangat dan tekad untuk menjadi insan yang bertaqwa.
Kesimpulannya adalah seperti berikut :
i) Setiap orang Islam yang cukup syaratnya wajib mengerjakan haji di Mekah.
ii) Ibadat haji merupakan satu-satunya peluang keemasan untuk menghampiri Allah S.W.T yang juga disebut sebagai menyahut panggilan Baitullah atau menjadi tetamu Allah di mana ibadat ini perlu dikerjakan dengan penuh ketelusan, keikhlasan dan keinsafan serta tidak terpesong dari tujuannya yang sebenar.
iii) Matlamat akhir yang diharapkan daripada kerja-kerja haji ialah untuk memperoleh dan mendapat haji yang mabrur, amalan yang banyak dan berkat serta dosa-dosa diampunkan. Apabila kembali dari tanah suci seseorang individu itu diharapkan benar-benar telah berubah, bersih, suci seperti sucinya diri semasa dilahirkan.
iv) Di antara amalan yang dilaksanakan dalam ibadah haji ialah:
a) Bertawaf di sekeliling Kaabah- sebagai menghormati Masjidil Haram dan jika berpeluang disunatkan untuk mencium Hajarul Aswad .
b) Wukuf di Padang Arafah- sebagai mengingatkan diri tentang satu perhimpunan raksasa di Padang Mahsyar di Hari Kiamat kelak.
v) Bagi orang Islam yang tidak berpeluang menunaikan ibadat haji, mereka sebenarnya masih berpeluang untuk sama-sama mengaut pahala yang besar sempena hari Arafah tersebut di mana mereka digalakkan berpuasa sunat pada hari wukuf di Arafah itu kerana sesungguhnya Allah S.W.T akan mengampunkan dosa orang yang berpuasa sunat pada hari Arafah iaitu setahun sebelum dan setahun selepas melaksanakan puasa sunat tersebut.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

9 ZULHIJJAH <> Sunat Berpuasa
Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan kita bersama.
<> ALLAH MENJANJIKAN GANJARAN YANG AMAT BESAR <>
Diriwayatkan daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a bahawa Rasulullah SAW
ditanya tentang berpuasa di hari Arafah.
Maka Baginda bersabda:
10 Zulhijjah
bakal menggamit lagi menandakan ketibaan Eidil Adha bersama dengan laungan tahmid memuji Allah di atas segala nikmat kurniaannya termasuk nikmat berhari raya. Kemeriahan Eidil Adha akan lebih terasa apabila umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji di Mekah sama-sama menunaikan puasa sunat hari Arafah. Kelebihan berpuasa pada hari ini ialah ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun yang telah lalu dan dosa setahun yang akan datang. Ini bermakna Islam sentiasa mengawal setiap tindak tanduk umatnya di mana setiap amalan yang dikerjakan dan bertepatan dengan kehendak syarak akan diganjari pahala termasuklah juga perkara makan dan minum.
Sumber : http://www.islam.gov.my/e-hadith
Label:
NASIHAT
IBADAH HAJI >>> Perkara yang dilakukan 9 Zulhijjah
DOA yang dianjurkan baca pada Hari A'rafah, 9 Zulhijjah.
,لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan & bagi-Nya segala puji. DIA Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Ia berdasarkan kepada hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang bermaksud :
"Sebaik-baik DOA ialah doa pada Hari A'rafah dan sebaik-baiknya ialah apa yang aku & para Nabi yang lain sebelumku (katakan iaitu);
,لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ
[HR TIRMIDZI]
Label:
NASIHAT
Langgan:
Catatan (Atom)