19 Jun, 2011

SINGGAH DI KEBUN KURMA

DI KEBUN KURMA ... belanja sakan !
Kesempatan yang terluang, kami dibawa melawat ke kebun kurma yang dipenuhi dengan pokok kurma yang sedang berbuah. Sempat juga merasa buah kurma yang masih hijau ..... pergh .... rasanya tak sama dengan yang masak. Nak rasa lazat atau tidak .... meh kito pogi kat sano .... ladang kurma
KHASIAT KURMA
1. Kaya dengan sumber zat besi, potassium, magnesium*, sulfur, kalsium selain pelbagai vitamin termasuk asid folik. ( Kandungan tinggi magnesium dalam kurma boleh mencegah barah. Amat jarang didengari puak Badwi  diserang barah kerana bergantung kepada kurma sebagai makanan utama mereka.)


2. Satu kilogram kurma memberikan 3,470 kalori kepada tubuh sebaik memakannya. Tenaga itu memuaskan selera makan, yang amat penting terutama ketika berbuka puasa.


3. Memakan kurma juga dikatakan memudahkan wanita bersalin.


4. Vitamin A dalam kurma dapat memperbaiki penglihatan dan menjadi penawar masalah tidak nampak pada waktu malam dan kekeringan mata serta mencegah penyakit mata.


5. Kurma juga penawar yang baik untuk masalah pening kerana ia mengawal pergerakan telinga. Disebabkan ia juga mengandungi zat besi dan kalsium, kurma juga penting untuk pembentukan tulang, gigi dan tisu otak.

SYAITAN MASUKI TUBUH MENERUSI 10 PINTU ... Pintu Mana?

 =: Bacaan  menolak gangguan syaitan :=


Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.
Dalam sebuah kitab yang ditulis oleh seorang ulama Syeikh Fathi Yakan menulis kitabnya yang terkenal iaitu Maza yakni intima’I lil Islam. Dalam kitab itu menyatakan, perkara itu sudah pun disimpulkan oleh seorang yang salih dengan katanya: 
“Ku renung dan ku fikir, dari pintu manakah syaitan itu memasuki hati manusia, tiba-tiba aku mendapati syaitan masuk dari sepuluh pintu iaitu: 

REJAB : Tahukah Anda?

Doa bulan Rejab
Pengertian
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

SOLAT DI AWAL WAKTU

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
                                                  
 السلام عليكم 
 Selamat Sejahtera


SOLAT fardu ditetapkan dengan waktu tertentu. 
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: 

“Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan 
ke atas orang yang beriman yang tertentu waktunya.” 
(Surah an-Nisa' : ayat 103)
Setiap waktu solat yang difardukan terbahagi kepada empat masa: 

(1) Waktu afdal (utama) - di permulaan masuk waktu. 

(2) Waktu pilihan (iktiyari) - sebaik-baiknya masuk waktu sehingga 

                                               ke akhirnya. 

(3) Waktu harus - kepada orang musafir yang dibenarkan jamak 

                              (himpun) antara dua solat. 

(4) Waktu haram - pada akhir waktu sehingga tidak sempat 

                                menyempurnakan solat dalam waktunya. 

Solat adalah tiang agama dan tujuan solat untuk mengingatkan manusia 
mengenai hubungan manusia dengan Allah. Manusia adalah hamba-Nya 
yang perlu sentiasa patuh kepada ajaran Allah dalam semua keadaan.

Rasulullah sangat menitikberatkan solat sehingga baginda menasihatkan 
ibu bapa supaya menyuruh anak mereka bersolat apabila mencapai 
umur tujuh tahun dan memukul kanak-kanak terbabit apabila 
dia ingkar suruhan solat ketika berusia 10 tahun.

Rasulullah juga menitikberatkan mengenai solat berjemaah. 
Terdapat cerita dalam hadis bagaimana Rasulullah menyatakan niatnya
untuk membakar rumah penghuni yang tidak bersolat jemaah.

Solat berjemaah adalah syiar Islam yang perlu dilaksanakan umat Islam. 
Masyarakat Islam akan berjaya apabila mementingkan amalan solat 
dan ajaran Islam secara amnya.

MENGIGAU DALAM TIDUR : Ada Caranya


Imam Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."


Ada baiknya mengamalkan adab tidur dalam Islam seperti yang diamalkan Rasulullah s.a.w. antaranya :


(1) tidur awal dan mengambil wuduk.
(2) bangun daripada tidur lebih awal separuh malam 
      yang kedua untuk bertahajud.
(3) membaca doa sebelum tidur.
(4) membaca ‘tiga qul’ iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq 
      dan al-Nas sebanyak tiga kali, kemudian  
      dihembuskan bacaan itu di kedua-dua tangan dan 
      digosok ke seluruh badan sekadar yang 
      mampu tercapai tangan.
(5) tidur atas lambung sebelah kanan. 
(6) mengelak daripada tidur selepas Subuh dan Asar. 

Mudah-mudahan dengan mengamalkan adab tidur itu dapat mengelak daripada mengigau.