Wanita itu kelak di hari akhir akan dipertanggungjawabkan oleh Ayahnya, Suaminya dan saudara laki-lakinya..maka bila mana kalian menyayangi mereka..maka jangan bawa mereka ke dalam panasnya neraka karena mu.
23 September, 2012
SISIPAN ILMU PETANG AHAD .... sayangkan orang tersayang
Label:
NASIHAT
SENDA GURAU PETANG AHAD .... menjunjung atap
Label:
humor
SENDA GURAU PETANG AHAD .... meroyan FB
Melampau betul. Ni kalau jatuh monitor tu atas kepala, memang tak berbaloi mak ayah besarkan sejak kecil last-last mati dihempap monitor. Harap korang tak sampai tahap macam ni ye?
Label:
humor
SENDA GURAU PETANG AHAD ..... patuh membabi buta
Label:
humor
TITIPAN ILMU PAGI AHAD .... nilai diri kita di sisi Allah
Meski pun daku masih rapuh dalam langkah, kadang terlupa padaMu Tuhan namun cinta dalam jiwa terpahat hanya untukMu..." ~Ya Allah Tintaku tidak sehebat alim ulamak, tidak terukir madah selembut salju tetapi masih berharap moga hikmah dariMu itu dapat diselak hingga mampu meraih berkat dan rahmatMu Tuhan Yang Maha Perkasa...
Label:
muhasabah diri
BINGKISAN ILMU .... kita sebagai insan lemah
Wahai Pemilik Hatiku
Sungguh berat ujian dariMu
Betapa aku lemah tanpa panduanMu
Jangan Kau biarkan aku layu
Terbuai terus mengikut nafsuku
Merindui, menyayangi dia yang bukan milikku.
Duhai Pemilik Hatiku
Hanya Kau mengetahui perasaanku
Hanya Kau saksi di setiap sujudku
Hanya padaMu aku memohon dalam doaku
Biar air mata lepas segala deritaku
Biar butir zikir ubati semua lukaku.
Engkau Pemilik Hatiku
Yang berhak ke atas seluruh hidup matiku
Padamkanlah rasa kecewa ini dari jiwaku
Penuhkanlah ia dengan rasa cinta hanya kepadaMu
Biar ia terus mekar harum dalam kalbuku
Agar nanti aku mampu tersenyum saat bertemuMu.
Wahai Tuhanku
Tak sanggup aku berduka tanpa redhaMu
Aku mohon kekuatan dan ketabahan dariMu
Pelihara hati ini agar tak mudah aku pilu
Walau apa jua ujian dan dugaan ke atasku
Aku akur, aku redha, aku pasrah dengan takdirMu.
Label:
NASIHAT
TITIPAN MINDA PAGI AHAD .... antara paras rupa dan paras amalan
"Sekiranya Allah timpakan kita pada sesuatu penderitaan atau musibah sebenarnya Allah telah memerhati serta meneliti lebih dari separuh perjalanan hidup kita... kerana sekiranya tiada takdir yang Allah timpakan itu maka tiadalah kesedaran dan akan hanyut bergelumang dosa seluruh hidup ini."
Label:
muhasabah diri
TITIPAN MINDA PAGI AHAD .... pohonlah sepuas-puasnya
Label:
doa
TITIPAN MINDA PAGI AHAD .... ikhlas terima kurniaan Illahi
Apabila diuji dengan kesusahan di dunia ini, usahlah bertanya: "Apa salah aku sampai diuji sebegini..." namun bersabarlah, dan yakinlah, Allah mengkehendaki kebaikan buat kita!
Label:
NASIHAT
RENUNGAN PAGI AHAD .... perjalanan hidup
Label:
tunjukajar
TITIPAN MINDA PAGI AHAD ..... biarkan iman menjawab segalanya
Aku meminta kepada Allah untuk menyingkirkan penderitaanku hadapi.
Iman manjawab;
"Tidak. Itu bukan untuk Allah singkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya sendiri wahai insan."
Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku ini.
Iman menjawab;
"Tidak. Jiwa adalah sempurna, jasad hanyalah sementara cuma."
Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran.
Iman manjawab;
"Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari dari kehidupan."
Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.
Iman manjawab;
"Tidak. Allah akan memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung pada apa yang kamu buat."
Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan.
Iman manjawab;
"Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu agar lebih dekat pada Allah Rabulizati."
Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
Iman manjawab;
"Tidak. Allah akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal."
Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.
Iman manjawab;
"Akhirnya kau mengerti wahai diri. HARI INI ADALAH MILIKMU. JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.
Iman manjawab;
"Tidak. Itu bukan untuk Allah singkirkan, tetapi agar kau mengalahkannya sendiri wahai insan."
Aku meminta kepada Allah untuk menyempurnakan kecacatanku ini.
Iman menjawab;
"Tidak. Jiwa adalah sempurna, jasad hanyalah sementara cuma."
Aku meminta kepada Allah untuk menghadiahkanku kesabaran.
Iman manjawab;
"Tidak. Kesabaran adalah hasil dari kesulitan; itu tidak dihadiahkan, itu harus dipelajari dari kehidupan."
Aku meminta kepada Allah untuk memberiku kebahagiaan.
Iman manjawab;
"Tidak. Allah akan memberimu berkat. Kebahagiaan adalah tergantung pada apa yang kamu buat."
Aku meminta kepada Allah untuk menjauhkan penderitaan.
Iman manjawab;
"Tidak. Penderitaan menjauhkanmu dari perhatian duniawi dan membawamu agar lebih dekat pada Allah Rabulizati."
Aku meminta kepada Allah segala hal sehingga aku dapat menikmati hidup.
Iman manjawab;
"Tidak. Allah akan memberimu hidup, sehingga kau dapat menikmati segala hal."
Aku meminta kepada Allah membantuku mengasihi orang lain, seperti Ia mengasihiku.
Iman manjawab;
"Akhirnya kau mengerti wahai diri. HARI INI ADALAH MILIKMU. JANGAN SIA-SIAKAN. Bagi dunia kamu mungkin hanyalah seseorang, Tetapi bagi seseorang kamu adalah dunianya.
Label:
tunjukajar
BINGKISAN PAGI AHAD .... cinta agama
♥ Tolong sampaikan pesananku pada sidia ♥
Tolong laa..... Tolongggg...
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, ♥ Agung adalah ♥ Nya..
Tolong beritahu si dia, ♥ manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan mencintaiku lebih dari dia men♥ Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan ♥ manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia, aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap ♥ di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan ♥ ..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan ♥ suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, ♥ kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..
(Ya Allah....
Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan di mana si dia..
Moga dia bagai seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...)
Ehsan dpd : SolihinZubir
sumber gambar: luvislamblog
Label:
tunjukajar
RENUNGAN PAGI AHAD .... hari-hari yang terbaik
“Andai kalian mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
Indahnya benih kemuliaan yang dipupuk oleh junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w hidup dengan celupan iman. Saat itulah terasa bahwa dunia bukan segala-galanya. Ada yang jauh lebih besar dari yang ada di depan mata. Semuanya teramat kecil dibanding dengan balasan dan siksa Allah swt....
Label:
NASIHAT
Langgan:
Catatan (Atom)