07 Julai, 2011

MATI ...satu kepastian

Daripada Anas r.a daripada Rasulullah s.a.w sabdanya, 
" Tiga perkara yang mengiringi jenazah iaitu keluarganya, hartanya dan amalannya . Maka dua perkara akan kembali semula, yang tinggal hanyalah amalannya."
                                                                      (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
... keluarganya ... hartanya ... meninggalkannya
... amalannya ... tinggal bersama simati

1. Tiga perkara yang menjadi kepentingan utama di dunia ini 
    iaitu keluarga, kekayaan dan amal kebajikannya. Maka 
    hendaklah setiap orang itu mendapatkannya ketiga-tiga perkara
    itu dengan sebaiknya
2. Apabila seseorang itu mati, yang kekal bersamanya ialah 
    amalannya.Walaubagaimanapun jika keluarga yang ditinggalkan 
    adalah keluarga bertakwa dan harta yang diperolehi adalah halal 
    dan digunakan untuk keredaan Allah , juga akan bermanfaat 
    kepada si mati.

KENANGAN MENGUSIK JIWA 5...umrah Jun 2011

Selama berada di bumi MEKAH ... langkah kaki dihayun menuruti gerak hati menuju destinasi. SERONOK, GEMBIRA, PUAS. Bersyukur atas NIKMAT-MU yang tiada batasannya.
Ladang unta ... tak sama macam ladang lembu Malaysia.
Kat sini tak ada rumput, kalau lembu Malaysia kat sini alamat la .... KO
Susu unta ... minum gitu je tak ada bau. SEGAR dan LEMAK BERKRIM
Di Tanaeem ... miqat umrah jaraknya 5 km dan tambang pergi balik 5SR
Selesai umrah ... jalan-jalan di luar tempat saie
Jam 2.00 pagi ... selesai umrah 

KENANGAN MENGUSIK JIWA 4...umrah Jun 2011

UMRAH pertama dalam hidupku... rasa puas walaupun keletihan. 
Selesai UMRAH WAJIB ... bersyukur dengan nikmat-MU
Selepas SUBUH ... seronok melihat jemaah yang ramai di sini
Selepas ZOHOR ... di luar Masjidil Haram... terik panas mentari 45 darjah celcius
Panas yang tak pernah aku rasakan selama ini
Jalan-jalan dan cari kawan di SAFWAH HOTEL ...
berikan kerepek pisang tanduk padanya
Syukran ya! syeikh
Anda bagaimana?
Nak kongsi pengalaman?
Jangan malu, coretkan pengalaman ada dalam ULASAN.

KENANGAN MENGUSIK JIWA 3...umrah Jun 2011

RASANYA tidak puas berada di bumi Madinah selama 3 hari. Tapi apakan daya takdir telah ditentukan saya berdua akan bertolak ke bumi Mekah untuk meneruskan perjuangan sebagai hamba Allah yang mencari keredhaan-NYA.
Di penghujung waktu meninggalkan Masjidin Nabawi ... dapat berkenalan
dengan jemaah daripada IRAQ ... salam ya syeikh!
Sempat singgah di pasar jalanan .... murah! murah! 
Bersiap ke Bumi Mekah ....
teruja berihram dan nantinya bermiqat di Bir Ali
Co-Driver .... ambil alih driver yang turun berehat ... bas berhenti boleh la.
Singgah di masjid Bir Ali ... kehijauan menggamit mata memandang ...
bermiqat dan berniat ihram untuk umrah pertama
dalam hidup ... doaku semoga mendapat keberkatan dan keredhaan-MU
R & R di perjalanan ke bumi MEKAH... tapi tak sama dengan R&R di Malaysia
Cuba anda bayangkan sendiri .... nak tahu join UMRAH

8 jam perjalanan dari Kota Madinah ke bumi MEKAH
Penat dan letih hilang bila terpandang
wajahmu yang selama ini kurindui
Ya ALLAH begitu besar RAHMAT-MU
yang dilimpahkan atas diriku
ku sujud menyembah-MU
tanda kesyukuran atas NIKMAT-MU
memandang MASJID dan KAABAH
yang penuh kesucian....
Bagaimana dengan pengalaman anda?
Cuba kongsi bersama saya dalam ULASAN anda nanti.
Silakan.