CUBA-CUBAlah sekali sekala kita menilai diri ini sama ada kita berada nun juah di penghujung jalan atau dekat di sisi TUHAN yang menghidupkan diri ini. Pernahkah kita bermonolog sendirian mengingati asal kejadian diri ini? Jangan segan jangan silu, lakukan walau di mana kita berada, Insya Allah kita akan rasa INSAF atas apa yang telah, sedang dan akan kita lakukan sama ada semua itu mengikut perintah-NYA atau mengingkari suruhan-NYA.
09 November, 2011
SIAPA DIRI KITA <> di mana kita sekarang ?
Label:
NASIHAT
AL-QURAN <> Mukjizat Besar Terpelihara
Membaca al-Quran merupakan ibadah yang paling utama sesudah amal-amal fardhu yang telah diwajibkan oleh Allah. Sesiapa yang meninggalkannya kerana keangkuhannya, nescaya Allah akan membinasakannya. Dan sesiapa yang mencari petunjuk pada selain-Nya, maka Allah akan menyesatkannya.
Oleh itu kita diingatkan agar jangan melupakan al-Quran yang dibaca (diingat atau dihafal) kerana nabi s.a.w pernah bersabda: "Seburuk-buruk orang di antara kamu ialah yang mengatakan,"Aku lupa ayat ini dan itu," tetapi sebenarnya dia melupakannya. Hafallah al-Quran kerana sesungguhnya al-Quran itu lebih cepat perginya dari dada kaum lelaki daripada unta (yang terikat)." (Syaikhan dan at-Tirmidzi).
Rasulullah s.a.w juga telah bersabda: Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"Maka berkata al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu: "Adakah kamu al-Quran?" Lalu al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membacanya mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangannya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab: "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
Label:
NASIHAT
NIKMAT HIDUP <> Mensyukuri Tuntutan Utama
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula.
Rumusannya : <> Segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita hendaklah digunakan bertepatan dengan tujuan ia diberikan. Itulah tanda kesyukuran yang dituntut oleh Islam.
<> Setiap muslim janganlah bersifat kedekut untuk melakukan amal kebajikan dan bersedia memperbaiki segala amal perbuatannya kerana Allah akan memberi ganjaran walau sekecil mana pun amalan tersebut.
<> Kita hendaklah mengambil pengajaran di atas kesusahan yang menimpa orang lain agar terbit rasa bersyukur di dalam diri dan supaya kita tidak mempersia-siakan nikmat yang diperolehi kerana nikmat yang tidak disalahgunakan dan tidak disyukuri akan ditarik balik oleh Allah S.W.T.
Label:
NASIHAT
PEWARIS YANG MENANG <> Di mana Kita?
JADIKANLAH SOLAT sebagai satu terminal istirehat yang canggih dan moden. Di saat ketika jiwa terasa letih dek beban perjuangan, di saat sekujur tubuh kepenatan oleh pelbagai ujian hidup ... maka cara terbaik ialah dengan mendirikan SOLAT.
Label:
NASIHAT
INGAT ALLAH <> Senantiasa bermunajat tanpa jemu
Dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian kita, kita kadangkala terasa kepayahan untuk melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah s.w.t. berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya.
Marilah kita kuatkan pegangan tangan kita dengan tali keimanan .... kerana tarikan dunia ini amat menawan bagaikan mampu menarik kita melalui arusnya yang deras. Sedarlah .... betapa banyak waktu yang telah kita gunakan untuk kepentingan duniawi .... tetapi bukan kepentingan akhirat.

IKHLAS & SABAR <> Menerima dugaan
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
Allah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud, Tiada balasan bagi seseorang hamba-Ku yang telah Aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang itu mengharapkan pahala daripada-Ku melainkan orang itu akan mendapat balasan syurga.
(HR : Bukhari)
<> Sabar ialah mengawal diri daripada kegelisahan dan menerima segala dugaan, rintangan dan segala suruhan Allah dengan hati yang tenang iaitu tidak merasa jemu dan berputus asa dalam menghadapi kesulitan hidup.
<> Kita hendaklah bersabar ketika menghadapi kematian suami, isteri, anak atau ibu bapa kerana semua makhluk adalah menjadi milik Allah. Malah kita dinasihatkan untuk berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. (Maksud al-Baqarah :156)
<> Sabar perlu dilakukan sejak mula-mula menghadapi bala kesusahan kerana seseorang yang menghadapi kesusahan dengan penuh kesabaran akan dihapuskan dosanya dan dimasukkan ke dalam syurga.
<> Sesungguhnya setiap mukmin yang beriman kepada Allah, imannya belum dapat diperakui sebelum diuji keimanannya itu dan berjaya pula menghadapi dugaan tersebut di mana tiada balasan yang lebih besar di dunia dan akhirat daripada balasan bagi seseorang yang bersifat sabar dalam menghadapi bala ketika di dunia.
<> Setiap ujian yang diturunkan oleh Allah mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Oleh itu untuk menjadi hamba Allah yang dikasihi, hendaklah kita bersedia menghadapi setiap ujian yang menimpa dengan penuh kesabaran, sebaliknya bagi seseorang yang tidak redha menerima ujian Allah, maka ia akan menjadi hamba yang dibenci serta jauh daripada rahmat Allah.

MENCARI KESEDERHANAAN DALAM KEHIDUPAN
Jadikanlah diri ini sebagai insan yang sentiasa mencari kesederhanaan dalam melakari kehidupan yang penuh cabaran dan godaan.
<> Pengawalan terhadap keinginan dan desakan hati adalah amat perlu sebagai satu cara untuk mengawal nafsu boros.
<> Rezeki dan kemewahan hidup semuanya datang dari Allah S.W.T. Oleh itu sikap berlumba-lumba mengumpul harta dan kemewahan harus dielakkan kerana ia menunjukkan sikap rakus dan boleh memberikan risiko yang tidak baik dalam perhubungan sehingga menyebabkan berlakunya permusuhan sesama sendiri.
<> Cara membelanjakan harta menentukan hidup seseorang itu berkat atau tidak di mana kehidupan tidak akan menjadi tenang jika harta disalurkan atau digunakan pada perkara-perkara yang haram dan tidak halal.
<> Bersederhana dalam berbelanja bermaksud bahawa seseorang itu apabila berbelanja dia tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kedekut tetapi berada di tengah-tengah antara dua keadaan tersebut. (rujuk surah al-Furqan:67)
Rujukan : http://www.islam.gov.my/e-hadith
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
Allah memberikan rahmat kepada seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat dan menabung kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya.
<> Rezeki dan kemewahan hidup semuanya datang dari Allah S.W.T. Oleh itu sikap berlumba-lumba mengumpul harta dan kemewahan harus dielakkan kerana ia menunjukkan sikap rakus dan boleh memberikan risiko yang tidak baik dalam perhubungan sehingga menyebabkan berlakunya permusuhan sesama sendiri.
<> Cara membelanjakan harta menentukan hidup seseorang itu berkat atau tidak di mana kehidupan tidak akan menjadi tenang jika harta disalurkan atau digunakan pada perkara-perkara yang haram dan tidak halal.
<> Bersederhana dalam berbelanja bermaksud bahawa seseorang itu apabila berbelanja dia tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kedekut tetapi berada di tengah-tengah antara dua keadaan tersebut. (rujuk surah al-Furqan:67)
Rujukan : http://www.islam.gov.my/e-hadith
Label:
NASIHAT
Langgan:
Catatan (Atom)