22 Julai, 2011

KIAMAT ... Janji Neraka

"Siksaan neraka itu 
dilipatgandakan lagi dengan
air mendidih yang sangat panas.
Jika setitis daripadanya jatuh ke bumi,
maka akan cairlah dunia keseluruhannya..."


                Al-Ghashiyah seperti yang dinamakan merupakan perkataan yang disebutkan dalam ayat pertama, bermaksud peristiwa yang dahsyat. Al-Ghashiyah juga merupakan salah satu nama kiamat. Surah ini kerap dibaca oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada rakaat kedua solat Raya dan solat Jumaat. 
               Isi kandungan surah ini menerangkan tentang keadaan orang kafir pada hari kiamat dan azab yang disediakan. Surah ini juga turut menyelitkan tentang keadaan syurga yang disediakan untuk mereka yang taat pada perintah-Nya.
               Akhirnya surah ini menjelaskan tentang perutusan Rasulullah s.a.w. sebagai pemberi peringatan, bukannya seorang yang berkuasa memberikan taufik dan hidayah.

TAUBAT + ISTIGHFAR = ?

hADIS Riwayat Ahmad dan Ibn Majah
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
" Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
i)  Seorang mukmin yang sedar dan berjaga-jaga tidak akan 
    melakukan kelalaian dan boleh ditipu dua kali dalam perkara 
    yang sama.
ii) Oleh itu dinasihatkan apabila kita telah terlanjur melakukan dosa, 
    hendaklah kita segera bertaubat (taubat nasuha) untuk tidak 
    melakukan dosa itu lagi kerana seorang mukmin yang sebenar 
    apabila melakukan dosa, dia merasakan seolah-olah berada 
    di bawah bukit, takut bukit itu akan jatuh ke atasnya. 
    Sedangkan orang yang selalu menderhaka (melakukan dosa) 
    melihat bahawa dosa-dosanya hanyalah seperti lalat yang lalu 
    di atas hidungnya.
iii) Di antara syarat-syarat yang menyebabkan taubat itu 
     diterima adalah:
     a) Meninggalkan dosa yang dilakukan serta-merta. 
         Contohnya orang yang tidak melakukan sembahyang 
         mestilah kembali menunaikan sembahyang atau orang yang selalu    
         memakan rasuah hendaklah segera meninggalkan amalan 
         keji tersebut.
     b) Menyesali dosa yang telah dilakukan di mana setiap kali 

         terkenangkan dosa yang pernah dilakukan itu dia akan menangis 
         kerana takutkan seksaan Allah S.W.T.
     c) Bertekad tidak akan mengulangi dosa.
     d) Mengembalikan hak kepada yang berhak. Ini adalah kerana seorang 
         yang benar-benar ingin bertaubat, dia begitu mengharapkan 
         agar zaman lampaunya yang dipenuhi dengan dosa dapat 
         dikembalikan dan digantikan dengan kebaikan. Oleh itu jika dia 
         pernah merampas, mencuri atau mengambil hak orang lain tanpa 
         kerelaan dan keizinan tuannya maka hendaklah dikembalikan sama 
         ada ia berbentuk harta benda, wang ringgit dan sebagainya. 
         Namun sekiranya hak itu bukanlah sesuatu yang dapat dikembalikan 
         maka dia mestilah memohon perlepasan (kemaafan) 
         daripada orang tersebut.
    e) Dalam tempoh masa- Iaitu sebelum seseorang itu didatangi ajal 
        di mana pada saat itu taubatnya sudah tidak berguna lagi.

Bahana H A S A D

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
" Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki."

(Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi)
1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan 
    segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api 
    yang membakar kayu.
2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum 
    sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada 
    syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s 
    hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka 
    terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.
3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan 
    senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak 
    dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada 
    kemanusiaan bagi pendusta."  Dan tidak dapat diterima pendapat 
    orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.
4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang 
    menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti 
    berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan 
    ibadat dan yang seumpamanya.

CENDOL ... sssluurrrppp

Cendol madu + tapai + pulut .... enaaaknyerrr
Rojak mee + tahu + tempe + telur = kuah kacang  ... kaw  kaw punyerrrr
Abang dari SINGAPORE datang nak makan rojak + cendol madu
LOKASI di EJAY CORNER Parit Raja
Bagaimana dengan anda semua, dah cuba kelazatannya .... Datanglah ke Parit Raja, baru taaauuuu...