20 Ogos, 2011

LAILATUL QADAR ... Jangan Lepaskannya

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . 

Firman Allah SWT :
Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" 
(Al-Qadr : 2) .

INFO SELANJUTNYA .... KLIK  di sini

SUMBER :  Zaharuddin Abd Rahman
                    http://www.zaharuddin.net/




LAILATUL QADAR ... perangsang tingkatkan amalan

LAILATUL QADAR adalah satu daripada malam pada Ramadan. Keistimewaannya diriwayatkan menyamai bilangan 1,000 bulan.

Perkara itu dijelaskan dalam firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan." 

(Surah al-Qadr, ayat 1 hingga 2)

Kebesaran Lailatul Qadar berdasarkan dua perkara.

Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.

Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan besar, penuh gilang-gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut Lailatul Qadar kerana pada malam itu malaikat turun untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi.

Cerita selanjutnya ..... KLIK DI SINI
Sumber : Berita Harian

KEPALSUAN HADIS ... kelebihan Tarawih

Diterbitkan dan diedar secara percuma oleh:

DARUL QURAN WAS-SUNNAH
Lot 1499, Taman Seri Demit, Jalan Sultanah Zainab 2
Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu, Kelantan.
Tel: 09-7645816

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang

Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan Tarawih pada malam-malam Ramadan telah tersebar dengan meluas sekali. Media elektronik, cetak serta media massa lain turut memainkan peranan menyebarkannya melalui akhbar, dairi Islam, TV, radio, risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat, terutamanya dalam bulan yang diberkati itu. Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut,

Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadilat sembahyang Tarawih pada bulan Ramadan antaranya 
:

KLIK DI SINI .... maklumat lanjut

Sumber : BERITA HARIAN

LAILATUL QADAR ... tanda manusia dikasihi Allah

SALAH satu keagungan, keistimewaan dan kemuliaan Ramadan ialah satu malam penuh berkat yang lebih baik daripada seribu bulan.
Malam yang hanya muncul pada 10 hari terakhir Ramadan itu lebih dikenali sebagai Lailatul Qadar.
Rasulullah (SAW) sendiri memohon kepada Allah agar malam bersejarah yang penuh hikmah itu menemuinya.
Dalam hal ini, Rasulullah (SAW) pernah bersabda bermaksud: " Sesungguhnya bulan ini (Ramadan) datang kepada kamu, dalamnya ada malam di mana amalan ibadat yang dilakukan pada malam itu lebih baik dan lebih besar ganjarannya daripada amalan selama seribu bulan. Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu, kecuali orang yang diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah. "
- (Hadis riwayat Ibnu Majah)


Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi
SUMBER : Berita Harian

MENANTI .... lailatul qadar

Golongan beriman tetap berusaha menunggu malam lailatul qadar


Oleh Ustaz Zamanuddin Jusoh
bhagama@bharian.com.my
2011/08/20



MALAM istimewa dalam Islam biasanya menjanjikan keberkatan tersendiri seperti malam kelahiran Baginda SAW, malam Baginda SAW dimikrajkan, malam Arafah, malam Jumaat, malam Nisfu Syaaban dan malam hari raya.

Namun, bagi Ramadan yang penuh keberkatan, pada setiap tahun akan diserikan dengan malam istimewa iaitu malam lailatul qadar. Firman Allah yang bermaksud: “Malam lailatul qadar adalah lebih baik dari seribu bulan.” (Surah Al-Qadar, ayat 3).
Ada dua definisi lailatul qadar iaitu malam yang mulia, tinggi, agung, berkat, selamat dan sejahtera. Ini adalah kerana turunnya al-Quran pada malam itu dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah.



Maklumat lanjut di sini.

TAZKIRAH SUBUH 20 Ogos 2011

BERPUASA SUNAT BULAN SYAABAN

Berkata Imam Ibnu Rajab al-Hanbali dalam kitabnya Lathaif Al-Ma'arif : “ Seperti solat rawatib adalah solat yang mempunyai keutamaan kerana ia mengiringi solat wajib, sebelum atau sesudahnya, demikian puasa Syaaban kerana puasa Syaaban sangat dekat dengan puasa Ramadan; maka puasa itu mempunyai keutamaan dan puasa ini boleh menyempurnakan puasa wajib pada Ramadan.” 

Pada masa sama, ada banyak lagi riwayat sahih menunjukkan Nabi SAW memperbanyakkan puasa pada Syaaban seperti hadis Ummul Mukminin Aisyah: 
“ Bahawasanya Rasulullah SAW berpuasa hingga kami menyatakan, Baginda tidak berbuka. Dan Baginda berbuka (tidak berpuasa) hingga kami menyatakan, Baginda tidak berpuasa.” 

Jelas kepada kita Baginda mengkhususkan Syaaban untuk memperbanyakkan puasa dibandingkan bulan lain. Ini disebabkan bulan berkenaan sering dilupakan kerana berada antara Rejab dan Ramadan.

ISTERI SOLEHAH ... idaman lelaki

ISTERI SOLEHAH memang menjadi idaman setiap lelaki yang beristeri.
Pilihan di tangan lelaki untuk membuat pilihan calon isteri.
CANTIK - KAYA - BERGAYA = TANGGUNG SENDIRI

CINTA dan IMAN

CINTA memang naluri hidup manusia.
IMAN satu pegangan hidup manusia yang menurut perintah ALLAH s.w.t.
CINTA + IMAN = BAHAGIA 
BAHAGIA di dunia dan di akhirat.

RUMAH TANGGA ... satu rahsia bersama

Kehidupan berumahtangga hanya yang sudah mengalaminya sahaja yang tahu pahit manisnya.
Bagi yang belum berumahtangga, cepat-cepatlah cari RUMAH yang ada TANGGA.
Mesti ada RUMAH + TANGGA = BAHAGIA

KURMA ... buah 1001 khasiat

KURMA memang berkhasiat.
Apa sahaja asalkan namanya KURMA semua orang dah tahu.
Makan KURMA ingat RAMADAN.
Tiba bulan RAMADAN, KURMA dicari.

7 DOSA BESAR ... Jauhkanlah

Jauhkanlah  dosa daripada diri kita daripada sekecil-kecil dosa hinggalah sebesar-besar dosa.
DOSA janjinya ialah NERAKA.

JOIN BLOG ... tambah follower

Nak join .... tak kena bayar pun.

GILA KUASA ... hindarkan

Kuasa yang ada pada kita tak akan kekal lama.
Kuasa yang digilai akan menyusahkan diri jika lemah bila berhadapan dengan kuasa lain.
Hanya ALLAH yang MAHA KUASA. 
Selain daripada ALLAH, tiada sesiapa yang berkuasa.