21 Mei, 2012

ILMU .... diamalkan

PERINGATAN :
Umar ibn al Khattab r.a pernah berkata, “Perkara yang paling aku takuti berlaku terhadap umat ini ialah munculnya orang yang ALIM PADA LISAN tetapi jAHIL PADA HATI”.

Ilmu yang bermanfaat juga ialah ilmu yang diamalkan

Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menunjukkan pemiliknya kepada sifat tawaduk, sentiasa bermujahadah, menjaga hati, menjaga anggota zahir dari melakukan maksiat, takut kepada Allah, berpaling daripada dunia dan penuntut dunia, menjauhi orang-orang yang mengasihi dunia, meninggalkan apa yang ada di dunia kepada ahli dunia, suka memberi nasihat kepada makhluk, baik perilaku terhadap makhluk, suka duduk bersama golongan fuqara, memuliakan kekasih.

“Siapa yang kasihkan dunia, maka dia telah membahayakan akhiratnya dan siapa yang kasihkan akhirat maka dia telah membahayakan dunianya. Justeru ingatlah, utamakanlah suatu yang kekal (akhirat) daripada yang akan rosak binasa (dunia)”. (riwayat Imam Ahmad dan al Hakim)

sebahagian ulama berkata:

"Kalaulah ilmu tanpa takwa itu penentu suatu kemuliaan, nescaya semulia-mulia makhluk Allah ialah iblis".

Kembalikan kepada Niat yang asal, Hidup dan Mati untuk ALLAH Ta'ala. ♥~

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala dinik
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas agama-MU..

Ya muqallib al-qulub, thabbit ‘ala’l-haqq
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini di atas kebenaran-MU.. 

Ya muqallib al-qulub, thabbit qalbi ‘ala ta’atik
Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini dgn taat pada-MU

Amin ya robbal al-amin...;)

Peringatan untuk diri sendiri juga :) yang paling penting, sama-sama mengingati. itu memang kewajipan kita.



SUJUD ... menghampirkan diri kepadaNYA

Sujud adalah waktu kita paling dekat dengan Allah..

Sujud melahirkan rasa rendah diri sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya..

Tidak kurang banyaknya kelebihan sujud dari sudut perubatan..

Sebab itu kita digalakkan sujud lama-lama sambil berniat memohon hajat.
Selain niat hajat, niatkan dan pohonlah kepada ALLAH supaya dapat bermimpi dengan NABI MUHAMMAD S.A.W... kalau kita tidur sehari 7-8 jam bayangkanlah kita dapat hidup dengan kekasih ALLAH, satu hadiah yang ternilai kalau diberi dunia dan seisinya..

Jadi renung-renungkan lah.....

REJAB .... datangnya tetap dinanti


SELAMAT DATANG BULAN YANG PENUH KEBERKATAN DAN KEAMPUNAN, 
DOAKAN AGAR KITA SEMPAT DENGANNYA: 

Hari Selasa ni bermula 1 Rejab, jadi esok malam (Isnin) adalah malam 1 Rejab. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. 

Jadi, esok malam, perbanyakkan doa mudah-mudahan Allah ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab. Antara lain yang kita boleh lakukan dalam bulan Rejab ialah, banyakkan Istighfar, minta ampun daripada Allah SWT. 
Yang paling bagus sekali Istighfar disebut sebagai "Sayyidul Istighfar" bermula dari esok malam. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.

KEIKHLASAN BERDOA .... satu ungkapan di hati

Pada suatu hari Ibnu Umar dan Rasulullah SAW mendengar seseorang memuji Allah SWT dengan pujian yang paling indah. Rasulullah SAW bertanya: ”Siapakah gerangan yang memuji Allah dengan lafaz itu? Seseorang menjawab: Saya, wahai Rasulullah. Baginda bersabda lagi: ”Aku amat kagum dengan ucapan itu, kerana ucapan itu telah dibukakan pintu-pintu langit.” Ibnu Umar berkata, setelah saat itu aku tidak pernah meninggalkan bacaan tersebut. 
(Hadis riwayat Imam Muslim)

SUAMI @ ISTERI .... yang mana hebat?


SUAMI SOLEH & ISTERI SOLEHAN : hari ini tanyalah ustaz tentang suami soleh, esok mungkin isteri solehan.. antara tips : *Seorang suami yang soleh akan selalu mampu menjadi teladan terpuji buat isteri dan anak-anaknya. Mampu menumbuhkan kebiasaan-kebiasaan yang baik, dan mendidik diri, isteri, dan anak-anaknya untuk menapak di jalan-jalan yang menuju keredhaan Allah. *Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat dirinya, isterinya dan anak-anaknya mencintai ilmu, menguasai ilmu dan mampu mengamalkannya, menjadikan ilmu yang diperolehnya itu bermanfaat bagi bangsa, negara, dan agamanya.

*Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang mampu membuat isterinya dan anak-anaknya tumbuh, dan berkembang menjadi peribadi yang luar biasa serta menapak tangga-tangga kejayaan di dunia ini dan Akhirat kelak.*Seorang suami yang soleh adalah seorang suami yang akan selalu menjaga isteri dan anaknya dari api neraka…

BULAN REJAB .... dapatkan fadhilatnya

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bahawa Nabi saw. (yakni SUNAT) berpuasa di bulan-bulan Haram.Berpuasa dalam bulan Rejab adalah digalakkan tetapi tiada satu hadis sahih yang membuktikan bahawa berpuasa pada hari-hari tertentu dalam bulan Rejab akan mendapat ganjaran istimewa.

Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

SUAMI .... yang mana satu jadi pilihan?


SOLAT SUNAT ..... sebelum @ selepas



Dari Ibnu Umar berkata, "Rasulullah s.a.w. tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 

✔ 2 rakaat sebelum Zohor, 
✔ 2 rakaat selepas Zohor, 
✔ 2 rakaat selepas Maghrib, 
✔ 2 rakaat selepas Isyak dan 
✔ 2 rakaat sebelum Subuh."

(Riwayat Ahmad dan Tirmizi)

REJAB .... perbanyakkan doa


Tahukah anda pada MALAM INI ... Isnin 21 Mei 2012...

Adalah malam 1 Rejab.. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, ALLAH SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab...Bulan Rejab dikenali juga sebagai bulan Istighfar...

Jadi,perbanyakkan doa mudah-mudahan ALLAH ampunkan dosa kita, memakbulkan doa kita pada malam 1 Rejab.. Perbanyakkan Istighfar, minta ampun daripada ALLAH SWT..

MELAHIRKAN ANAK SOLEH ... peranan si ibu


MARTABAT ibu lebih tinggi daripada bapa kerana hubungannya dengan anak lebih hampir kerana merekalah yang mengandung, melahirkan, menyusukan serta membesarkan anak.

Dengan kehadiran cahaya mata menjadikan tanggungjawab ibu semakin berat kerana perlu menggalas beberapa tugas dalam satu masa.

Ibu pastinya sentiasa meletakkan kepentingan anak dan keluarga melebihi dirinya. Sebab itu martabat ibu terletak pada kedudukan kedua tertinggi selepas mentaati Allah.

Perkara itu berdasarkan ‘tartibul kalimat’ iaitu susunan keutamaan seperti ditegaskan Allah menerusi firman-Nya dalam Surah al-Israa’ ayat 23 yang bermaksud: “Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.”

Sumber : http://www.islamituindah.my/peranan-ibu-dalam-melahirkan-anak-soleh