28 Mei, 2011

JAMRAT DULU vs KINI

Cuba bayangkan betapa siksanya ketika itu untuk melontar di jamrah.....hanya Allah jua yang amat Mengetahui


Kuasa Allah ... betapa mudahnya kita melontar di 3 jamrah sekarang ini. Inilah nikmat yang Allah limpahkan kepada hambaNya yang beriman.


Tiada kenderaan selain berjalan kaki ... inilah yang dikatakan umat Nabi Muhammad s.a.w. umat yang kuat, gagah, tabah, cekal, dan sebagainya demi melunaskan janji Rukun Islam yang ke-5. Subhanallah.....


Indah sungguh .... siapa sangka akan terjadinya seperti itu .... ini semua KUASA ALLAH S.W.T. Kita sebagai hambaNya semestinya sentiasa taat dan patuh kepada suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA. Astaghfirullah ......

tONton OnLinE ... mesti tonton


LAtiHaN meLOnTar JamrAH

MELONTAR DI JAMRAH AQABAH

Ertinya melontar 7 biji batu ke dalam takungan Jamrah Aqabah. Setiap lontaran hendaklah dengan hanya sebiji batu.
Waktu untuk melontar di Jamrah Aqabah ini ialah Selepas tengah malam 10 Zulhijjah (Hari Raya Haji) hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah Waktu afdal ialah waktu Dhuha pada 10 Zulhijjah.
DOA DI JAMRATUL 'AQABAH
اللَّهُمَّ تَصْدِيْقًا بِكِتَابِكَ وَاتِّبَاعًا لِسُنَّةِ نَبِيِّكَ ، سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم. اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيرًا ، وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ، وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ . اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ حِجًّا مَبْرُورًا ، وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا.


Sebenarnya bukan senang untuk melakukan aktiviti melontar jamrah. Pada malam 27 Mei 2011 saya bersama isteri berkesempatan menghadiri kelas bimbingan haji di rumah Tuan Haji Amin Mesran yang memang terkenal sebagai seorang ustaz serba boleh. Kami ditunjukkan cara bagaimana memulakan aktiviti melontar :


1. Latihan memungut anak batu : Para jemaah disarankan memungut sebanyak 70 biji anak batu 
Isteri saya Hjh.Zaleha sibuk membantu para jemaah wanita memilih anak batu dalam suasana kegelapan ....  nasib baik bawa lampu suluh. Jadi bila di Muzdalifah nanti jemaah disarankan bawa lampu suluh.
Jemaah lelaki juga sibuk memilih anak batu untuk digunakan semasa melontar di  3 jamrah nanti
Nasib baik ada lampu suluh .... nampak jugak anak batu, kalau tak bapak batu le mereka pungut untuk melontar di 3 jamrah nanti.
2.  Latihan berjalan kaki : kononnya daripada khemah di Mina menuju ke Jamrah sejauh lebih  kurang 3 km
Ustaz Haji Amin memberi penerangan ketika para jemaah menuju ke Jamrah
3.  Latihan berdoa : sebelum itu jemaah diajar cara-cara bertalbiah menuju ke Jamrah, membaca doa untuk melontar, berdoa semasa melontar dan doa selepas melontar.
Para jemaah wanita tekun membaca doa sebelum melontar
Baca doa berulang-ulang sebelum melontar agar lebih ummp lagi ... makbul dan diterima oleh Allah swt.


Doa di Jamrah

Doa terus dibaca sehingga selesai sebelum melakukan aktiviti melontar
4.  Aktiviti melontar : Para jemaah memulakan aktiviti melontar sambil membaca doa semasa melontar.
Melontar 21 anak batu di 3 jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah

JOM...semak arah KIBLAT jam 5.16 petang 28 Mei 2011

CaRA menentukan arah kiblat

JaMadIL aKHIr ... akan berlalu

Apakah amalan yang kita lakukan sepanjang bulan ini ?. 
Adakah ianya mencapai KPI yang kita tetapkan sebagai hamba di muka bumi ini ?
Sedarkah kita Jamadil Akhir akan melabuhkan tirainya ?
Sebagai renungan untuk para pembaca, saya turunkan sedikit sebanyak coretan sebagai pengubat kepada kealpaan kita selama ini.


PEngERTian
Jamadil Akhir memberi erti musim sejuk yang akhir. Dari segi bahasa, ia bermaksud penghabisan atau beku penghabisan. Bulan ini dinamakan sedemikian setelah musim kekeringan atau air menjadi beku telah berakhir. Pada ketika itu air yang pada mulanya beku telah beransur-ansur menjadi cair. Namun demikian, salji-salji atau air yang beku masih lagi kedapatan di sana-sini.


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Jamadil Akhir

1. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq telah meninggal dunia pada malam 22 Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah bersamaan 12 Ogos 634 Masihi ketika berumur 63 tahun dan telah disemadikan bersebelahan maqam Rasulullah s.a.w. Ketika hidup, beliau merupakan pemuda terawal yang menerima dakwah dan membenarkan kerasulan Baginda s.a.w. Khalifah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq mempunyai akhlaq yang mulia dan sanggup menginfaqkan seluruh harta dan kemewahannya pada jalan Allah sehingga tidak meninggalkan sebarang harta ketika matinya. Sebelum kematiannya, beliau telah melantik Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah Islam yang kedua menggantikan tempatnya.

2. Perlantikan Saiyidina `Umar Al-Khattab sebagai Khalifah kedua pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah.

3. Berlakunya peperangan Yarmuk pada bulan Jamadil Akhir tahun ke 13 Hijrah. Peperangan ini telah diketuai oleh Khalid bin Al-Walid dan disertai tentera Muslimin seramai 45,000 orang yang menghadapi tentera Rom (Byzantin) seramai 240,000 orang. Di dalam peperangan ini telah menyaksikan separuh tentera Rom telah terkorban dan seramai lebih kurang 3,000 orang tentera Muslimin syahid di medan perang. Bagaimanapun tentera Muslimin yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid telah berjaya mengalahkan tentera Rom yang begitu ramai.

Fadhilat

          Amalan-amalan ibadat sama ada yang fardhu mahupun yang sunat pada bulan Jamadil Akhir adalah sama dengan bulan-bulan yang lain. Tiada amalan-amalan yang khusus yang dianjurkan oleh Islam dalam bulan ini. Walau bagaimanapun, kita digalakkan untuk meningkatkan amalan dari masa ke semasa walau dalam bulan mana sekalipun.

          Terdapat banyak lagi amalan sunat yang belum lakukan atau belum berkesempatan untuk melakukannya. Maka yang demikian, pada bulan ini adalah masa yang sesuai untuk kita mengamalkan ibadah-ibadah sunat yang mungkin kita belum atau tidak berkesempatan untuk melakukannya sebelum ini. Di samping kita menjaga dan meningkatkan kualiti amalan-amalan wajib, kita juga digalakkan agar memperbanyakkan amalan-amalan sunat yang kita ketahui. Amalan-amalan sunat adalah sebagai penampung atau pelengkap kepada amalan-amalan wajib kita.

          Di antara amalan-amalan sunat yang menjadi amalan Rasulullah s.a.w. sepanjang tahun ialah solat tahajjud, solat nafilah, puasa Isnin dan Khamis, sedekah, membaca Al-Qur’an dan lain-lain lagi.

Sumber : 
Oleh Bahagian Buhuth dan Fatwa, Jabatan Mufti Melaka