"Di dunia adalah tempat beramal tiada balasan. Di akhirat adalah tempat balasan tiada amal. Oleh itu beramallah kamu di tempat yang tiada balasan semoga kamu berbahagia di tempat yang tiada amal.
BERASA LETIH KETIKA BERPUASA...? PERBANYAKKANLAH MAKAN KURMA !!!
Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a. daripada Rasulullah SAW bersabda: “Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci”. - Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi
Di dalam hadis daripada Anas katanya: “ Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa dengan beberapa biji rutab sebelum bersolat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar, maka Baginda minum beberapa teguk air.” - Riwayat Imam Ahamd dan Tirmizi
Kita sememangnnya dituntut untuk berbuka dengan Kurma, dan itu lah yang saban tahun kebanyakan dari kita amalkan. Tapi kita cuma merasa tamar je bukan rutob, kalaula Rutob tu mudah didapati sepertimana tamar lagi sedapkan?
Note : Untuk makluman , Rutob ialah buah kurma yang telah masak sebelum menjadi tamar kering. Ianya lembut dan manis. Manakala tamar ialah buah kurma yang sudah kering.
HIKMAH BERBUKA PUASA DENGAN KURMA
Antara hikmah disunatkan kita berbuka dengan tamar ialah: Kerana kurma dipercayai mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada badan. Ia juga dipercayai kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A & C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium. Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah kira-kira 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya adalah 50 hingga 57%.
Memakan ruthab dan atau tamar ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan.
Penyakit anemia (kurang darah) akan berkurangan dan tubuh tidak pucat, malah menjadi lebih ghairah.
Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam ruthab dan tamar yang banyak itu menjadikan proses mencerna dan menyerap di dalam badan sangat mudah.
Sesiapa yang berpuasa dengan ikhlas kerana Allah, kemudian beramal mengikut sunnah Rasulullah SAW akan diberi ganjaran pahala di akhirat serta mendapat nikmat dan rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.
KINI...SETELAH SEPARUH BULAN DI BULAN RAMADHAN, DIDAPATI RAMAI YANG TELAH MULA MENINGGALKANNYA...
Jika kita hidup di rumah yang kecil serba kekurangan, bersyukurlah kerana kita pasti mampu memenuhkan kekurangan tersebut dengan sesuatu yang lebih kekal abadi.