30 Mei, 2012
UJIAN ALLAH .... penilaian diri untuk jadi baik
Label:
NASIHAT
MAHRAM .... boleh @ tidak boleh
Label:
muhasabah diri
KATAKAN !!! .... Saya mahu BERUBAH
Label:
muhasabah diri
PESANAN BUAT SEMUA ... perbaiki aib diri
Label:
muhasabah diri
ASMA ul-HUSNA .... paling bermakna diketahui
ASMA UL-HUSNA: Makna & Kegunaannya
Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda: "Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.
1. Ya Allah
Apabila dizikirkan 500 kali setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2. Ya Rahman - Maha Pemurah
Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 kali, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.
3. Ya Rahim - Maha Penyayang
Apabila dizikirkan sebanyak 100 kali setiap hari, Insya Allah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4. Ya Malik - Maha Merajai/Pemerintah
Apabila dizikirkan sebanyak 121 kali setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
5. Ya Quddus - Maha Suci
Apabila dizikirkan sebanyak 100 kali setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dan lain-lain.
6. Ya Salam - Maha Penyelamat
Apabila dizikirkan sebanyak 136 kali, Insya Allah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
7. Ya Mukmin - Maha Pengaman
Apabila dizikirkan sebanyak 236 kali, Insya Allah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
8. Ya Muhaimin - Maha Pelindung/Penjaga
Apabila dizikirkan sebanyak 145 kali sesudah solat fardhu Isyak, Insya Allah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. Ya 'Aziz - Maha Mulia/Perkasa
Apabila dizikirkan sebanyak 40 kali sesudah solat subuh, Insya Allah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10. Ya Jabbar - Maha Pemaksa
Apabila dizikirkan sebanyak 226 kali pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
Label:
tunjukajar
DOA IBU .... begitu ampuh termakbulnya
Satu ceramah bertajuk "Dasyatnya Doa Seorang Ibu" oleh Ustaz Abdullah Mahmud, bekas ustaz ATM sungguh menarik dan jarang kita dengar. Jadi kepada semua pengalamat luangkan sedikit masa berharga dengan membaca sedutan ceramah istemewa ini untuk kita sama-sama hayati dan amalkan sekadar mampu. Di takdirkan anda malas juga nak baca, saya harap bacalah juga pada bahagian yang ada tanda ***
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah seksa Allah bila masa ada masa untuk buat benda tak baik tapi tak ada masa nak buat yang baik.
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita diseksa Allah.
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
***Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang jadi ibu-ibu jangan jatuhkan air mata ye dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Membaca quran sehingga menitis air mata.
Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang air mata.
Label:
NASIHAT
ZAM-ZAM .... tahukah kita kemuliaan air ini?
Adakah kita tahu mukjizat Zamzam??
Paras air Zamzam adalah sekitar 10,6 kaki di bawah permukaan. Ia adalah keajaiban Allah bahawa apabila Zam Zam telah dipam secara berterusan
untuk lebih daripada 24 jam dengan kadar mengepam 8,000 liter per kedua, paras air menurun kepada hampir 44 kaki di bawah permukaan,
TETAPI APABILA.....
Apabila pengepaman dihentikan, tahap serta-merta dinaikkan semula kepada 13 kaki selepas 11 minit. 8,000 liter sesaat bermakna bahawa 8000 x 60 = 480,000 liter
seminit 480.000 liter setiap minit bermakna bahawa 480,000 x 60 = 28,8 Juta liter sejam Dan 28,8 Juta liter jam bermakna 28800000 x 24 = 691,2 Juta liter sehari
Jadi 690 Juta liter Zamzam di pam dalam masa 24 jam, tetapi ia telah dibekalkan semula dalam 11 minit sahaja.
Terdapat 2 mukjizat di sini ;
1. Zamzam diisi semula dengan segera
2. Allah tidak membuang tambahan Zamzam daripada naik, jika tidak dunia akan tenggelam.
Ia adalah terjemahan perkataan Zamzam , yang bermakna Henti!!!!!!! Berhenti!!!!!!!!!
Dalam Arab, ia adalah tali / mengekang dilampirkan kepada melenting atau noseband & ia adalah digunakan / ditarik untuk menghentikan laran haiwan.
Air Zamzam ♥ tidak mempunyai warna atau bau, tetapi ia mempunyai rasa yang berbeza.
Label:
tunjukajar
Langgan:
Catatan (Atom)