30 Oktober, 2011

ZULHIJJAH >>> Ibadah Korban

PROGRAM IBADAH KORBAN 
MASJID JAMEK SABAK UNI 2012
Semua ahli kariah masjid dipelawa untuk menyertai program ini. 
Untuk keterangan lanjut sila hubungi melalui telefon seperti tertera di dalam poster yang disertakan.

HIKMAH BERQURBAN
1. Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibarahim Alaihissalam yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.

2. Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

3. Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

KEPADA SIAPA IBADAH QURBAN DISUNATKAN
1. Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan dirinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.

2. Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH QURBAN
1. Haiwan yang hendak diqurbankan itu hendaklah dalam keadaan sempurna tanpa ada kecacatan yang nyata dan mengurangkan daging atau memudaratkan kesihatan.

2. Ianya dilakukan pada waktu yang dikhususkan untuk menjalankan ibadah qurban.

3. Ibadah qurban hendaklah disertakan dengan niat.


Sumber : http://www.al-azim.com

Tiada ulasan: