20 Julai, 2011

MUSIBAH ... ada hikmahnya

Musibah dalam bahasa Arab memberi erti setiap urusan atau kejadian atau perkara buruk yang menimpa manusia. Imam Al Qurtubi menyatakan sebagai setiap perkara yang menyakiti dan membawa bencana kepada orang mukmin.

Tidaklah Allah swt. menciptakan peristiwa, atau kejadian sesuatu yang sia-sia. Manusia dianjurkan untuk merenung dan mengambil pelajaran dari berbagai macam peristiwa yang terjadi. Islam sangat mendorong umatnya untuk menggunakan potensi yang Allah swt. berikan kepadanya; penglihatan, pendengaran, hati, panca indra yang lain agar difungsikan untuk merenung hikmah dibalik peristiwa.

Katakanlah: “Berjalanlah di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan itu.” QS. Al-An’am:11

Ayat yang seperti di atas sangatlah banyak dalam Al-Qur’an. Dengan reaksi yang beragam, tapi kesimpulannya adalah satu, menggunakan pemberian Allah untuk merenung dan mengambil pelajaran yang sangat berharga dari berbagai peristiwa bencana yang terjadi silih berganti ini.

Anda ada pengalaman seperti dalam gambar di atas?. Kongsi bersama pengalaman anda bersama pembaca dengan mencatat dalam ruangan ULASAN di bawah. Silakan.....

SETIAP INSAN HADAPI DUGAAN ... 7

Manusia ialah makhluk yang lemah dan kadangkala ia tidak berupaya untuk mengalahkan musuh rohaninya dengan kekuatan sendiri dan pada hakikatnya ia perlu bersandarkan pada kekuatan Allah. Oleh itu, untuk menghadapi pengaruh nafsu, penyakit rohani dan gangguan SYAITAN maka Islam menganjurkan manusia memohon perlindungan Allah, kerana Allah sahajalah tempat memohon bantuan dan perlindungan.

SETIAP INSAN HADAPI DUGAAN ... 6

Mengawasi diri sendiri daripada berbagai-bagai penyakit rohani merupakan titik permulaan yang baik. Sikap mengawasi diri sendiri amat digalakkan dalam Islam. Ini bererti sebahagian masalah yang dihadapi telah dapat diselesaikan sendiri. Jiwa yang sukar menegur diri sendiri adalah termasuk jiwa yang maju kerana dengan berbuat demikian, kesalahan, keaiban dan kealpaan dapat diperbaiki dan dilenyapkan.

SETIAP INSAN HADAPI DUGAAN ... 5

5.  Bertaubat dan Beristighfar
     Dugaan dan rintangan hidup yang ditimpakan Allah ke atas hamba-Nya kadangkala merupakan amaran terhadap dosa yang telah dilakukan. Oleh itu, Allah yang Maha Pengasih memerintahkan agar manusia sentiasa beristighfar dan bertaubat kepada-Nya. Taubat yang lahir daripada hati yang ikhlas dan benar-benar mengharapkan keampunan Allah dan petunjuk-Nya dalam menghadapi rintangan dan kesulitan. Istighfar bertindak sebagai penawar gundah gulana dan mencairkan perasaan yang negatif dalam usaha memohon keampunan kepada Allah.

SETIAP INSAN HADAPI DUGAAN ... 4

4.  Membentuk Kesedaran
     Penyakit rohani adalah tersembunyi jauh dalam diri dan lebih berat daripada penyakit jasmani kerana penyakit rohani tiada virus atau bakteria yang dapat dilihat. Oleh yang demikian, pengamatan yang mendalam diperlukan untuk mengesan bahayanya. Sebagai insan yang beriman dan bertaqwa, individu Muslim biasanya memiliki ingatan kukuh terhadap Allah.

SETIAP INSAN HADAPI DUGAAN ... 3

3.  Berzikir Ingat Allah
     Allah memberikan jaminan bahawa Dia sentiasa mengingati hamba-hamba-Nya yang mengingati-Nya :
Firmannya yang bermaksud :
" Kerana itu, ingatlah kamu kepada-Ku, nescaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan  janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku."
( Surah al-Baqarah 2 : 152 )