Memaparkan catatan dengan label 2 (DUA). Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2 (DUA). Papar semua catatan

04 Jun, 2012

2 NIKMAT .... usah dsipersia-sia


Wahai sahabatku….

Marilah kita mensyukuri segala kenikmatan yang Allah berikan kepada kita dengan cara mentaati segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Janganlah kita membiarkan masa dan kesihatan yang dimiliki ini berlalu begitu saja, tanpa sebarang aktiviti ibadah kepada Allah, baik secara individu, keluarga dan masyarakat.

Kita berdoa semoga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah-Nya dalam mensyukuri segala nikmat-Nya yang melimpah ruah dan melindungi kita semua daripada segala perkara yang boleh melalaikan kita daripada-Nya. 

05 November, 2011

AIDIL ADHA <> 2 Yang Tak Sempat Beraya

PEKAN: Perjalanan dua sepupu pulang ke kampung halaman menyambut Aidil Adha, esok, berakhir dengan tragedi apabila seorang terkorban selepas motosikal ditungganginya merempuh seekor lembu di Kilometer 26, Jalan Pekan-Nenasi di sini, malam kelmarin.
HATI-HATI DI JALAN RAYA ketika balik RAYA.

24 Oktober, 2011

DUA PUSINGAN >>> Simoncelli temui ajal

MALANG...kombinasi kemalangan yang mengakibatkan
Simoncelli maut di Litar Sepang, semalam.
TIDAK sampai dua pusingan dilangsungkan, perlumbaan kategori MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia semalam bertukar menjadi tragedi ngeri apabila penunggang Itali, Marco Simoncelli mengalami kemalangan maut.

Simoncelli, 24, mengalami kemalangan pada pusingan kedua dan dilanggar oleh jentera ditunggang Colin Edwards dan Valentino Rossi ketika dia terseret ke tepi litar dengan jentera Honda miliknya.Topi keledarnya tercabut dalam kejadian itu dan perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang itu diberhentikan dengan bendera merah dan kemudiannya dibatalkan terus.

Edwards dari pasukan Yamaha turut mengalami kemalangan tetapi tidak mengalami kecederaan serius, manakala Rossi mampu untuk meneruskan tunggangan bersama jentera Ducati.

AJAL & MAUT ... hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.

21 Oktober, 2011

2 ANCAMAN SUKA LENGAH BERTAUBAT

MANUSIA dilahirkan dalam keadaan fitrah tetapi kerana perbuatannya sendiri yang berlawanan dengan acuan ajaran Islam atau perintah Allah, maka terpalit dosa.

Kita sebagai manusia biasa harus menerima hakikat kita tidak pernah terlepas daripada kesalahan serta kekhilafan yang dipengaruhi oleh suasana lingkungan, bisikan syaitan dan kehendak nafsu. Disebabkan itu, apabila melakukan kesalahan, kita perlu segera bertaubat.

Bertaubat adalah suruhan Allah dan amalan rutin Rasulullah SAW yang wajib dilaksanakan segera tanpa berlengah. Malangnya suruhan ini dipandang sepi dengan alasan ‘masa masih panjang lagi.’

Alasan itu sangat dangkal dan jahil kerana taubat bukan khusus untuk golongan tua kerana kematian tidak mengira usia. 
Persoalannya apakah kita boleh hidup sampai tua? 
Kita sedia maklum orang yang sengaja melambat-lambatkan memohon ampun dan bertaubat akan berdepan dua bahaya besar.

PERTAMA, hatinya penuh dengan karat akibat perbuatan maksiat atau keingkaran dilakukan tanpa henti kepada Allah sehingga menjadi sangat susah untuk mengikis dan menghapuskannya.

KEDUA, maut atau penyakit datang sebelum sempat ia membersihkan karat di hati, ia menemui Allah SWT dalam keadaan hatinya penuh kekotoran dosa dan pasti menyeretnya kepada suasana hidup tidak selamat di akhirat nanti.

Oleh itu, apabila menyedari telah melakukan dosa, maka segeralah minta ampun daripada Allah SWT dengan bertaubat. Orang yang bertaubat atas dasar kerelaan, keinsafan, ikhlas hati dan bersungguh-sungguh hendaklah yakin Allah SWT pasti menerima taubatnya.
Sebelum penyesalan menjadi tidak berguna dan tangisan menjadi sia-sia, kita hendaklah bersikap positif iaitu segera bertaubat dan terus giat melakukan kebaikan secara berterusan.

04 Oktober, 2011

TINGKAT 2 YANG K E J A M


Kesan titisan darah ditemui di atas lantai yang dijejaki polis berjaya menemui wanita yang dipercayai bertanggungjawab mencampakkan bayi perempuannya yang masih bertali pusat dari tingkat dua sebuah flat di Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru, di sini, semalam.

Ini berikutan laporan penemuan bayi cukup sifat baru dilahirkan itu dalam keadaan tertiarap dalam longkang.

Dalam kejadian jam 7.46 pagi itu, sepasukan anggota polis yang menerima maklumat penduduk mengenai penemuan mayat bayi itu bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan wanita terbabit yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja di sebuah restoran di Bandar Baru Selayang.

Pada mulanya, remaja berusia 19 tahun yang belum berkahwin itu dikatakan enggan mengaku melakukan perbuatan itu, namun polis yang curiga dengan jawapannya terus mendesak terutama selepas menemui kain baru dibasuh yang mempunyai kesan darah, namun suspek memberi alasan itu adalah darah haid.

Bagaimanapun, selepas majikan dan rakan sekerja suspek ke tempat kejadian dan bertanyakan hal sebenar, akhirnya wanita itu yang gagal mengawal perasaan terus menangis sebelum mengaku bertanggungjawab mencampakkan bayi berkenaan dari tingkat dua kediaman itu ke dalam longkang.
Sumber : Harian Metro

26 September, 2011

2 YANG MENAKJUBKAN

DUA pesawat Pilatus PC-7 Turbo Trainer yang dikendalikan pasukan Swiss Air Force PC-7 mempamerkan persembahan menakjubkan pada Pertunjukkan Udara Malta di Lapangan Terbang Antarabangsa Malta.

24 September, 2011

2 YANG 'KUAT' . . .

Biarpun sudah dua kali bercerai, seorang pelakon tambahan yang juga model iklan tetap mengganggu kehidupan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan dengan memberi alasan kemaruk seks sehingga sanggup bernikah secara ‘Cina buta’ selepas diceraikan talak tiga, semata-mata bagi memuaskan nafsunya.

Namun, walaupun berjanji akan berubah selepas ‘merujuk’ semula dengan suaminya, dia masih meneruskan aktiviti songsang bersama beberapa lelaki lain sebelum dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), minggu lalu.


22 September, 2011

2 TERSELAMAT

N G E R I . . .
keadaan kereta Peugeot 107 yang remuk selepas dihempap lori membawa ayam di laluan A64, dekat York.

LEEDS: Sepasang anak-beranak terselamat daripada maut walaupun kereta mereka terperosok di bawah lori membawa ribuan ayam, semalam.
Dalam kejadian itu, seorang wanita memandu kereta berkenaan bersama ibunya di laluan A64 berhampiran York apabila lori berkenaan terbabas, terbalik dan menghempap mereka.
Dalam peribahasa Melayu ungkapan ular kepala dua digunakan untuk menggambarkan hal orang yang hipokrit.
"Hari ini berkata lain, esok lain pula"
NATIJAH MAIN @ BAKAR MERCUN
nasib baik putus jari , KALAU putus tangan?
nasib baik putus tangan , KALAU putus kepala?
Kesimpulannya 
NASIB TAK BAIK jika  bakar mercun

TITIAN 2 BATANG

KESEIMBANGAN MENITI 2 BATANG KAYU BULAT
Menyabung nyawa menyeberangi sungai yang menanti mangsa
Beranikah kita melakukan sedemikian rupa.
ALHAMDULILLAH !!! Di tempat kita tidak ada seperti ini.

TERLERAI JADI 2

Inilah akibatnya melupakan peraturan menunggang motosikal di jalanraya.
USAH AMALKAN TABIAT TERSEBUT NANTI PADAH YANG MENIMPA DIRI

2 PILIHAN

PILIHAN HANYA 2
BERHENTI @ TERUSKAN

INGAT ORANG DI SEKELILING KITA
ANAK-ANAK
ISTERI
JIRAN TETANGGA
RAKAN TAULAN

USAH JADIKAN MEREKA MANGSA KEPULAN ASAP 
YANG ANDA KELUARKAN

AKHIRNYA KENA 2


PEMAIN negara, Mahali Jasuli (kiri) di kawal ketat dua pemain Jepun dalam perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Kumpulan C di Stadium Tosu, Fukuoka, sebentar tadi. Jepun menang 2-0.
TAHNIAH BUAT PEMAIN MALAYSIA.

AKHIRNYA JADI 2

kemalangan yang tak dapat dihidu oleh pemandu. jadi dari segi moralnya ialah PANDULAH BERHATI-HATI dan JANGAN IKUT HATI, nanti ramai yang SUSAH HATI dan SAKIT HATI. Akibatnya MATI.

20 September, 2011

XCDEN jadi 2

Dalam kemalangan pada jam 5.25 petang itu, mangsa Mohammad Rasydan Rasid, 20, yang dikatakan dalam perjalanan dari Dengkil, Sepang ke Putrajaya maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Polis, Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai memandu laju mengakibatkan kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh tiang lampu.

Katanya, akibat rempuhan itu, kereta Proton Wira Aeroback yang dipandu mangsa terputus dua.


SUMBER :