07 Disember, 2012

BISIKAN MALAM .... minta ampun

            Sesungguhnya Allah sentiasa memberi peluang kepada hamba-hamba-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun atas segala dosa yang telah dilakukan tanpa menentukan masa dan waktu.
            Islam menyuruh hambanya supaya segera bertaubat. Kesalahan yang dilakukan pada waktu siang hendaklah segera bertaubat pada waktu malam dan kesalahan yang dilakukan pada waktu malam hendaklah segera bertaubat pada waktu siang.
            Allah tetap menerima taubat hamba-Nya selagi matahari belum terbit dari sebelah barat (tanda terlalu hampir kiamat).

BINGKISAN JUMAAT .... Jom Senyum Untuk Bersedekah

Sedekah adalah sesuatu yang dapat menambahkan pahala seseorang selain daripada amal ibadat atau kebajikan yang diwajibkan untuk dilakukan.
Sedekah yang paling mudah adalah dengan menggunakan anggota badan seperti senyum yang tidak memerlukan sebarang tenaga mahupun wang ringgit. Begitu juga dengan berzikir kepada Allah yang hanya perlu diucapkan dengan lidah atau hati. Malah setiap sesuatu yang dilakukan dengan niat kerana Allah adalah dianggap sebagai sedekah.

BINGKISAN JUMAAT .... kelakar

Dah tentu hari ini JUMAAT......
Niat nak berjumaat ada...?
Anda bagaimana?

BINGKISAN JUMAAT .... Ancaman Meninggalkan Solat Jumaat


















Meninggalkan solat Jumaat merupakan perbuatan yang ditegah kerana solat jumaat hukumnya adalah fardhu ain ke atas setiap individu muslim. Orang yang meringan-ringankan hukum Allah ini akan mengundang kemurkaan-Nya dan mereka bakal menerima balasan yang setimpal dengan dosa yang dilakukan. Bahkan orang yang enggan mentaati suruhan Allah pintu hatinya lama-kelamaan akan tertutup daripada mendapat hidayah menjadikan mereka semakin sesat dan tanpa segan terus melakukan dosa-dosa yang lain. Sesungguhnya orang yang dibenarkan meninggalkan solat Jumaat hanyalah mereka yang menghadapi kesukaran yang mencapai darjah keuzuran syar'i sepertimana yang berlaku kepada orang sakit dan orang musafir. Oleh itu sekiranya seseorang itu tiada sebarang alasan yang munasabah di sisi syarak untuk meninggalkan solat Jumaat, maka hendaklah mereka mengerjakannya kerana solat Jumaat selain dariapada suatu kewajiban dalam beribadat kepada Allah S.W.T ia juga merupakan suatu syiar Islam yang wajib dipelihara demi menjaga kesucian agama.

BINGKISAN JUMAAT .... Solat Jumaat

1. Solat Jumaat adalah hari raya mingguan bagi umat islam dan menggantikan solat zohor bagi muslimin.

2. Orang yang sengaja meninggalkannya perlulah bertaubat kepada Allah agar rahmat dan hidayahNya berterusan kepada diri dan keluarga.

3. Syarat wajib jumaat ialah Islam, merdeka, baligh, berakal, sihat(tiada uzur) dan tinggal menetap(bermukim) ditempatnya.