06 Julai, 2011

KENANGAN MENGUSIK JIWA 2...umrah Jun 2011

Hari ini JUMAAT ... betapa seronoknya dapat ke satu tempat bersejarah di Kota Madinah. Tak dapat nak nukilkan dengan tutur kata ... hanya linangan air mata kesyukuran yang dapat diserlahkan.
Di Madinah ... menginap di WASSEL ALREEM Hotel
Bilik OK ( 2 orang ), makan OK , tidur OK
Ini jam 2.00 pagi waktu Madinah ... nak pegi masjid
Betapa indahnya suasana dini hari di sekitar masjid ... tak dapat nak dikatokan
Selesai semuanya ... hirup udara pagi di luar masjid sambil jalan-jalan
Sempat juga jadi kelendan pickup ... 
Lawatan ke Bukit UHUD .... inilah muka bumi para pejuang Islam berlari ke sana ke mari
mengejar dan membunuh musuh Islam.
Cuba kita bayangkan, bolehkah kita lakukan semua ini?
MasyaAllah .... hebatnya PEJUANG ISLAM dahulu.
Tanah perkuburan para pejuang Islam yang gugur di medan perang.
Semoga roh para pejuang berada dalam kesejahteraan abadi
di sisi Tuhan Yang Maha Pengasih.
Singgah sebentar di kebun kurma .... beli sedikit buah tangan untuk dibawa pulang nanti.
JUMAAT ... adat resam jangan dilupakan walau di mana kita berada,
nak pergi Masjid Nabawi solat Jumaat.


Anda pula bagaimana? Nak kongsi cerita seperti ini, silakan.
Tulislah seberapa banyak yang anda mahu dalam ruangan ULASAN...
Kita tulis, orang lain baca ... banyak fadilatnya.

KENANGAN MENGUSIK JIWA 1...umrah Jun 2011

KENANGAN MENGUSIK JIWA ... itulah ungkapan paling tepat dapat dipahat dalam sanubari kami berdua ketika Program Umrah Jun 2011.
Menjalani kursus umrah ... WAJIB belajar kalau tak kat sana nanti
tak tahu buat apa-apa.... RUGI & BUANG DUIT je.
Kat KLIA .... tunggu boarding je... tak sabar nak terbang.
Kat dalam k/terbang ... gembira hati hajat tercapai nak buat umrah.
Dah sampai kat Madinah Airport ... nak join kerja sorong bagasi ... tapi tak ada peluang...
dia orang dah cover semua.
HARI INI DALAM SEJARAH 2 JUN 2011
Pengalaman paling berharga .... 
Ini kat luar masjid selepas Solat Subuh di Masjidin Nabawi
Program ZIARAH DALAM ... Masjidin Nabawi
Tak disedari air mata menitis  ... menatap Makam Junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
dan 2 sahabat Nabi.
Program ZIARAH LUAR ... berpeluang melawat sekitar Masjidin Nabawi dan
Tanah Perkuburan Baqi'

Anda bagaimana?
Ceritakan pengalaman anda di sana.
Catatkan pengalaman anda di dalam ruangan ULASAN di bawah.
Kita kongsi sama-sama pemgalaman agar mereka yang belum berkesempatan ke sana akan dapat sama-sama membaca dan dijadikan panduan dan ingatan.