23 Ogos, 2011

10 - 7 = 3 ... Pencarian Tanpa NOKTAH Malam Al-Qadar

Lailatul Qadar (Arab : لیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Ayat al-Qur’anyang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur’an dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.

Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil iaitu malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. 

Maklumat Lanjut >>> KLIK DI SINI

10 - 6 = 4 ... Dibalik Tabir Malam Al-Qadar

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“ Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada malam yang berkat dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. Pada malam itu dijelaskan semua urusan yang penuh hikmah, iaitu urusan yang besar di sisi Kami.” 

(al-Dukhan: 3-5)

Lailatul Qadar dimuliakan oleh umat Islam kerana pada malam tersebut turun rahmat dan kebaikan daripada Allah s.w.t kepada hamba-Nya. Pengalaman mendapatkan Lailatul Qadar merupakan pengalaman bersifat spiritual dan individual. Tidak semua orang mampu mendapatkan malam yang lebih baik daripada seribu malam ini. Ia tidak boleh dicapai begitu sahaja dengan hanya kehadiran kita pada malam-malam ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan kerana ‘perjumpaan’ dengan Lailatul Qadar merupakan puncak prestasi kerohanian setelah melakukan banyak kegiatan rohani pada bulan Ramadan.
Keterangan lanjut >>> KLIK DI SINI

10 - 5 = 5 ... Hebatnya Lailatul Qadar

> Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran.
> Di tuliskan pada malam tersebut “qadar” atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.
> Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.
> Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).
> Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.
> Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah.

Maklumat lanjut --> KLIK DI SINI

10 - 4 = 6 ... AMALAN YANG BOLEH DILAKUKAN


Antara amalan yang wajar dilakukan pada 
malam Lailatul Qadar :
1- Bertaubat kepada Allah SWT.
2- Sentiasa berdoa.
3- Beristighfar kepada Allah SWT.
4- Solat berjamaah.
5- Berjaga malam atau Qiamul Lail.
6- Sentiasa mengingati atau bersedia menyambut 

    kehadiran Malam Lailatul Qadar.
7- Menggandakan amalan kebajikan.
8- Beriktikaf di masjid sekadar yang mampu.
9- Bersedih dengan pemergian Lailatul Qadar.
10- Berdoa agar sempat menemuinya pada 
      tahun hadapan.

10 - 3 = 7 ... Pengajaran Malam Al-Qadar

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya : 
Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? 
Baginda s.a.w. bersabda:
“Bacalah doa: Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku).”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Pengajarannya :
1- Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala dosa dan penebusan diri dari perbuatan maksiat.
2- Galakkan supaya memohon keampunan daripada Allah s.w.t dan sentiasa memohon keampunan tersebut lebih-lebih lagi pada masa yang dimakbulkan segala doa terutamanya pada malam lailatulqadar.
3- Di antara tanda-tanda malam lailatul qadar ialah terasa lapang dada, orang Islam terasa tenang jiwa bersama Allah SWT, cuaca dan suasana malam dalam keadaan sederhana serta matahari terbit pada waktu pagi dengan cuaca yang putih tanpa memancarkan sinaran.


Sumber Maklumat :
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2010/08/10/doa-malam-lailatul-qadar/

10 - 2 = 8 ... MALAM AL-QADAR ANUGERAH ALLAH S.W.T.


Sepuluh akhir Ramadhan merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Menjadikan sepuluh malam terakhir ini menjadi idaman dan harapan kepada umat mukmin untuk berjaya mendapatkannya. Hanya ALLAH s.w.t. yang Maha Mengetahui siapa umatnya yang akan mendapatkannya. InsyaAllah jika kita istiqamah selama 10 malam terakhir ini, besar harapannya akan beroleh kesuksesan menggapainya. Amiiin !!!!

JOM !!! Kita sama-sama dapatkannya dengan beriktikaf dan beramal d masjid, surau, rumah atau di mana sahaja yang difikirkan sesuai.

10 -1 = 9 ... MENANTI MALAM AL-QADAR


10 malam terakhir Ramadan = bermulanya penantian malam yang menyamai 1000 bulan yang ada di dalamnya.
Surah Al-Qadr : 
Mencari malam yang lebih baik daripada seribu bulan.
Surah Al-Qadr
[1]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,
[2]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
[3]
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
[4]
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);
[5]
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!