Menu di dalam flight agak menyelerakan, tapi tak sepadan dengan cita rasa masakan negara sendiri. Dah lapar, apa lagi makan la ....
18 Jun, 2011
MENU ... ARABIAN TASTE ... MARBELOUS
Label:
mykeluarga
RAJIN - BERANI - CEKAL
Payung yang mengembang kekadang dibersihkan untuk mengekalkan keindahannya. Siapa yang berani melakukannya di atas payung tersebut ? Tentu ada insan yang berani ..... saksikan gelagatnya.
Boleh berehat atas payung ... adakah kita berani melakukannya? |
Jentera yang membawa pekerja naik ke atas untuk membersihkan payung |
Label:
humor
CEPAT - CEKAP - BERSIH - WANGI
Itulah yang dapat dihamburkan kata-kata pujian kepada pekerja pembersihan Masjid Nabawi, tanpa kenal erti JEMU, PENAT, LETIH, PANAS dan seumpamanya.
Label:
humor
PAYUNG MASJID NABAWI
Kecanggihan teknologi bangsa Arab memang tak terjangkau oleh kita di luar Kota Madinah. Mampukah kita membuatnya? Tanyalah diri sendiri ... dan jawablah sendiri.
Memayungi jemaah daripada terik matahari, amat mengharukan sekali bila memikirkan apakah sumbangan kita kepada orang yang membuatnya. Berdoakah kita untuk kesejahteraan mereka ?
Memayungi jemaah daripada terik matahari, amat mengharukan sekali bila memikirkan apakah sumbangan kita kepada orang yang membuatnya. Berdoakah kita untuk kesejahteraan mereka ?
Label:
humor
PEMBANGUNAN SEKITAR MASJIDIL HARAM
Pesat membangun di kawasan sekitar Masjidil Haram, tak terjangka di benak fikiran semua orang akan keadaan seperti ini. Sungguh menakjubkan.
Label:
humor
PINTU BABUS SALAM
Doa Ketika Melalui Babus Salam
" Dengan nama Allah dan di atas agama Rasulullah ya Tuhanku, masukkanlah aku ke dalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku ke pintu kebenaran ya Tuhanku, berikanlah kepadaku daripada sisi-Mu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku. Ya Allah ya Tuhanku selawat dan rahmat ke atas Junjungan Nabi Muhammad dan keluarganya. Ampunilah dosa-dosaku dan bukakanlah pintu-pintu rahmat-Mu padaku dan masukkan daku ke dalamnya wahai Tuhan yang Amat Mengasihani".
Selepas masuk ke dalam masjid hendaklah seelok-eloknya ke RAUDHAH ( ditandai tiang-tiang berwarna putih ) Kelebihan tempat ini telah dinyatakan oleh junjungan kita dalam beberapa hadith, di antaranya ialah yang bermaksud :
" Tempat yang di antara rumahku dan mimbarku ialah satu taman daripada taman-taman syurga."
Mimbar Nabi .... RAUDHAH ada di bawahnya |
Pintu Babus Salam |
Makam Nabi, Syaidina Abu Bakar dan Syaidina Umar |
Pintu Babul Baqi' ... pintu keluar untu menuju ke Tanah Perkuburan Al-Baqi' |
Label:
Cari Ilmu
ZAM-ZAM Masjid Nabawi
Kecekapan para petugas mengendalikan tangki air zam-zam yang begitu tekun dan taat untuk menyediakan keperluan jemaah yang mahu menghilangkan dahaga dek kehausan akibat pancaran sinar matahari di luar masjid. Tahniah untuk para petugas ini yang begitu komitmen dengan tugasnya. ALHAMDULILLAH ... kita dapat minum air ZAM-ZAM.
Ada yang sejuk dan ada yang biasa ..... pilihlah yang mana suka ... tetap AIR ZAM-ZAM |
SENI BINA .... keajaiban yang tidak ada bandingannya
Perhatikanlah keunikan seni bina dalaman Masjid Nabawi. Terfikirkah kita untuk melakukan sedemikain rupa di tempat kita? Mampukah kita memiliki seni bina seindah ini? Bersyukurlah kita kerana dapat menatap keindahan yang tidak ada di tempat kita.
Laluan menuju ke ruang solat utama melalui Pintu Al Badar |
Langgan:
Catatan (Atom)