17 Jun, 2011

PERJALANAN UMRAH 2011/7

Jalan-jalan & Umrah
Selepas solat Subuh di MasjidilHaram, kami mengambil kesempatan jalan-jalan di luar masjid memerhatikan gelagat ribuan manusia yang ada di kawasan ini.
Melihat kesesakan jalanraya di sini, hati ini berkata-kata bahawa kegersangan muka bumi ini tidak bererti manusia tidak akan hidup, malahan lebih hebat daripada yang kami sangkakan. Semua ini atas limpah rahmatNya kepada penduduk Mekah. Kerancakan pembangunan sekitar MasjidilHaram menggambarkan satu masa nanti ianya akan mengungguli bandar-bandar lain di dunia ini. InsyaAllah.








PERJALANAN UMRAH 2011/6

Ke Masjid Hudaibiyah untuk mengambil Miqat Umrah
Singgah di pusat ternakan unta untuk membeli susu unta sebagai bekalan balik ke rumah nanti.


Masjid ini mengambil sempena perjanjian Hudaibiyah yang ditandatangani oleh Nabi s.a.w. dengan kaum musyrikin Mekah.


Di belakang masjid ini kelihatan bekas tapak dan sisa bangunan masjid lama
Disini adalah antara Miqat untuk Umrah. Jaraknya lebih kurang 24km dari Masjidilharam. Ini adalah miqat yang paling jauh di bandingkan masjid Tanaim dan Ja'ranah. Al-Hudaibiyah ini berada di luar batas tanah suci, iaitu jalan antara Makkah dan Jeddah dan sekarang lokasi ini dipanggil Syumaisi, dan dikenali sebagai Bi’r Syumaisi.
Di sebelah kanan kiblat masjid ini, terdapat bekas bangunan masjid lama yang dibangun dengan batu hitam bersimen.



Beratus-ratus tahun batu peninggalan ini masih tegak berdiri ... KUASA ILLAHI

Tak kan roboh peninggalan ini sebagai imbauan generasi sekarang menilai ketaqwaan umat terdahulu

Sebelum sampai di Masjid Hudaibiyah, sempat singgah di ladang unta untuk melihat lebih dekat lagi tentang kehidupan makhluk Allah yang banyak berjasa kepada RASULULLAH SAW.





Dah puas bermain dengan unta, kenalah beli sebotol dua susu unta ... 5 SR sebotol.