26 Jun, 2011

AMALAN KETIKA ISRAK MIKRAJ



Saban tahun tanggal 27 Rejab akan menjengah setiap umat islam       di seluruh dunia. Ianya merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam yang mana berlaku peristiwa Israk Mikraj. Ianya merupakan salah satu peristiwa penting dalam rakaman sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW . Peristiwa ini bukan sahaja penting kepada Nabi Muhammad SAW semata- mata, malah ianya amat penting sekali kepada seluruh Umat Islam. Sebagaimana diakui dalam banyak tulisan bahawa:“…Satu-satunya peristiwa yang paling penting berlaku pada tahun terakhir Nabi di Mekah ialah peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa ini merupakan satu peristiwa yang paling berkesan dalam kehidupan beragama...”
Agenda utama sempena peristiwa ini adalah perintah wajib solat lima waktu sehari semalam untuk nabi dan seluruh umat baginda. Justeru, seluruh umat Islam walau di mana jua berada, MESTI  mengambil suatu bentuk pengajaran besar dari kisah perjalanan Nabi SAW ini. Semoga kita menjadi umat yang berjaya di dunia  lebih-lebih lagi di akhirat nanti.
WASSALAM dari penulis POJOK.
Anda boleh membaca selanjutnya tentang Israk Mikraj .....

FUN RIDE CHARITY 2011 ... riadah berbasikal

Program kecergasan yang dianjurkan oleh V'EXPLORER CYCLING TEAM berpusat di Taman Manis 2, Parit Raja, Batu Pahat, JOHOR. Penyertaan dibuka kepada semua golongan samada veteran, muda dan kanak-kanak. Tujuannya untuk mengumpulkan sebarapa banyak rider di seluruh Malaysia. Peserta paling jauh datangnya daripada Kuantan, Pahang. Dianggarkan seramai 350 peserta mengambil bahagian yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Samsolbari bin Jamali, ADUN Semarang. Beliau turut bersama-sama rider lain memulakan kayuhan sekitar jam 8.15 pagi sejauh 40km.
Tn.Hj.Ashari Sikor,
Pengerusi Persatuan Penduduk Islam Taman Manis 2,
merupakan salah seorang RIDER berpengalaman luas
dalam aktiviti ini.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud :
"Allah lebih menyayangi orang Mu'min yang kuat daripada orang Mu'min yang lemah".
(Riwayat Muslim)
1. Islam amat peka terhadap pembangunan aspek jasmani manusia agar proses transformasi yang dilakukan dapat melahirkan manusia yang seimbang, berilmu, berakhlak dan sihat seterusnya dapat melakukan tugas sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi dengan baik dan sempurna.
2. Apabila seseorang Muslim itu sihat bermakna ia mempunyai kekuatan, kemampuan dan fikiran yang cergas untuk melaksanakan apa sahaja tugas yang diamanahkan kepadanya oleh Allah S.W.T serta tanggungjawab lain yang diamanahkan oleh manusia kepadanya sama ada dalam sesebuah organisasi, persatuan, kelab, rumahtangga, masyarakat atau pemerintahan.
3. Kekuatan jasmani bererti seseorang itu memiliki daya ketahanan badan melawan penyakit. Oleh itu dikatakan bahawa mencegah penyakit itu adalah jauh lebih baik dan lebih mudah daripada merawat. Namun kita harus ingat bahawa sakit dan sihat adalah anugerah Allah S.W.T dan kita harus bersyukur apabila dianugerahkan dengan kesihatan tubuh badan dan tidak mengeluh sekiranya diuji dengan sesuatu jenis penyakit kerana ia merupakan ujian daripada Allah S.W.T sebagai kaffarah bagi dosa yang dilakukan.
4. Pepatah Arab menyebutkan:Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat. Ini adalah kerana badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan sekaligus meningkatkan kualiti kerja yang akan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim.

YB Datuk Haji Samsolbari Jamali ADUN Semarang,
turut serta dalam aktiviti ini.