28 September, 2012

HATI-HATI .... bila mana hati kita


1. Memperbaikkan jantung hati dan niat diutamakan dan didahulukan daripada amalan anggota zahir, kerana niat itu mengesahkan amalan anggota.

2. Berbuat sesuatu tanpa niat tiada nilainya di sisi Allah.

3. Amalan-amalan zahir daripada seseorang biasanya mencerminkan keikhlasan dan ketaatannya kepada perintah Allah.

SIFAT MANUSIA .... tak sedar di mana kita hidup

Taqwa bukan perbuatan yang boleh dilihat atau perkataan yang boleh didengar, taqwa adalah sifat yang tersemat dihati sanubari, jika suatu perbuatan atau perkataan didorong oleh sifat itu maka perbuatan dan perkataan itu adalah dalil taqwa yang tersemat dalam hati, tetapi kadang-kadang perbuatan atau perkataan itu didorong oleh faktor luaran seperti riya’ dan ‘ujub.

SELINGAN PAGI ..... tentang kawan

Seandainya kamu bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan.. mendahulukan atas nama kebajikan.. menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran.. menegur kelemahanmu atas nama kebaikan... memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan.. ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara dan sahabat sejati yang sukar dicari.