08 Jun, 2012
SEDIKIT MASA .... ikhlaskan diri
Label:
muhasabah diri
DUNIA PERSINGGAHAN .... sementara sahaja
Label:
muhasabah diri
UBAT HATI ..... 1 hingga 5
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
Sesiapa yang memberi contoh yang baik dalam Islam maka ia akan memperolehi pahala dan pahala orang yang beramal selepas ia meninggal tanpa kurang sedikit pun daripada pahala mereka dan siapa yang memberi contoh yang buruk di dalam Islam maka ia akan mendapat dosa dan dosa orang beramal dengannya selepas ia meninggal dunia tanpa kurang sedikitpun daripada dosa mereka.
( HR : Muslim )
Kita hendaklah berusaha sedaya upaya mengawal tingkahlaku agar dapat menunjukkan contoh teladan yang baik bagi masyarakat setempat. Sekiranya perbuatan kita yang baik itu menjadi ikutan orang lain maka kita akan diberi ganjaran pahala seolah-olah kita juga melakukannya. Contohnya amalan suka bersedekah, mengajarkan ilmu yang baik, menjaga aurat dan sebagainya.
Sebaliknya jika kita menunjukkan sikap dan perangai yang buruk kepada masyarakat, bukan sahaja kita akan mendapat kejian dan cacian malah sesiapa yang menjadikan kita sebagai ikutan mereka dengan bersikap suka menipu, berkelakuan tidak senonoh dan seumpamanya maka kita juga akan mendapat dosa yang sama seperti orang yang melakukannya.
Oleh itu berusahalah untuk menjadi individu yang baik dan terpuji kerana cerminan akhlak dan peribadi yang mulia akan menjulang kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
Label:
tunjukajar
SEDIKIT MASA .... redha ketentuan Allah s.w.t.
Apabila Allah ambil sesuatu dari kita.. DIA akan berikan ganti yang lebih baik untuk kita.. sebab yang DIA ambil itu bukan lagi terbaik untuk kita..
Label:
muhasabah diri
SEDIKIT MASA ..... letaknya hati kita
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.
( HR : Bukhari dan Muslim )
Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual tersebut termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, prilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati.
Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan. Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak, pemarah, riya' dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah.
Label:
muhasabah diri
SEDIKIT MASA .... nilai diri sendiri
Hanya Allah SWT yang layak menilai hamba-hamba-NYA..
Matlamat kita di muka bumi ini untuk sentiasa taat akan perintah-NYA, menuntut ilmu, dan saling berkongsi ilmu dan tegur dengan baik semoga kita saling berubah ke arah yang di redhai-NYA...
Jangan buang masa sibuk menilai kekurangan pada diri orang lain sedangkan diri sendiri kita tak tau bagaimana penilaian Allah terhadap kita... Allahu akbar!
Peringatan buat diri ku dan kalian.
Label:
muhasabah diri
SEDIKIT MASA .... intai siapa diri ini
PEKAK MASJID... hebatnya kita, masjid sepelaung dari rumah, kita boleh buat dek je..malah kadang2 sengaja2 tinggalkan.. sedangkan sahabat Nabi, berusaha walau apapun keadaan.. kat mana tempat kita nanti ye.. Abdullah bin Umar al-Qawariri RA ia berkata:Aku sama sekali belum pernah lalai dari sembahyang Isyak berjemaah. Hanya di suatu malam aku kedatangan tamu, sehingga aku terlambat sembahyang isyak berjemaah. aku pergi ke beberapa masjid di Koto Basrah dan kudapati semua orang sudah sembahyang dan semua pintu masjid sudah tertutup.
‘Akhinya aku kembali ke rumah dan aku ingat sebuah hadis yang mengatakan bahawa sembahyang jemaah lebih utama dari sembahyang bersendirian, dan berpahala 27 kali ganda. Maka aku pun sembahyang Isyak 27 kali. (4x 27 = 108 kali...)
Label:
muhasabah diri
Langgan:
Catatan (Atom)