10 November, 2011

PENGHAFAZ AL-QURAN >>> Istimewanya ...

Syafaat 10 anggota keluarga ke SYURGA
Daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :
" Barang siapa membaca Al-Quran dan menghafalnya, Allah s.w.t. akan memasukkannya ke dalam syurga dan memberi hak syafaat kepadanya untuk sepuluh anggota keluarganya, mereka semuanya telah ditetapkan untuk masuk syurga."
( Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmizi )


Berada dalam rahmat ALLAH
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :
" Tidak ada orang yang berkumpul di salah satu rumah Allah untuk membaca dan mempelajari Al-Quran, kecuali mereka akan dikelilingi para malaikat dan mereka sentiasa disebut-sebut oleh Allah di kalangan para malaikat (yang di langit)."
( Riwayat Muslim, At-Tirmizi, Ibnu Majah & Abu Daud )


Diberi ganjaran pahala mengikut setiap huruf yang dibacanya
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a., katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya :
" Barang siapa membaca satu huruf dari kitab Allah (Al-Quran), maka dia akan memperolehi pahala satu kebajikan dan setiap satu pahala itu akan digandakan sepuluh kali. Aku tidak mengatakan bahawa Alif, Lam, Mim itu satu huruf, tetapi Alif itu satu huruf , Lam satu huruf dan Mim satu huruf."
( Riwayat At-Tirmizi dan Ad-Darimi )

PEMBINAAN PRASEKOLAH 15

Lagi visual pembangunan pra sekolah 2011 - kerja membina tetulang konkrit bangunan dan memotong serta membentuk besi konkrit.

CARI PERBEZAAN <> Panorama Sekolah

carilah apa perbezaan yang boleh dilihat. 

JOM !!! Jalan-jalan & Shoppe >>> Nasi Ayam Batu Pahat

dah penat ronda2 kat BP Mall perut dan berlagu keroncong lalu menuju ke Nasi Ayam Brand BP. Order apa yang diminati.
Lepas makan berangkat pulang.

JOM !!! Jalan-jalan & Shoppe >>> Beli Nset Baru

Jalan-jalan sambil shopping di BP Mall.... anak beli nset Samsung Galaxy S2. Apa yang telah dijanjikan sudah barang tentu ditunaikan. JANJI MESTI DITEPATI.
TERUJA dengan Samsung Galaxy S2 .... test n try
Inilah bendanya .... yang menjadi idamannya.
Kenalah belikan sebab dah janji.

PEMBINAAN PRASEKOLAH 14

Hari ini 10 November 2011 jam 8.45 pagi - Kerja pembinaan konkrit tetulang bangunan sudah siap sepenuhnya. Pekerja yang bertugas hari ini hanya 3 orang sahaja.