18 Mei, 2012

BERSYUKURLAH ... atas nikmatNYA

Mengucap syukur adalah tanda kita ingat kepada Allah SWT dan berterima kasih atas nikmat kurniaanNYA yang tidak pernah putus kepada kita semua...Tidak kira sama ada banyak atau sedikit, kita wajib mengucap syukur kepada Allah SWT.

KESIHATAN PERLU DIJAGA .... caranya



J U M A A T .... cipta sejarah tersendiri

Daripada Abu Hurairah katanya, 
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan dan pada hari itu juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (HR: Muslim)

SENYUM & TANGIS .... nikmat kebahagiaan

Semoga kita semua sentiasa diberkati & dipermudahkan urusan di hari yang penuh barakah ini, InsyaAllah.

JAWATAN KOSONG ... untuk akhirat

"JAWATAN KOSONG "

Permohonan adalah dipelawa bagi mengisi kekosongan jawatan..

= pendapatan lumayan
= elaun perjalanan
= bonus mingguan

SESIAPA YANG BERMINAT DIJEMPUT HADIR

A K H L A K .... cerminan diri

*AKHLAK KITA CERMIN KITA*
Pergaulan yang baik mencerminkan keperibadian kita sebagai muslimah. Malah itu juga syaratnya untuk menjadi seorang islam yang dihormati selaras dengan tuntutan agama....
Pergaulan yang baik adalah dengan mengunakan budi bahasa yang lembut, selalu bertolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu serta tidak melakukan perkara-perkara yang menimbulkan sakit hati orang lain dan mendatangkan dosa seperti buat khianat, merompak, menipu dan seumpamanya.
Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka itulah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya) hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding."
Riwayat: At- Tarmizi..

Tabiat manusia sememangnya berhubung rapat dengan keteguhan iman dan kesabarannya. Jika baik akhlak seseorang , maka dia akan selamat sebaliknya...
Baik buruknya seseorang terletak pada sejauh mana pandangan masyarakat umum terhadap dirinya, selain penilaian yang dihitung ALLAH S.W.T

ISTERI .... berkorban @ terkorban

Apa lagi yang nak dibuktikan sebagai tanda kesetiaan seorang isteri kepada suami tersayang .. 
Berkorban jiwa dan raga, sanggup derita demi rumahtangga
yang harmoni, berkorban apa saja demi kebahagiaan.

KESUSAHAN = PENGHARGAAN .... belajar menempuhi

Kesusahan mengajar manusia erti * PENGHARGAAN *
setiap manusia pasti akan di uji Allah, cuma bentuknya yang berbeza, ingatlah jika diuji dengan kesusahan pasti akan ada jalan menemui kesenangan, sesungguhnya Allah itu tidak kejam pada hambaNYA. Bersabarlah kerana itu saja jalannya.

IBU TERSAYANG ... dunia akhirat

Sayangi *IBU* sepertimana ibu sayangkan kita sewaktu kecil, walaupun kita kadang-kadang merasakan, kita telah melakukan yang terbaik untuk ibu kita, namun tidak dapat mengatasi pengorbanan ibu kepada kita(Redha IBU redha ALLAH....♥♥♥.....
Walaupun senyuman ibu tidak semanis dahulu, namun dialah yang sanggup berkorban untuk kita, sanggup bersusah payah untuk kita, sehingga kita berjaya, sehingga kita menjadi seorang manusia sepertimana kita sekarang.

MALU ... di manakah dia ?

Jangan malu tak bertempat sudahlah..
=bila belajar tak boleh malu nanti takkan berjaya...
=bila kerja tak boleh malu nanti menghalang kita dari 
berjaya..

HADIAH KEPADA .... yang berkenaan

Kepada kawan = Kesetiaan
Kepada musuh =Kemaafan
Kepada ketua = khidmat
Kepada yang muda = contoh terbaik
Kepada yang tua = Hargai budi mereka dan kesetiaan
Kepada pasangan = Cinta dan ketaatan
Kepada manusia = Kebebasan

APAKAH YANG PALING .... di dunia?

Jawapannya ada dalam diri sendiri. Secara jujurnya, jawablah dengan tulus ikhlas.

HATI YANG RETAK .... renovate @ renew

Wahai sahabat-sahabat pembaca yang dikasihi, cuba renung gambar berbentuk hati itu, tidakkah terfikir,, begitulah keadaan hati-hati kita semua yang perlu dibaiki dan diubah supaya bertambah baik dan lebih sempurna. Marilah kita sama-sama berubah menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dan orang-orang yang disayangi.

AKHLAK ..... terpuji vs terkeji

Balasan yang setimpal dengan perbuatan amal yang dilakukan sama ada 
TERPUJI @ TERKEJI

PANTUN NASIHAT .... bacalah

MENDAMBA KASIH ILLAHI ....


W A N I T A ..... belajarlah

1
keSETIAan Khadijah
2
keTULUSan Aisyah
3
keZUHUDan Fatimah
4
keSABARan Asiah
5
peNGORBANan Sumayyah


Wahai kaum hawa...jadikalah srikandi ISLAM ini sebagai panduan hidupmu...
insyaALLAH akan selamat dunia dan akhirat....

MALU vs TAK NAK .....BERTAUBAT

Malaikat maut mengintai kita 70 kali dalam sehari. Maka kita harus bertaubat paling kurang 70 kali dalam sehari. Kita di dunia ini hanya mencari keredhaan Allah.

HAKIKAT CINTA

Cinta kepada kehidupan kian akan lupa kematian.
Cinta kepada dunia kita kan lupa kepada akhirat.
Cinta kepada harta kita lupa kepada hari penghisaban Allah SWT.
Cinta kepada mahligai dan Istana kita akan lupa kepada kubur.
Cinta kepada manusia kita akan lupa kepada Yang Maha Pencipta.
Cintai dunia dan akhirat biarlah seiring jalan....jika mencintai akhirat melebihi dunia..nescaya dunia akan mengejarmu...jikalau mencintai dunia melebihi akhirat..nescaya akhirat akan meninggalkan mu...

Cintailah sesuatu kerana Allah s.w.t...InsyaAllah...