11 November, 2011

9 JENIS @ KAREKTOR SYAITAN & co

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? 

Adakah jenis Walahaan iaitu was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?

By: Jannati Baiti dan diolah semula oleh smartradz

SEMASA TIDUR <> Kulit bagaimana pula?

KULIT oh KULIT !!!
Bahagian atas kulit merupakan rangkaian sel mati yang terus menerus mengelupas sepanjang hari. Semasa tidur, kadar metabolisme kulit adalah cepat dan banyak sel-sel tubuh menunjukkan peningkatan produksi serta mengurangkan kerosakan protein. Protein adalah penghalang yang diperlukan untuk pertumbuhan sel dan memperbaiki kerosakan dari sinar ultraviolet, tidur nyenyak mungkin menjadi tidur sangat cantik.

SEMASA TIDUR <> Suhu badan macam mana?

SUHU oh SUHU !!!
Pada waktu malam, suhu tubuh dan juga hormon seperti adrenalin mulai menurun yang menghasilkan pengeluaran peluh kerana tubuh tidak bergerak dan cuba untuk melawan panas yang hilang. Suhu tubuh akan terus menurun sepanjang malam. Kira2 hampir jam 5 pagi, suhu akan turun sehingga satu darjah bahagian perseratusan dibawah suhu malam hari.

SEMASA TIDUR <> Mata buat apa?

MATA oh MATA !!!
Meskipun ditutupi oleh penutup, gerakan mata menunjukkan perbezaan tahap tidur. Ketika kita masuk ke kesedaran semi, mata berputar. Tetapi ketika kita mulai tidur lebih nyenyak, gerakan mata cepat (REM) terjadi ketika mata berkedut.

SEMASA TIDUR <> OTAK buat apa?

OTAK oh OTAK !!!
Tidur mungkin kelihatan seperti keadaan pasif dan terhenti, tetapi meskipun aktiviti2 dalam cortex (lapisan pada otak) menurun kira2 40% ketika kita berada pada fasa pertama tidur,otak tetap sangat aktif selama tahap2 berikutnya dari malam tersebut. Tahap pertama dari setiap putaran dianggap sebagai tidur yang tenang atau tidur tanpa gerakan cepat. Tahap akhir pula ditunjukkan oleh gerakan mata cepat.

11:11:11 >>> Limpahan Hujan



أَفَرَأَيْتُمُ الْمَاءَ الَّذِي تَشْرَبُونَ. ءَأَنْتُمْ أَنْزَلْتُمُوهُ مِنَ الْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ الْمُنْزِلُونَ

“Maka terangkanlah kepadaku tentang air yang kamu minum. Kamukah yang menurunkannya dari awan ataukah Kami yang menurunkan?” 

(Q.S. Al-Waqi’ah : 68-69)

Doa Meminta Hujan

Jika meminta turunnya hujan, maka Nabi pernah berdoa dengan mengangkat tangan sambil membaca doa :

اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا اللَّهُمَّ أَغِثْنَا 

“Ya Allah, turunkanlah hujan. Ya Allah, turunkanlah hujan. Ya Allah, turunkanlah hujan.” 
(H.R. Bukhari & Muslim)

atau doa berikut ini

اَللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِي بَلَدَكَ الْمَيِّتَ 

“Ya Allah! Berilah hujan kepada hamba-hambaMu, ternak-ternakMu, berilah RahmatMu dengan merata, dan suburkan tanahMu yang tandus.”
 [HR. Abu Dawud]

11:11:11 >>> Aktiviti Pagi Jumaat

Program membudaya ilmu oleh murid sekolah setiap pagi Jumaat.
- Bacaan Surah Yasin dan Doa.
- Tazkirah ilmu.
- Solat sunat hajat.

SEBELAS : SEBELAS : SEBELAS = 11.11.11

Gunakan masa yang tinggal dan kita tak tahu bila masa ini akan tamat untuk kita berbuat perkara yang baik untuk persiapan menuju alam yang kekal abadi.
JANGAN LUPA 
Kita akan meniti menyeberang lembah ketuaan
Dengan harapan membawa bekalan secukupnya
Caranya tidak melakukan dosa
Langkahnya cepat bertaubat
Moga-moga tua yang penuh kegembiraan