16 Jun, 2011

PERJALANAN UMRAH 2011/5

Setelah selesai menguruskan bilik penginapan, sekitar jam 10.00 malam kami terus menuju ke Masjidil Haram untuk memulakan UMRAH wajib.

Memasuki Kota Mekah:
Ketika hampir dengan Mekah jemaah Haji membaca:
(اللهم هذا حرمك و أمنك، فحرمني على النار، وأمني من عذابك يوم تبعث عبادك, واجعلني من أوليائك وأهل طاعتك).
Apabila masuk ke Mekah jemaah Haji membaca:
(اللهم البلد بلدك, والبيت بيتك, جئت أطلب رحمتك, وأؤم طاعتك متبعاً لأمرك, أسألك مسألة المضطر إليك، المشفق من عذابك أن تستقبلني بعفوك, وأن تتجاوز عني برحمتك, وأن تدخلني جنتك).
Kemudian dia berselawat kepada Nabi s.a.w.


Memasuki Masjidilharam:
  • Sunat masuk melalui Bab As-Salam.
    Ketika dia masuk dengan menggunakan kaki kanan sambil berselawat kepada Nabi s.a.w dia membaca:
(اللهم اغفر لي ذنوبي وافتح لي أبواب رحمتك)
(اللهم هذا حرمك وموضع أمنك فحرم لحمي وبشري ودمي ومخي وعظامي على النار).
  • Ketika menyaksikan kaabah, dia bertahlil dan bertakbir (لا إله إلا الله و الله أكبر) sebanyak tiga kali sambil mengangkat tangannya ke langit dan berdoa kerana doa ketika melihat kaabah adalah mustajab:
(اللهم اجعلني مجاب الدعوة في الخير)
(أعوذ برب البيت من الدين والفقر ومن ضيق الصدر وعذاب القبر)
(اللهم إني أسألك أن تغفر لي وترحمني وتفك رقبتي من النار).
Atau dia berdoa dengan apa sahaja yang dia ingin pohonkan daripada Allah Taala sambil berselawat kepada Nabi s.a.w. dan membaca:
(اللهم زِد هذا البيت تشريفاً وتعظيماً وتكريماً ومهابة، وزد من شرفه وكرمه ممن حجه أو اعتمره تشريفاً وتكريماً وتعظيماً ومهابة وبرا, اللهم أنت السلام ومنك السلام فحينا ربنا بالسلام).
Setelah selesai UMRAH wajib

Bersandar kepenatan setelah selesai UMRAH wajib

Memang padat dengan manusia

Bertemu dengan Tn.Ismail ,rakan yang bekerja di Hotel Jewwal Royal Orchid, Mekah


Di bawah pancaran sinaran terik panas matahari 45 darjah celcius

Selesai UMRAH wajib setelah bertahallul


Minum sepuas-puasnya setelah selesai Tawaf dan Saie serta Tahallul

PERJALANAN UMRAH 2011/4

Perjalanan menuju ke Mekah akan bermula pada hari terakhir di Madinah. Kami semua diarahkan memakai ihram sebelum berhenti di Masjid Bir Ali sebagai miqat pertama bagi jemaah daripada Madinah menuju ke Mekah. Tidak semua jemaah haji atau umrah yang dapat merasai miqat di Bir Ali. Bir Ali adalah sebuah tempat miqat (miqat zamani) bagi penduduk Madinah yang akan berumrah atau berhaji, sebagaimana dicontohkan Nabi. Jadi hanya jamaah haji gelombang pertama atau jamaah umrah yang mendahulukan Madinah yang dapat merasainya. Masjid Bir Ali jaraknya lebih kurang  15 minit perjalanan dari Madinah. Di sanalah jemaah lelaki mengenakan pakaian ihram (atau biasanya telah dipakai di Madinah), bersuci, solat dua rakaat dan memulai niat ihram untuk mengerjakan umrah. Jarak Bir Ali ke Mekah sekitar 450 km yang biasanya ditempuh dalam masa 4 hingga 6 jam. Dan sepanjang jalan itu pula, jemaah telah memulai mematuhi 13 larangan ihram.
13 LARANGAN IHRAM
Selepas berniat ihram umrah, jemaah mestilah memelihara diri mereka dari melakukan 13 larangan ihram. Jika gagal, mereka dikira meninggalkan wajib umrah lalu diwajibkan pula membayar dam dengan syaratnya.
Larangan ihram itu ialah:

Menutup kepala atau sebahagiannya bagi lelaki.
Menutup muka bagi wanita.
Memakai sarung tangan bagi lelaki dan wanita.
Memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
Memakai bau-bauan pada badan, pakaian.
Memakai minyak pada rambut dan janggut.
Mencabut bulu atau rambut dan badan.
Memotong kuku.
Memburu binatang buruan.
Memotong/menebang/mengerat/mencabut pokok di Tanah Haram sama ada dalam ihram atau tidak.
Melakukan pendahuluan persetubuhan
Jimak (bersetubuh).
Melakukan akad nikah, mewali pernikahan atau menikah (Nikah yang dilakukan dalam ihram adalah tidak sah.)

Larangan ihram ini berakhir sejurus selepas jemaah menggunting rambutnya atau bercukur bagi jemaah lelaki. Maka, terhasillah tahallul umrah dan jemaah kembali dalam keadaan halal dari larangan ihram itu sehingga mereka berniat ihram umrah yang baru.

Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan Ibnu Majah, Al-Baihaqi dan sanad yang sahih daripada Aisyah katanya: “Aku berkata: “Wahai Rasulullah, apakah wanita wajib berjihad?”. Sabda Baginda: “Ya, jihad yang tiada peperangan padanya iaitu haji dan umrah”.

Semoga Allah memberi pahala jihad kepada mereka yang bersungguh-sungguh dalam menyempurnakan ibadah manarik ini.
Bersama isteri tercinta di bawah payung Masjid Nabawi

Bersama kenalan baru dari Iraq

Di pasar pagi selepas Solat Subuh

Berada betul-betul di bawah ambin tempat Imam berdiri mengimamkan solat , bermakna saya berada di RAUDAH...




Ahli rombongan UMRAH akan bertolak ke Mekah


Berhenti rehat di perjalanan, solat Jamak Takdim Maghrib dan Isyak

Indah, menawan, cantik, bersih itulah yang dapat dikatakan untuk Masjid Bir Ali



Tiba di Mekah jam 9.30 malam dan menginap di Al Gali Royal Hotel. Melakukan UMRAH bermula jam 10.00 malam.

PERJALANAN UMRAH 2011/3

3 JUN 2011 sekitar jam 8.00 pagi kami melakukan ziarah luar ke Masjid Quba' dan Kebun Kurma serta Jabal Uhud. Sungguh terpesona dengan keindahan Masjid Quba' (Masjid Pertama yang didirikan oleh Junjungan Nabi Muhammad saw). Begitu lemah rasanye kerana kita tidak dapat bersama-sama Junjungan Nabi Muhammad saw membina masjid tersebut. 



Masjid Quba’ yang terletak di perkampungan Quba’, sekitar 3km dari arah selatan Kota Madinah. Nama Quba’ diambil sempena sebuah telaga yang berada di tempat itu.
Masjid ini berbentuk empat segi dan luas kawasannya sekarang kira-kira 5035m persegi.
SEBAGAI RENUNGAN : Sejarah Masjid Quba'
Pada hari isnin, 8 Rabiul Awwal bersamaan 23 Sept. 622M Rasulullah SAW tiba di perkampungan Quba’ dalam perjalanan hijrah dari Makkah. Baginda tinggal di kampung ini selama 4 hari bersama Bani Amru bin Auf di umah Kalthum bin al-Hadm.
Pada hari pertama itulah Rasulullah SAW terus membina Masjid Quba’, iaitu masjid yang pertama dibina dalam sejarah umat ini. Rasulullah SAW sendiri turut serta dalam pembinaan ini dengan mengangkut batu-bata dan pasir-pasir bersama para sahabatnya.
Setelah siap, Rasulullah SAW mengimami sendiri solat berjamaah secara terbuka bersama para sahabat di Masjid Quba’, berkiblatkan Masjid al-Aqsa pada waktu itu.
KELEBIHAN MASJID QUBA'
Masjid ini adalah masjid pertama yang dibina dalam sejarah setelah baginda diangkat menjadi Rasulullah, dibina berasaskan taqwa dan iman. Allah SWT telah mengakuinya sebagaimana firmanNya :
“…sesungguhnya Masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)”. (at-Taubah : 108)
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW selalu datang ke Masjid Quba’ ini pada setiap hari sabtu sama ada menaiki unta atau berjalan kaki. Kadang-kadang Rasulullah SAW datang pada hari isnin dan khamis."

  Mengenai masjid ini, Rasulullah SAW ada bersabda :
 "Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan      
  diberi ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah” (HR Ibnu Majah).

Selepas wafatnya Rasulullah SAW, para sahabat sentiasa menziarahi Masjid Quba’ dan bersolat di sana. Zaid bin Aslam berkata : “Segala puji bagi Allah yang telah mendekatkan kita dengan Masjid Quba’. Sekiranya ia berada jauh di hujung dunia, nescaya kami akan bermusafir kepadanya”.
Mimbar Masjid Quba' semuanya daripada batu marmar kilat dan bersinar-sinar dan berpeluang solat Tahiiyatul Masjid di sebelahnya. 
Isteri berdoa ketika melangkah kaki di laman Masjid Nabawi
Selesai lawatan ke Masjid Quba', kami menuju ke lokasi perburuan di Kebun Kurma sekitar Madinah Al-Munawwarah.Terasa senjata yang kami bawa tidak mencukupi untuk memburu di Kebun Kurma.
Isteri bawa satu beg .... hasil perburuan di Kebun Kurma

Saya dapat 2 beg hasil perburuan .... memang tak puas rasanya berburu di sini
Selesai berburu di Kebun Kurma, kami meneruskan langkah menuju ke Jabal Uhud yang terkenal dalam lipatan sejarah dengan PERANG UHUD.Jabal Uhud yang terletak sekitar 5km dari Kota Madinah ini merupakan lokasi di mana berlakunya peperangan Uhud pada 15 Syawal 3 Hijrah.


Kecintaan kepada Uhud lebih mendalam lagi ketika kita mengenang sejarah Perang Uhud itu sendiri,bagaimana kegigihan RASULULLAH SAW beserta para pengikutnya menegakkan agama Islam,mudah-mudahan ini semua akan menambah ketaqwaan kita kepada Allah SWT dan cinta kepada RASULnya..



Para syuhada' bersemadi dengan penuh keredhaan demi menegakkan agama Islam


Berdiri di Bukit Pemanah tanpa busar panah seperti yang ada pada zaman Rasulullah


Perjalanan Umrah 3 Slideshow: SMARTRADZ’s trip to Parit Raja (near Yong Peng), Johor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Yong Peng slideshow. Take your travel photos and make a slideshow for free.