14 Jun, 2012

ALAM MISTERI ..... Allah Maha Berkuasa Menjadikan Sesuatu


























Allah s.w.t. berfirman :
A082
Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus menjadi.
(Yaa Siin 36:82)

ALAM MISTERI ..... petunjuk bahawa Allah Maha Kuasa

























Kalau di kampung-kampung, kita biasa akan melihat buah kelapa akan bertunaskan pokoknya sendiri. Tetapi perkara ini tidak berlaku kepada penduduk di Kampung Peracak, Ogan Komering Ulu (OKU) Timur di Sumatera Selatan. Ini kerana mereka semua terkejut apabila menemui sebiji buah kelapa ditumbuhi pokok pisang. Pokok pisang setinggi kira-kira 80 sentimeter yang tumbuh pada buah kelapa itu ditemui oleh Muhamad Edi, 52, warga RT 02, kampung Peracak, mukim Bungamayang.

Allah s.w.t. berfirman :

A011

"Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir."
(Al-Nahl 16:11)

KOTA MEKAH ..... janji Allah kepada hamba-NYA yang beriman


Allah s.w.t. berfirman :
A143

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat yang engkau mengadapnya dahulu itu (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman).
(Al-Baqarah 2:143)

ALAM MISTERI ..... kebesaran Allah s.w.t. di mana-mana


























In a tiny corner of western Poland, in Gryfino (not far from Szczecin) a forest of about 400 pine trees grow with a 90 degree bend at the base of their trunks – all bent northward.


ALLAH S.W.T. berfirman :

A009
Kekallah mereka di dalamnya. Demikian dijanjikan Allah - janji yang tetap benar; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

A010
Ia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Ia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Ia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.

A011
Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepadaKu apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadaNya (yang kamu sembah itu)? (Tidak ada sesuatu pun) bahkan orang-orang yang zalim (dengan perbuatan syiriknya) itu berada dalam kesesatan yang jelas nyata.

A012

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.
(Surah Luqman 31 : 9-12) 

10 PERKARA .... ada pada diri kita ?

Allah s.w.t. berfirman :
A017


"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
(Luqman 31:17)

ALAM MISTERI .... terbang melayang makhluk-NYA


























Firman Allah s.w.t. :
A079

"Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman."
( Surah Al-Nahl 16:79 )

ALAM MISTERI .... di langit kebesaran-NYA terjelma

























ALLAH S.W.T. TELAH BERFIRMAN :

A043

Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu Ia menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan.
(Surah An-Nuur 24:43) 

ALAM MISTERI .... fenomena menakjubkan di lautan

Allah s.w.t. berfirman :

A013
(Kerana) sesungguhnya kamu - dalam hati mereka, - sangat ditakuti lebih dari Allah; yang demikian itu, kerana mereka ialah kaum yang tidak memgerti (akan kekuasaan Allah dan kebesaranNya).

(Surah Al-Hasy-r 59:13) 

ALAM MISTERI ..... pisang mengandung

Firman Allah s.w.t :

A081

Dan Ia memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kebesaranNya dan kekuasaanNya (melalui Rasul-rasulNya dan pada makhluk-makhluk yang dijadikanNya); maka di antara tanda-tanda kesempurnaan Allah, yang mana satu, yang kamu ingkari?
(Surah Ghaafir 40:81) 

SEDIKIT MASA .... sayangi ibu


Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai..
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan
dengan penuh kasih sayang,

Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...
tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar,
ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang
ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?

Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan
untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.

Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...

SEDIKIT MASA .... sentiasa berdoa


























wahai iman,usahlah takut kepada nafsuku
wahai iman kerana nafsuku itu lemah,
jangan takut pada godaan syaitan
wahai iman kerana syaitan itu hanyalah makhluk,
wahai iman sesungguhnya aku cinta padamu,
datanglah padaku,
jangan biarkan aku terlena dengan tipuan dunia,
wahai iman tetapkanlah kau di hatiku,
janganlah sesekali kau tinggalkan aku...

”Ya Allah Tuhan yang membolak-balikkan hati,
tetapkanlah hati kami di atas jalanMu dan ketaatan kepadaMu ya Allah,
kami pohon redhaMu,
rahmatilah kami,berkatilah hidup kami,
jauhilah kami dari godaan syaitan,azab api neraka,azab kubur,fitnah dajjal,fitnah kehidupan dan kematian,
ya Allah suburkan iman di hati kami,
sematkan rasa cinta kami padaMu dan RasulMu ya Allah...
kami mohon pertolonganMu dan petunjukMu..bantulah kami.....Aamiin Ya Allah.

SEDIKIT MASA ..... amalan ke alam Barzah

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
    "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

SEDIKIT MASA .... bercita-cita arah kebaikan


"Jangan cintakan orang yang tidak cintakan ALLAH, 
kerana jika mereka boleh tinggalkan ALLAH, 
mereka juga boleh tinggalkan kita".
-Imam Syafie

SEDIKIT MASA .... ikut yang terbaik


♥ LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH ♥ 

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah ku didik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga..

Ketika aku marah
Ingin ku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah...

Tabah jiwaku
Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga

Diterik padang pasir merah
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar...

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah..

SEDIKIT MASA .... bersama menuju kebaikan


























Siapakah kita yang hendak menghakimi orang lain? Siapakah kita yang sesuka hati menjatuhkan hukuman kepada orang lain? Siapakah kita untuk mencaci dan mecerita keburukan orang lain? Dah sempurna sangat ke kita? padahal kita tak sedar diri kita juga sama… Kita juga hamba Allah..

Janganlah kita terlalu menghina seseorang akan masa silamnya… mungkin seseorang itu murah harga dirinya satu ketika dulu, tapi tak mustahil satu hari nanti beliau akan menjadi wanita yang lebih solehah dari kita kan?

Kenapa kita tak boleh nak menerima perubahan pada orang lain? Apa yang buruk, apa yang aib, apa yang dosa itulah yang sentiasa disebut-sebut, yang sering diungkit-ungkit. Tak sedarkah kita, kita mengata-ngata tu pun berdosa jugak?? Sepatutnya kita memperkatakan mengenai perubahannya. Sepatutnya kita bersyukur kerana orang itu mahu berubah ke arah yang lebih baik.

SEDIKIT MASA .... ingat mati


























KEMATIAN...

Tidak pernah boleh dijangka...
Tidak pernah mengenal siapa...
Tidak pernah mengira usia...
Tidak pernah menetapkan nombor giliran siapa yang akan pergi terlebih dahulu...

Sungguh, KEMATIAN itu PASTI...
Jadi, selagi ALLAH pinjamkan nyawa ini buat kita...Teruskanlah perjalanan hidup dengan bersungguh-sungguh melakukan ibadat...Bertaubatlah sebelum KEMATIAN datang menjemput....
Bila-bila masa sahaja DIA memberi pinjaman, bila-bila jugalah DIA berhak mngambilnya kembali. 

SEDIKIT MASA .... kalau masih ada kesempatan


























Kalau Masih Ada Waktu…

Kalau masih ada waktu, berusahalah memperbaiki diri kerana bila sudah tiada waktu rasa kesal itu tidak berguna.

Kalau masih ada waktu, tuntutlah ilmu yang bermanfaat sebanyak mungkin kerana bila sudah tiada waktu engkau akan merasakan umur itu pergi berlalu dengan sia-sia.

Kalau masih ada waktu, tunaikanlah impian murnimu kerana bila sudah tidak ada waktu engkau tidak akan sempat menikmatinya.

Kalau masih ada waktu, balaslah kasih sayang dan cinta insan-insan tersayang di sekelilingmu kerana bila sudah tiada waktu engkau akan kekal berhutang dengan mereka.

Kalau masih ada waktu, belajar dan fahamilah hakikat hidup ini kerana bila waktu itu sudah tiada engkau akan merasakan bahawa engkau tidak pernah belajar apa-apa dalam hidup ini.

Kalau masih ada waktu, hargailah setiap peluang yang datang kerana biasanya peluang terbaik hanya datang sekali.

SEDIKIT MASA ..... mencari rahsia solat