KURANG AJAR atau KURANG MENGAJAR (2) - seorg bapa keluar dari rumah tanpa memberitahu anak dan isteri, menonong pergi meninggalkan mereka tanpa sebarang kata... 10 thn kemudian, sianak melangkah keluar tanpa mempeduli siayah yg sedang duduk2 menonton TV.. hati ayah tersinggung, jam 2 pagi sianak pulang dah ayah pun bertanya "kenapa kamu keluar tanpa maklumkan ayah, dan jam sekarang baru pulang, kemana kamu pergi, kamu tak hormatkan ayah lansung ye" lalu sianak pun berkata "kalau 10 thn dulu ayah mengajar kami tentang hormat dan waktu, pasti hari ini saya akan meminta izin, memberitahu, menjaga adap dan menghormati waktu, apakah hari ini ayah layak untuk bertanya soalan yg ayah telah pun menjawabnya 10thn dulu...IBU AYAH - ACTION SPEAK LOUDER THAN WORDS ! JUSTERU BAIKI TINGKAH LAKU ANDA SUPAYA ANDA TIDAK MEMBUNUH SAHSIAH DAN JATI DIRI ANAK SEBAGAI INSAN DAN MERUBAH MEREKA MENJADI RASAKSA MERBAHAYA!!!!
04 Jun, 2012
SALING MENGINGATI ..... pasti selamat
Label:
muhasabah diri,
NASIHAT
DOA .... keikhlasan bermunajat
Harianku berdoa
kepada-Mu Yaa Allah
memohon permintaanku
hanya kaulah yang mengerti
Harianku berdoa
melembutkan hati jiwanya
merasakan cintaku ini
merasakan rindu dalam menyepi
tidakkah kau tahu setiap warkahku
tidakkah kau mengerti tulisanku
berbait tidak seindah pujangga
meminta cinta untuk bersemi
Masihkah ada cinta di dalam hatimu
masihkah ada rindu tersemat naluri
adakah kau berdoa sepertiku
atau kau biarkan ia berlalu sudah
Kepada-Mu Yaa Allah
pintaanku bukan permainan kata
harian dzikir namaMu
mencari ketenangan gelora hati jiwaku...
kepada-Mu Yaa Allah
memohon permintaanku
hanya kaulah yang mengerti
Harianku berdoa
melembutkan hati jiwanya
merasakan cintaku ini
merasakan rindu dalam menyepi
tidakkah kau tahu setiap warkahku
tidakkah kau mengerti tulisanku
berbait tidak seindah pujangga
meminta cinta untuk bersemi
Masihkah ada cinta di dalam hatimu
masihkah ada rindu tersemat naluri
adakah kau berdoa sepertiku
atau kau biarkan ia berlalu sudah
Kepada-Mu Yaa Allah
pintaanku bukan permainan kata
harian dzikir namaMu
mencari ketenangan gelora hati jiwaku...
Label:
muhasabah diri,
NASIHAT
7 DOSA BESAR .... jauhi kesemuanya
Adalah Syirik
Firman Allah Swt:
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya".
(Surah An Nisaa Ayat 48)
Dan Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga".
(Surah Al Maaidah Ayat 72)
Selanjutnya ia menambahkan:
Adalah Membunuh.
Tentang hal ini Allah Swt berfirman:
"Dan barangsiapa yang membunuh seorang mu'min dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya".
(Surah An Nisaa Ayat 93).
Menuduh wanita baik-baik berbuat zina.
Tentang hal ini Allah Swt berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka kena la'nat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar".
(Surah An Nur Ayat 23)
Memakan Riba.
Tentang hal ini Allah Swtberfirman:
"Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila".
(Surah Al Baqarah Ayat 275)
Lari dari Medan Pertempuran.
Maksudnya, saat kaum Muslimin diserang oleh musuh mereka, dan kaum Muslimin maju mempertahankan diri dari serangan musuh itu, kemudian ada seseorang individu Muslim yang melarikan diri dari pertempuran itu. tentang hal ini Allah Swt berfirman:
"Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (siasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya".
(Surah Al Anfaal Ayat 16)
Memakan Harta Anak Yatim.
Tentang hal ini Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)".
(Surah An Nisaa Ayat 10)
Mengamalkan Sihir
Sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir, membenar dan mempercayai perkhabarannya dengan berkeyakinan ahli sihir itu dapat mengetahui perkara ghaib, maka orang yang seumpama ini dihukum kafir. Ia dikira kafir kerana
Tentang ini Allah Berfirman:
“Katakanlah tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah…”
(Surah Al-Naml Ayat 65)
Label:
muhasabah diri,
NASIHAT
4 SIFAT DIRI ..... perlu dipaut dalam diri
Nasihat Imam Ghazali :
Empat Sifat Kesempurnaan Bagi Orang Yang Soleh
Wajib atas orang yang soleh (menjalani jalan akhirat) bahawa ia menyempurnakan empat macam sifat.
Pertama: Memiliki iktiqad yang benar yang tidak ada bidaah dalamnya (maksudnya mengikuti aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah).
Kedua: Bertaubat dengan taubat nasuha sehingga ia tidak akan kembali mengerjakan dosa yang pernah dilakukannya.
Ketiga: Meminta halal daripada semua musuh (dan makhluk) semoga kita tidak akan dituntut pada hari kiamat nanti.
Keempat: Mempelajari ilmu syariah untuk dapat menunaikan segala perintah Allah Taala dan juga mempelajari ilmu akhirat yang dapat menjamin keselamatan di akhirat nanti.
Label:
NASIHAT
GERHANA SEPARA BULAN ....peringatan untuk semua
4hb Jun 2012 , Isnin akan berlakunya Gerhana Bulan , pada Jam 7:15 malam , justeru masjid-masjid dan surau mari kita sama-sama dirikannya esok , 2 Rakaat empat rukuk dan di lengkapkan dengan khutbah. Justeru sama-sama kita perbanyakkan Istighfar , taubat dan bersedeqah dengan berlakunya peristiwa ini , yang menunjukkan kehebatan dan kekuasaan Allah s.w.t
Doa moga tidak berlaku perkara-perkara yang tidak di ingini,
NAMUN JANGAN KAITKAN DENGAN PERKARA SIAL , CELAKA TERHADAP PERISTIWA INI,
Semuanya hanyalah kebetulan semata-mata tidak ada kena mengena , sebagai contoh zaman Rasulullah S.A.W berlakunya kematian putera baginda Ibrahim , namun ini hanyalah kebetulan sahaja , Serta hentikan perkara-perkara khurafat seperti mengetuk pohon yang tidak berbuah , untuk minta berbuah , menadah dulang dan lain-lain .
Insya'allah moga-moga kita rebut peluang dirikan solat sunat HUKUMNYA SUNAT MUAQQAD ini.(SUNAT YANG DI TUNTUT).
KRONOLOGI GERHANA SEPARA BULAN
Tarikh : Isnin, 4 Jun 2012M bersamaan 14/15 Rejab 1433H
Permulaan Gerhana : 18:00 (6.00 ptg)
Pertengahan Gerhana : 19:03 (7.03 mlm)
Mula Dapat Dilihat : 19:15 (7.15 mlm)
Akhir Gerhana : 20:06 (8.06 mlm)
Gerhana separa bermula apabila Bulan mula menyentuh bayang umbra pada jam 18:00. Pertengahan gerhana apabila Bulan berada di tengah bayang umbra pada jam 19:03. Kedua-dua keadaan tersebut tidak dapat dilihat di Malaysia kerana Bulan belum terbit lagi. Bulan mula dapat dilihat apabila ia terbit di timur pada jam 19:15 (di lokasi Tanjung Bidara Melaka). Sebaik sahaja Bulan terbit, kita dapat melihat Bulan yang sedang mengalami gerhana. Sebahagian kecil permukaan Bulan gelap. Bahagian gelap ini semakin mengecil hingga Bulan kembali purnama. Keadaan ini berlaku apabila Bulan meninggalkan bayang umbra pada jam 20:06, maka berakhir gerhana separa. Gerhana berakhir sepenuhnya apabila Bulan meninggalkan bayang penumbra pada jam 21:18. Kita berpeluang melihat gerhana ini agak singkat berbanding dengan gerhana Bulan yang sebelum ini. Kali ini kita hanya berpeluang melihat selama 51 minit sahaja. Bagi umat Islam boleh melakukan solat sunat gerhana sebaik selesai solat maghrib.
Hadis riwayat Abdullah bin Umar ra.:
Bahawa dikabarkan dari Rasulullah saw., bahawa Baginda bersabda: Sesungguhnya Matahari dan Bulan tidak terjadi gerhana karena kematian atau kelahiran seseorang, tetapi keduanya termasuk tanda kebesaran Allah. Maka jika kamu melihat gerhana, kerjakanlah solat.
Sahih Muslim [Bahasa Arab saja :1521]
Sumber :
Bahagian Falak SyarieJabatan Mufti Negeri Melaka
Label:
muhasabah diri,
NASIHAT
MATA .... lihat jalan Allah
7 jenis mata yang dicintai oleh Allah SWT.
1- Mata mereka yang sentiasa berusaha ke arah melaksanakan perintah Jihad pada Jalan
Allah SWT.
2- Mata yang menitis air mata kerana takutkan kebesaran Allah SWT.
3- Mata yang sentiasa bertahan atau bersabar daripada memandang perkara yang haram.
4- Mata yang memerhati kejadian Allah SWT.
5- Mata yang memandang Kitab Allah SWT-Al-Quran Al-Karim ( Membaca, mengambil
pengajaran dan mengamal dalam kehidupan ).
6- Mata yang memandang mereka yang miskin dengan penuh kerahmatan dan kasih sayang.
7- Mata yang berjaga malam di jalan Allah. (Qiam)
Label:
NASIHAT
BELAJAR .....terima kesalahan
Label:
muhasabah diri
LIDAH .... kawal keceluparan
Jika seseorang diberi pen dan kertas lalu dia gunakan untuk mencaci dan menghina orang yang memberikan pen dan kertas tadi?
Pasti itu tidak beradab ditinjau dari adab bangsa manapun…..
Bagaimana pendapatmu jika seseorang diberikan kendaraan lalu dia gunakan untuk melanggar orang yang memberinya kendaraan tersebut?
Bagaimana pendapatmu jika seseorang diberi lisan oleh Dzat yang di atas langit, yang Maha
Pengasih dan Penyayang lalu ia gunakan untuk bermaksiat kepadaNya?
Alangkah besarnya bahaya lidah ini sedangkan kita banyak lalai dari menjaganya.
Label:
muhasabah diri,
NASIHAT
2 NIKMAT .... usah dsipersia-sia
Wahai sahabatku….
Marilah kita mensyukuri segala kenikmatan yang Allah berikan kepada kita dengan cara mentaati segala suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Janganlah kita membiarkan masa dan kesihatan yang dimiliki ini berlalu begitu saja, tanpa sebarang aktiviti ibadah kepada Allah, baik secara individu, keluarga dan masyarakat.
Kita berdoa semoga Allah sentiasa memberi taufik dan hidayah-Nya dalam mensyukuri segala nikmat-Nya yang melimpah ruah dan melindungi kita semua daripada segala perkara yang boleh melalaikan kita daripada-Nya.
Label:
2 (DUA),
muhasabah diri,
NASIHAT,
tunjukajar
KEMATIAN .... janji yang pasti
Bila sampai masa BERSEDIA atau tidak MATI itu pasti DATANG
Dan selagi masih hidup ini perlu lah cari bekalan untuk menemani kita di Alam kubur serta akhirat kelak
Kerana azab dan siksaan yang Allah S.W.T sediakan tiada yang ringgan...Percaya pada janji dan azab-NYA
''Tidak Ada Daya Upaya Dan Kekuatan MelainKan Pertolongan Dari Allah S.w.t Insyaallah..''
Label:
muhasabah diri
AL-QURAN .... bacalah ...amalkanlah
Nasihat Abdullah Bin Mas’ud
Abu Nu’aim telah mengeluarkan suatu perkhabaran dalam kitabnya Al-Hilyah, dari Abdul Rahman Bin Abdullah Bin Mas’ud dari bapanya yang telah berkata, bahawa bapanya telah didatangi seorang lelaki dan berkata: “Wahai Abu Abdul Rahman, ajarkanlah aku kata-kata yang padat dengan manfa’atnya.”
Maka kata Abu Abdul Rahman: “Sembahlah Allah dan jangan kau mempersekutukanNya. Susurilah bersama Al Quran ke mana saja Al Quran mengalir (mematuhi ajaran Al Quran). Terimalah kebenaran walau dari sesiapa sahaja yang membawanya, walaupun dari seorang yang jauh dan tidak disenangi dan tolaklah segala kebatilan walaupun ianya datang dari orang yang tercinta dan terdekat denganmu.”
Label:
muhasabah diri,
NASIHAT
BERIMAN .... seronok dengan kebaikan
Label:
muhasabah diri
Langgan:
Catatan (Atom)