20 Oktober, 2011

KHULUK >>> Tebus Talak

<<< Tebus talak demi kekasih >>>

Pengertian Khuluk


1. Khuluk bermaksud perceraian yang diminta oleh isteri dengan membuat gantirugi (bayaran)
kepada suami.
Cara ini juga dipanggil tebus talak.

2. Bagi pasangan suami isteri yang bercerai secara tebus talak, suami tidak boleh merujuk kembali bekas isterinya. Jika suami ingin kembali kepada isteri atau sebaliknya mereka perlu bernikah semula dengan akad yang baru.

3. Bayaran khuluk tidak ditentukan nilainya. Suami tidak sewajamya mengambil kesempatan untuk mendapatkan bayaran yang terlalu tinggi daripada isteri.

Firman Allah s.w.t. bermaksud:
" Tidak halal bagi kamu mengambil apa­apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu
juapun kecuali jika takut keduanya bahawa tiada alcan menurut peraturan Allah. Jika kamu
takut bahawa tiada akan men urut peraturan Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya
tentang barang yang jadi tebusan perempuan itu."
( Al-Baqarah : 229 )

Rukun Khuluk
1. Suami
2. Isteri
3. Bayaran yg dipersetujui
4. Lafaz

Cara Khuluk (tebus talak).

1. Bayaran tebus talak bergantung kepada persetujuan suami isteri yang hendak berpisah.

2. Contoh lafaz khuluk suami: “Aku ceraikan engkau dengan bayaran sebanyak RM2000, isteri terus menjawab, “Saya terima”.

3. Contoh lafaz khuluk isteri: “Ceraikan aku dengan bayaran RM2000,” jawab suami, “Saya ceraikan engkau dengan bayaran tersebut”.

4. Bayaran khuluk boleh dibuat dengan mata wang atau barang-barang lain yang halal, suci, dan berharga seperti rumah, sawah, kebun atau lain-lain yang bermanfaat dan berharga.

5. Tebus talak tidak boleh dipaksa oleh orang lain. Jika pihak suami berkeras hati tidak mahu melakukan khuluk, pihak kadi hendaklah bertindak mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh syarak.

6. Khuluk tidak mengurangi bilangan tiga talak kepunyaan suami terhadap isteri itu.

7. Khuluk boleh dijatuhkan pada bila-bila masa sama ada ketika suci ataupun tidak kerana ia adalah atas kehendak isteri tersebut.

Hikmah Khuluk

1. Mengelakkan isteri nusyuz kepada suami.

2. Penghormatan kepada kaum perempuan kerana mereka mempunyai hak untuk bertindak mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh syara'.

3. Memberi keinsafan kepada suami supaya menyedari kesilapan dan kesalahannya terhadap isteri demi kebaikan masa depan.

** PERHATIAN : Segala kandungan dalam nukilan ini adalah usaha carian secara individu. Oleh itu disarankan para pembaca digalakkan membuat rujukan daripada kitab-kitab yang muktabar dan para ilmuan agama di kawasan masing-masing. **

6 TEMPAT >>> boleh mengumpat

Firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat :

…..وَلاَ يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ……..
Maksudnya : …dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya….

قال الرسول e : إِيَّاكُمْ وَالغِيْبَةَ فَإِن َّالغِيْبَةَ أَشَدُّ مِنَ الزِّنَا. قِيْلَ لَهُ كَيْفَ؟ قَالَ : إِنَّ الرَّجُلَ قَدْ يَزْنِي وَ يَتُوْبُ فَيَتُوْبُ اللهُ عَلَيْهِ وَإِنَّ صَاحِبَ الغِيْبَةِ لاَ يُغْفَرُ لَهُ حَتَّى يَغْفِرَ لَهُ صَاحِبُهُ

Maksudnya: Jauhkan oleh kamu akan dirimu dan takut oleh kamu akan mengumpat kerana bahawasanya mengumpat itu lebih bersangatan daripada zina. 
Dikatakan bagi Rasulullah s.a.w : Betapa? Ertinya, kerana apa mengumpat itu lebih besar daripada zina?. Bersabda baginda : Bahawasanya seorang lelaki itu terkadang dia berzina dan lantas bertaubat maka Allah menerima akan taubatnya. Dan bahawasanya orang yang mengumpat itu tiada diampuni baginya sehingga memaaf baginya oleh orang yang diumpatnya. ( Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ad-Dunya dan Abu Asy-Syeikh dari Jabir dan Abi Sa’id )

Hukum mengumpat itu haram dengan ijma’ melainkan pada 6 tempat yang diharuskan mengumpat padanya iaitu :

1. Orang yang mengadu pada penguasa tentang kezaliman seseorang dengan menyebut nama orang zalim itu dan perbuatannya bertujuan untuk menghentikan kezalimannya.

2. Orang meminta tolong bagi menghilang maksiat pada sesuatu tempat kepada yang berkemampuan dengan menyebut nama pelaku maksiat dan kesalahannya bertujuan untuk menghentikan maksiat itu.

3. Orang yang meminta fatwa daripada yang berkelayakan tentang sesuatu masalah yang terpaksa menyebut nama dan kelakuan seperti seorang isteri bertanya tentang hal suaminya dan sikapnya yang buruk.

4. Orang yang menakutkan orang Islam lain tentang kejahatan seseorang supaya terselamat daripada keburukan orang itu seperti menyebut kelakuan jahat seseorang perempuan yang diingini untuk dikahwini bila ditanya agar bakal suaminya tidak tertipu dan selamat.

5. Menyebut nama seseorang yang masyhur dengan nama buruk seperti Amin Tempang dan sebagainya.

6. Menyebut nama orang yang menzahirkan kejahatannya bertujuan supaya orang lain berhati-hati dengannya dan juga agar dia menghentikan kesalahannya itu.

MUKJIZAT AL QURAN >>> gelora di lautan tenang seketika

BETAPA besarnya MUKJIZAT al Quran di mata umat manusia di bumi ini, tetapi sukar yang dapat mengenalnya. Namun makhluk lain di bumi seperti AIR LAUTAN dapat merasai akan kehadiran MUKJIZAT tersebut disisinya. Tadinya bergelora ombak menghempas kini saatnya ia menghormati akan kehadiran MUKJIZAT yang bukan sebarang umat dapat merasainya.
TERTIB...kakitangan Jabatan Mufti Perak melupuskan abu pembakaran Al-Quran.
Gambar kecil, Pengurus Syarikat Percetakan Saufi,
Rahmat Mahdan menunjukkan bongkah abu untuk dilupuskan.
Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Lautbergeloraberubahtenang/Article