Memaparkan catatan dengan label al-Quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label al-Quran. Papar semua catatan

18 Jun, 2012

CERMIN DIRI .... ciri-ciri istiqamah dalam ibadah

Allah SWT telah berfirman :

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;
(Al-Furqaan 25:63)



Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,
(Al-Furqaan 25:64)


Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan
(Al-Furqaan 25:65)


09 Jun, 2012

PRASANGKA .... buruk dijauhi


Tanamkanlah prasangka benar baik selalu sesama insan manusia di atas bumi dunia khirat ALLAH SWT ini,agar Rohani hati sanubari kita menjadi benar baik d isisi ALLAH SWT dan sesama kita...kehidupan kita pun menjadi bahagia, aman sentosa, tenang dan saling berkasih-sayang kerana ALLAH SWT...demi syurganya yang INDAH....SUBHANALLAH......

::JAUHI PRASANGKA YANG KEJI, BURUK, HINA SESAMA ISLAM, DEKATKAN PRASANGKA YANG BENAR BAIK SESAMA INSAN, ITULAH AHLAK SIFAT TERPUJI DIRI, SUCI ROHANI HATI SANUBARI , KERANA KITA SEMUA MANUSIA YANG TIDAK LARI DARI MELAKUKAN KHILAF, SALAH DAN DOSA...lihatlah diri sendiri berbanding melihat keburukan orang lain...SubhanAllah...::

Syak wasangka adalah penyakit yang sangat merbahaya di dalam kehidupan. Apatah lagi jika prasangka ini berlaku di kalangan Muslim yang sama-sama berusaha untuk membawa perubahan dan kebaikan di dalam masyarakat dan negara.

semaklah firman Allah swt ini ,

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah dari sangkaan buruk, keji, hina kerana sesungguhnya sangkaan buruk, keji, hina itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? Jika demikian keadaan mengumpat maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah,bertaubat lah kamu kiranya kamu bersangkaan buruk, hina, keji begitu ,sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha kasih-sayang.” 
( Surah Al-Hujuraat ayat 12 )


15 Mei, 2012

AL-QURAN .... mukjizat agung sepanjang zaman

Al-Quran terbesar yang dihasilkan di Afghanistan..ianya mengambil masa 5 tahun untuk disiapkan oleh ahli kalifgrafi Afghanistan...

25 Oktober, 2011

Ketika anda membawa AL-QURAN, respon syaitan ialah biasa saja, tengok je...
Ketika anda membukanya, syaitan mula curiga.
Ketika anda membacanya, syaitan mula gelisah.
Ketika anda memahaminya, dia mula kejang.
Ketika anda mengamalkan AL-QURAN, dalam kehidupan setiap hari, dia stroke....
Teruskan membaca AL-QURAN dan mengamalkannya agar syaitan terus stroke. 
Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya.
Syaitan kata, 'JANGAN SEBARKANNYA, KERANA IA TIDAK PENTING LANGSUNG!'

OLEH ITU >>> SEBARKANLAH KE PELOSOK ALAM INI SEHINGGA TIADA TEMPAT SYAITAN UNTUK BERTEDUH DI BAWAH LEMBAYUNG KEDINGINAN ALAM INI.
BIARKAN SYAITAN KEPANASAN DENGAN MENGGELEGAK SELURUH ANGGOTANYA.
RASAKAN ......

20 Oktober, 2011

MUKJIZAT AL QURAN >>> gelora di lautan tenang seketika

BETAPA besarnya MUKJIZAT al Quran di mata umat manusia di bumi ini, tetapi sukar yang dapat mengenalnya. Namun makhluk lain di bumi seperti AIR LAUTAN dapat merasai akan kehadiran MUKJIZAT tersebut disisinya. Tadinya bergelora ombak menghempas kini saatnya ia menghormati akan kehadiran MUKJIZAT yang bukan sebarang umat dapat merasainya.
TERTIB...kakitangan Jabatan Mufti Perak melupuskan abu pembakaran Al-Quran.
Gambar kecil, Pengurus Syarikat Percetakan Saufi,
Rahmat Mahdan menunjukkan bongkah abu untuk dilupuskan.
Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.

Sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Lautbergeloraberubahtenang/Article

19 Oktober, 2011

CARA LUPUS AL QURAN USANG ... sama-sama dihayati


PELUPUSAN ayat suci al-Quran perlu dilakukan dengan tertib dan setiap aspek diberi perhatian teliti termasuk memastikan abu daripada bahan bakar mengandungi kalimah Allah itu tidak berterbangan, bersepah, dipijak atau dilangkah.

Sebarang kemusykilan hubungi :
EN. RAHMAT MAHDAN : 019-3376159

11 Oktober, 2011

INDAHNYA al QURAN

Al-Quran merupakan kitab yang terpelihara sepertimana jaminan yang telah diberikan oleh Allah untuk memeliharanya. Oleh demikian, kita dapati begitu ramai orang yang menghafal al-Quran dengan baik sejak kanak-kanak lagi dan Allah memudahkan mereka untuk mengingatinya. Pemeliharaan tersebut juga didapati dengan penulisan al-Quran yang rapi oleh para sahabat selepas ayat-ayat tersebut diturunkan dan dibukukan pada zaman khulafa' al-Rasyidin.

Al-Quran merupakan kitab mukjizat yang terbesar dikurniakan kepada nabi Muhammad yang mencabar kekuatan dan pemikiran manusia. Manusia tidak mampu untuk menandingi al-Quran sama ada dari segi bahasa, makna dan cerita-cerita yang terkandung di dalamnya. Firman Allah yang bermaksud : " Dan jika kamu tetap ragu-ragu tentang apa yang kami wahyukan kepada hamba kami (Muhammad), maka datanglah satu surah sepertinya dan ajaklah penolong-penolong kamu selain Allah jika kamu benar-benar orang yang benar." (al-Baqarah, ayat 23-24)

والَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
dan mereka yang beriman kepada kitab (Al Qur'an) yang telah diturunkan kepadamu dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 4)

23 September, 2011

RAHSIA SURAH AL - KAUTHSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan :-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10 kali,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000 kali rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71 kali, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

16 September, 2011

HINA DALAM DIAM

Sikap sesetengah umat Islam memandang remeh ayat al-Quran yang ditulis di kad jemputan perkahwinan atau di cakera padat (CD) agama dengan meletakkannya di merata tempat secara tidak langsung melakukan penghinaan terhadap ayat suci itu.
Walaupun hanya tertera kalimah Bismillah dalam bahasa Arab di kad jemputan perkahwinan maknanya tetap sama, sekali gus perlu mendapat penghormatan seperti kitab al-Quran dan jika mahu dilupuskan ia mesti melalui tertib tertentu.
AYAT SUCI...Rahmat menunjukkan antara bahan bacaan mengandungi ayat al-Quran yang tidak sepatutnya diletakkan merata tempat.
Pengurus Percetakan Saufi yang menguruskan tempat pelupusan al-Quran, Rahmat Mahdan, berkata selain al-Quran, ada di kalangan umat Islam terlepas pandang petikan ayat suci itu yang ditulis di tempat lain seperti barang perhiasan, seramik, jam dinding, pinggan, sejadah atau kaset agama.
“Al-Quran ialah mukjizat yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW, jadi dalam apa juga bentuk ia mesti dihormati dan dimuliakan kerana darjatnya yang tinggi.
“Misalnya dalam CD agama yang mengandungi bacaan al-Quran, sewajarnya ia dihormati sama seperti kitab, namun ramai di kalangan kita tidak mengambil berat soal ini sehingga dibuang atau diletakkan di tempat tidak sepatutnya. Kalau kad kahwin seeloknya ditulis terjemahan al-Quran bagi mengelak ia dibuang di merata tempat selepas habis kenduri,” katanya yang ditemui di Batu 9, Cheras, di sini, baru-baru ini.
Rahmat berkata, sejak mengusahakan tempat pelupusan al-Quran bersama ahli keluarga, dia bukan saja menerima kitab al-Quran sama ada uzur atau tersalah cetak, malah barang lain seperti ukiran kayu dan kulit kambing, kepingan kaca hiasan, kitab pengajian agama, buku teks, kad kahwin, kain, kaset, pita video dan CD mengandungi ayat al-Quran.
“Kesedaran perlu wujud di kalangan umat Islam mengenai perkara ini supaya kesucian ayat al-Quran terpelihara kerana dalam apa juga bentuk, maknanya tetap sama,” katanya.
Di sebalik tanggungjawab fardu kifayah yang dilaksanakannya itu, Rahmat kesal kerana ada pihak memandang hina tugas dilaksanakannya, malah disebabkan marah, kitab al-Quran turut mendapat penghinaan.
“Saya buka tempat ini tanpa mendapat pembiayaan mana-mana pihak, jadi apabila ada orang mahu menghantar al-Quran, saya meminta sumbangan untuk menggaji pekerja, membayar bil elektrik serta kos operasi lain, namun ada di kalangan mereka menganggap ia umpama menjual surat khabar lama di tempat kitar semula dan mengharap wang daripada saya.
“Menguruskan pelupusan kitab suci memerlukan tertib tertentu dan saya memerlukan sumbangan kewangan, tetapi disebabkan tidak mahu membayar ada yang memberi ‘kata dua’ supaya saya menerima al-Quran dibawa atau ia akan dicampak ke tengah jalan. “Ada juga yang meninggalkan kotak mengandungi kitab suci ini di depan pejabat tanpa pesanan atau akad semata-mata tidak mahu membayar kos operasi pelupusan,” katanya.
Menurutnya, tujuan dia membuka pusat pelupusan itu bukan untuk mengaut keuntungan sebaliknya rasa tanggungjawab selepas mendapati al-Quran dibuang sesuka hati di tempat kitar semula selain tidak mendapat penghormatan sewajarnya.
“Apabila ada orang yang menghantar kitab lama dan membuat sumbangan, kami akan memberi al-Quran baru sebagai menghargai mereka, namun masih ramai yang tidak faham usaha kami sehingga membuat tuduhan dan menghina kami,” katanya.
Rahmat berharap jabatan agama Islam serta agensi berkaitan bekerjasama dengan pihaknya bagi memudahkan fardu kifayah itu dilaksanakan.
“Kerja ini dilakukan atas dasar tanggungjawab dan kami amat mengharapkan bantuan serta kerjasama pelbagai pihak,” katanya.

23 Jun, 2011

SELAMATKAN AL-QURAN 9 ... Suatu Keajaiban

Suatu keajaiban apabila kertas yang dibakar
tidak menjadi putih sebaliknya menjadi hitam
dan masih tertera ayat suci.
Sebaliknya pada masa-masa tertentu pula
carikan kertas yang dibakar bertukar menjadi putih
seperti tepung sagu. Jika dirasa tidak akan rasa apa-apa.
Mengapa perkara ini boleh berlaku ?

Tuan Imam Masjid Sabak Uni, Parit Raja, Batu Pahat, JOHOR
kehairanan dengan kejadian seperti ini.
UNTUK MENDAPATKAN JAWAPANNYA
SILA BERKUNJUNG KE :

Pusat Pengumpulan dan Pelupusan 
Ayat-ayat Suci al-Quran 
Batu 10, Jalan Cheras, Kajang,
SELANGOR.

SELAMATKAN AL-QURAN 8 ... Tanam dalam telaga

AIR abu ayat al-Quran ditanam dalam telaga khas menggunakan corong. Setelah selesai menanam dalam telaga khas, bacaan doa selamat akan dibaca sebagai tanda kesyukuran kerana proses kerja yang dilaksanakan sejak peringkat awal hingga akhir berjalan dengan lancar. 
AIR abu ayat al-Quran ditanam dalam telaga khas menggunakan corong.

Para pengunjung mengaminkan doa yang dipimpin oleh Imam.

SELAMATKAN AL-QURAN 8 ... Larutkan abu dalam air

Larut 1 :
Memasukkan abu ke dalam takungan air.
Kertas yang telah dibakar akan meninggalkan abu yang berwarna putih dikumpulkan di bawah mesin insinerator. Palong abu tersebut akan ditarik keluar, kemudian proses melarutkan dalam takungan air bermula.
Larut 2 :
Abu putih mudah larut di dalam air.
Larut 3 :
Proses melarutkan abu akan menjadi lebih cepat jika dikacau.
Larut 4 : 
Saki baki abu yang berwarna hitam akan ditapis dan diasingkan.
Pada waktu kecemasan seperti hujan lebat, abu akan dicampurkan dengan air supaya mudah larut sebelum dikebumikan menggunakan corong dalam telaga yang digali di kawasan pelupusan.

SELAMATKAN AL-QURAN 7 ... Mesin Insinerator

Kos mesin ini dianggarkan
60 ribu ringgit
Mesin Insinerator yang digunakan untuk membakar carikan kertas yang telah dikumpulkan menggunakan teknologi daripada Jerman. Walaubagaimapun, mengikut En.Rahmat mesin ini dibina di Bandung, Indonesia kerana kos pembinaannya lebih murah dan mudah dipantau. Kos dianggarkan RM60,000.00 seunit.




Mesin perlu dipanaskan menggunakan gas industri selama empat jam untuk mendapat suhu 600 darjah celsius. Kertas seberat 300 kilogram dimasukkan pada satu-satu masa ke dalam insinerator melalui dua pintu iaitu pintu utama (berbentuk bulat) jika mesin masih belum panas dan pintu kedua (berbentuk empat segi tepat di bahagian sisi mesin) apabila haba semakin panas.

Kepanasan ruang bakar membolehkan 100 kilogram kertas dibakar dalam masa sepuluh minit dan kemudian abu dibiarkan selama empat jam untuk sejuk sebelum dimasukkan ke dalam bekas menyimpan abu. Abu yang berterbangan semasa proses pembakaran akan ditangkap oleh mesin aliran air. 

Mesin insinerator boleh membakar satu setengah tan kertas pada satu masa dan proses itu memakan masa antara empat hingga lima jam. Keseluruhan proses pembakaran memakan masa lapan hingga sembilan jam termasuk untuk menyejukkan abu. 

Canggih dan moden tanpa mengeluarkan
jerebu ke udara
Ruang untuk memasukkan cebisan kertas
ketika suhunya tinggi


SELAMATKAN AL-QURAN 6 ... Meracik menjadi cebisan

Bahan yang mengandungi ayat suci dimasukkan
ke dalam mesin racik supaya menjadi cebisan untuk
mudah dibakar.
Alat untuk mencarik al-Quran termasuk kulitnya yang tebal menggunakan mesin pencarik menjadi helaian kecil yang lebih ringan serta terurai supaya lebih mudah dibakar dan menjadi abu halus.


“Pada mula kami bakar naskah al-Quran terus tetapi memakan masa yang lama dan ada kalanya apabila selesai, ada yang masih tidak terbakar. Kemudian datang ilham untuk mengoyakkan helaian al-Quran terlebih dulu. Bagi memudahkan kerja, saya menghasilkan mesin pencarik yang boleh mengoyakkan kulit al-Quran serta kertas tebal menjadi helaian kecil. Kertas yang kecil lebih ringan, senang dibakar dan lebih mudah menjadi abu,” katanya.Mesin pencarik kertas itu dihasilkan daripada ideanya sendiri kerana yang ada di pasaran tidak sesuai untuk mencarik kulit al-Quran yang tebal. Awalnya beliau membina mesin itu di Indonesia tetapi hasilnya tidak memuaskan dan yang digunakan kini dibina anak tempatan.


SELAMATKAN AL-QURAN 5 ... Proses pilih dan asing ayat suci Al-Quran

En.Rahmat menunjukkan proses pelupusan ayat-ayat suci Al-Quran dimulakan dengan memilih bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat suci Al-Quran dan seumpamanya yang bercampur aduk dengan tulisantulisan lain. Setelah selesai proses pengasingan, bahan yang tergolong dalam ayat-ayat suci, ianya akan disimpan di tempat yang dikhaskan sebelum melalui proses selanjutnya. Proses pengasingan ini dijalankan dengan begitu teliti sekali kerana bagi mengelakkan bahan yang mengandungi tulisan yang berkaitan dengan ayat suci terlepas daripada pengasingan.
En.Rahmat melakukan demontrasi cara memilih dan mengasingkan bahan
yang mengandungi tulisan ayat-ayat suci Al-Quran.
Bahan yang telah dipilih akan dimasukkan ke dalam 2 buah bekas
berasingan yang melibatkan ayat-ayat suci Al-Quran dan bukan ayat suci Al-Quran. 

Malangnya, tidak ramai yang tahu cara tepat untuk melupuskan kita suci ini. Kejahilan ramai inilah yang turut mendorong sebuah syarikat tempatan iaitu penerbitan Al-Quran Mushaf Uthmani, Percetakan Saufi menawarkan khidmat pelupusan al-Quran menerusi Pusat Pelupusan Ayat Al-Quran Percetakan Saufi di Batu 10 Cheras, Kajang, Selangor.

SELAMATKAN AL-QURAN 4 ... Fadhilat menyanjung tinggi Al-Quran

Ayat-ayat Al-Quran yang tercatat di buku lama atau kertas-kertas hendaklah dilupuskan dengan cara yang betul. Tidak boleh dibuang sesuka hati.
Diriwayatkan, seorang sahabat menjumpai al-Quran, menyapukan wangian padanya dan menyimpan di tempat tinggi. Bagi sahabat itu, Allah janjikan syurga. Begitu juga Saidina Umar yang terjumpa keratan al-Quran lalu diambil dan diciumnya, Allah memberikan pahala.

Jika ditanam, perlu dipastikan tempat itu tidak di langkah atau abu hendaklah ditaburkan ke laut.


Percetakan Saufi adalah syarikat percetakan yang telah diberi lesen oleh Bahagian Kawalan Penerbitan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk membekal, mengganti dan mengambil Al-Quran lama bukan Mushaf Uthmani bagi tujuan pelupusan.Syarikat itu turut mengumpul dan melupuskan Al-Quran lama yang disalah cetak dan tidak mendapat kelulusan Lajnah Tashih Al-Quran KDN terutama yang dicetak sebelum 1990, mengandungi perkataan salah dan jika dibaca membawa maksud salah serta mendatangkan dosa. Jadi jika terdapat sebarang ayat suci di kertas atau buku lama yang tidak digunakan lagi, boleh di hantar ke syarikat ini untuk dilupuskan dengan cara yang betul. Berhati-hati ketika membuang kertas, naskah atau buku lama, takut-takut ada ayat Al_Quran. Periksa buku tersebut dan pastikan tiada sebarang ayat suci sebelum dibuang.

SELAMATKAN AL-QURAN 3 ... Fatwa Pelupusan Al-Quran

En.Rahmat menunjukkan gumpalan
kertasyang mengandungi cetakan
ayat suci Al-Quran.
Betapa sayu dan pilunya hati ini apabila terpandang kertas yang mengandungi tulisan ayat-ayat suci Al-Quran yang dipungut di tempat pembuangan sampah. Inikah yang dikatakan umat Islam yang menyayangi Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran adalah mukjizat nabi yang dianugerahkan Allah s.w.t. kepadanya dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s.


Fatwa Pelupusan Al-Quran

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-30 yang bersidang pada 22 Aug 1992 telah membincangkan Pelupusan Al-Quran. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Al-Quran yang rosak, koyak, yang tidak lagi boleh dibaca dan yang bukan resam uthmani hendaklah dilupuskan.
     
  2. Kaedah pelupusan ialah dibakar di tempat yang dikawal dan ditanam ditempat yang dikawal.
     
  3. Kerja-kerja pelupusan hendaklah dipertanggungjawabkan kepada Urusetia atau Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri. Dan dilakukan dengan cara tersembunyi demi mengelakkan salah faham orang ramai.
Banyak lagi cebisan yang dibuang merata-rata tanpa ada rasa bersalah dalam  diri orang yang melakukannya.
Timbunan kertas yang mengandungi ayat suci yang menunggu untuk dilupuskan.


SELAMATKAN AL-QURAN 2 ... Pusat Pengumpulan & Pelupusan Al-Quran

Peristiwa yang berlaku di Batu Pahat semestinya menjadi iktibar kepada umat Islam di Malaysia kerana berlakunya peristiwa tersebut disebabkan oleh kecuaian atau kejahilan umat Islam sendiri. Penubuhan PUSAT PENGUMPULAN DAN PELUPUSAN AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN oleh individu yang prihatin iaitu EN. RAHMAT bin MAHDAN di LOT 6213, Ulu Langat, Kajang sedikit sebanyak dapat merubah keadaan daripada terus menerus berlaku.
PUSAT PENGUMPULAN DAN PELUPUSAN AYAT SUCI AL-QURAN yang sedia menerima  Al-Quran yang tidak digunakan lagi.
Menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk menghantar Ayat Suci Al-Quran  ke tempat yang telah dibangunkan.
Saya bersama saudara EN. RAHMAT , Individu yang bertanggungjawab menubuhkan pusat tersebut untuk menyelesaikan masalah pembuangan Ayat Suci Al-Quran ke tempat yang tidak sepatutnya.


SEGALA KEMUSYKILAN DAN PERTANYAAN BOLEH BERHUBUNG TERUS KE :
PERCETAKAN SAUFI

55, LORONG HJ. HUSSEIN SATU,
OFF JALAN RAJA MUDA
KAMPUNG BARU, 50300 KUALA LUMPUR.

03-2693 3049 (pejabat) 03-2693 3051 (faks)


EN.KHAIRUL AIZAT RAHMAT : 010-3086776 / 017-3085773

SELAMATKAN AL-QURAN 1 ... Al-Quran dibuang di pusat kitar semula

BATU PAHAT - Pejabat Agama Daerah ini terkejut dan kecewa dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membuang al-Quran dan kitab sewenang-wenangnya.

Pentadbirnya, Mustaffa Omar berkata demikian selepas mengesan banyak al-Quran dan kitab lama yang diletak di tepi sebuah pusat kitar semula di Jalan Parit Besar di sini baru-baru ini.


Perbuatan seperti itu, katanya, bertentangan dengan peraturan.

Menurutnya, sepasukan pegawai dan kakitangan dari Bahagian Pendidikan Pejabat Agama Batu Pahat serta unit penerbitan di Kementerian Dalam Negeri telah dimaklumkan mengenai perkara itu dan telah menjalankan siasatan di premis berkenaan pada 15 Jun lalu.

“Kami dapati beberapa naskhah al-Quran serta beratus-ratus kitab, termasuk yang dimakan anai-anai, dilonggokkan di satu sudut di pusat kitar semula itu.