20 November, 2011

MENYEBARKAN ILMU YANG BAIK <> Kelebihannya

Ibnu Majah meriwayatkan daripada Sahal bin Mu’az bin Anas, daripada bapanya bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda : 
“Barangsiapa yang mengajarkan satu ilmu maka baginya pahala orang yang mengamalkannya sedangkan tidak mengurangkan pahala orang yang mengamalkannya.” 
(Ibnu Majah)

Banyak kelebihan yang dikurniakan kepada orang yang menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan berguna. Ini kerana usaha mengajar dan menyebarkan ilmu yang bermanfaat dan membawa kebajikan kepada masyarakat adalah amat tinggi nilainya di sisi Islam. Orang yang mengajar ilmu kepada orang lain bilamana orang yang diajar itu mengamalkannya, dia juga akan diberi ganjaran pahala tanpa mengurangkan pahala pengamalnya.

UNDUR SEBELUM MAJU >>> Batal kerja 9 jam

Saya tegaskan kita tidak harus bebankan guru kerana profesion perguruan ada keistimewaan dan berbeza dengan perkhidmatan awam lain. 
- Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri

Tugas guru istimewa, berbeza: Muhyiddin

LABUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam mengakhiri persoalan dan kebimbangan kira-kira 500,000 guru apabila mengumumkan pembatalan program rintis pengajaran sembilan jam yang dijadual dilaksanakan di Pahang, Johor, Melaka serta Sarawak, tahun depan.


PERSOALANNYA :
Kemungkinannya jika kerja 9 jam ada kebaikannya, di mana silapnya kita tidak akan tahu jika tidak dicuba dahulu. Inilah yang dikatakan dalam peribahas : "ANJING DENGAN BAYANG-BAYANG"

WANITA <> Cabaran Masa Kini

Sememangnya cabaran wanita masa kini terlalu tinggi dan sukar diatasi jika tidak kerana IMAN dan PEGANGAN yang kuat dalam agama. Wanita itu sendiri yang mesti pandai memilih jalan yang sebaiknya untuk mendepangi pelbagai cabaran yang kebanyakannya menjurus ke lembah kehinaan. Jadi, jangan tersilap langkah ketika berhadapan dengan cabaran yang mendatang.