27 Oktober, 2011

REHAT >>> Keperluan Rohani dan Jasmani

ESOK JUMPA LAGI !!! 
Dengan entri yang lebih POWER.
jom !!!  R E H A T
di .....
:: Wasasalam ::
~~~^^^^^^~~~

JUMAAT >>> Amalan yang mudah

K E R A T  KUKU

Barangsiapa kerat kuku pada hari >>>

Sabtu: 
NESCAYA keluar dari tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

Ahad: 
NESCAYA keluar kekayaan masuk kemiskinan

Isnin: 
NESCAYA keluar daripadanya gila dan masuk sihat

Selasa: 
NESCAYA keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

Rabu: 
NESCAYA keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan

Khamis: 
NESCAYA keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit

Jumaat: 
NESCAYA keluar daripadanya dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala

OLEH ITU, keratlah kuku jangan tak kerat. Kerat bukan sebarang kerat tapi ada kaedahnya. Walaupun hanya kuku tapi adalah sebahagian daripada badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya kerat kuku ada adabnya selain mengikut hari, kita juga perlu buang kuku itu pada tempat yang tidak kotor, sebagaimana yang diajar.Seeloknya kita membuang ke tanah kerana kita juga berunsur tanah, bukannya tong sampah sekali pun tong sampah itu bersih.

Mulakan kerat kuku tu mulai dengan Bismillah dan selawat Nabi dan kerat start jari telunjuk sebelah kanan sampai habis tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan.

Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.

Apa-apa pun sungguh mudah untuk berbuat pahala, cuma amalkan panduan yang semudah ini, Allah Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani terhadap hambanya. Jadi, mari kita amalkan bersama-sama.Moga-moga bertambah-tambah amalan yang baik untuk bekalan di akhirat nanti.

SURAH al-FATIHAH ... Pedoman Bacaan

KLIK punya KLIK terjumpa artikel ini dalam WEB
http://myibrah.com/kesalahan-membaca-al-fatihah#

Sangat berguna untuk kita umat islam di mana solat adalah tiang agama. ROBOH TIANG HANCUR AGAMA

PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH
Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid,bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut disenaraikan nama syaitan laknattullah yang wujud di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati apabila membacanya.

NAMA SYAITAN
1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU
4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK
5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS
6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari

Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!!

7.SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
8.AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaanya.

JELAJAH IBADAH >>> Mencari idea 6

LEBIH 4 JAM mengharungi perjalanan yang jauh dan memenatkan, tiba masanya membasahkan tekak dan mengalas perut di coffee corner R&R Machap.
CUBA TEKA ... siapa antara ber3 = ADMIN BLOG 
Allah berfirman yang bermaksud : 
“Makanlah makanan yang halal dan baik daripada rezeki yang telah Allah kurniakan kepada kamu. Dan patuhlah kepada Allah yang kepada-Nya kamu telah beriman.” 
(Surah al-Maidah, ayat 88)

JELAJAH IBADAH >>> Mencari idea 5

MENUJU ke R&R Machap Arah Selatan untuk meninjau keindahan lanskap dan bentuk binaan tandas untuk dijadikan contoh.
Selepas bayar tol, kami menukar arah ke R&R Machap Arah Utara dengan tugasan yang sama.

JELAJAH IBADAH >>> Mencari idea 4

EMPANGAN BEKOK ... menuju ke Empangan Bekok untuk aktiviti relis tension sebab dah penat meredah ladang sawit sebentar tadi.
Dari Labis, kena belok kiri untuk ke sana.
Cermin "JANGAN PANDANG BELAKANG"
terhad hanya TOYOTA HILUX
Subhannallah ... bersarnya kurniaanMU
di tengah-tengah hutan ada empangan air ...
sayup mata memandang

JELAJAH IBADAH >>> Mencari idea 3

KINI dalam perjalanan balik, singgah ke Kampung Hj.Kamisan untuk meninjau konsep binaan surau yang baru siap dibina. 
Seronok menyelusuri jalan sempit di bawah lindungan pokok "kurma" Malaysia ,
salah satu kenderaan MESTI berhenti untuk memberi laluan kendaraan lain.
PENGORBANAN YANG AMAT DIHARGAI oleh kami kepada mereka.
Jalannya memang sempit .... muat untuk sebuah kenderaan HILUX ni....
Dah sampai ... jauhnya +- 3 km ... jauh tuuuuu!!!
TERPEGUN melihat bangunan surau yang tersergam indah,
walaupun jauh di pendalaman.
Memang cantik binaan surau yang dibina oleh rakan kami.
Sentiasa berdoa agar jelajah kami dipermudahkan walau ke mana kami pergi semata-mata untuk mencari sesuatu yang akan kami gunakan dalam projek pembangunan masjid di Sabak Uni.

DOA PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN 
( Untuk tatapan para pembaca yang budiman )


رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya : "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"

(Al-Baqarah : 286)

JELAJAH IBADAH >>> Mencari idea 2

MENERUSKAN PERJALANAN ke pekan LABIS untuk singgah sebentar di Masjid Jamek Labis dan shoot beberapa gambar untuk dijadikan contoh dalam projek pembesaran masjid Sabak Uni.
Menara masjid di Labis.

Solat Sunat Tahiyatul Masjid
Bertanya anda tentang solat sunat tahiyatul masjid, maka dijawab: Adalah solat itu solat sunat 2 rakaat seperti solat sunat yang lainnya, hanya sanya diniatkan sunat tahiyatul masjid. Dilakukan untuk menghormati masjid, bila masuk sahaja ke dalam masjid sebelum duduk.



DALIL

Sabda Rasulullah s.a.w :

إذا دخل أحدكم المسجد فلا يجلس حتى يصلى ركعتين


Maksudnya : "Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi masjid, maka janganlah dia duduk sebelum solat dua rakaat".

NIAT :

أُصَلِّي سُنَّةَ تَحِيَّةُ الْمَسْجِدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tahiyatul Masjid 2 rakaat kerana Allah Taala.

JELAJAH IBADAH >>> Mencari idea 1

TUGASAN pertama dalam program ini ialah mencari konsep rekaan binaan masjid atau surau untuk dijadikan contoh membangunkan bangunan tambahan masjid di Sabak Uni. Bertolak jam 9.00 pagi dari Parit Raja, singgah sebentar di tepian jalan Yong Peng untuk mengalas perut dengan menu NASI BERANI (briayani).
Melalui jalan Ayer Hitam - Yong Peng.
Inilah Warung Nasi Briyani Kambing
Bersama dengan rakan-rakan dalam JELAJAH IBADAH ...
mencari sesuatu  untuk pembangunan masjid.
Nasi Briyani Kambing .... Alhamdulillah .