26 Oktober, 2011

DUDUK ANTARA 2 SUJUD >>> Fahamilah

Lafazkanlah dengan jelas dan nyata ... Fahamilah maknanya setiap kali kita mengamalkannya ketika solat ... InsyaAllah, ibadah kita akan lebih khusyuk ...
Mudah-mudahan solat kita diterima oleh ALLAH s.w.t.

WANITA >>> 10 Nasihat Untukmu

1).Ya, Fatimah kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum menghilangkan keburukan dan meningkatkan darjat wanita itu.

2). Ya, Fatimah kepada wanita yang bertungkus-lumus ketika menumbuk gandum untuk suami dan anak-anaknya,nescaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka 7 tabir pemisah.

3).Ya, Fatimah. Tiadalah seorang wanita yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah menetapkan pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4). Ya, Fatimah, Tiadalah wanita yang menahan keperluan jirannya, melainkan Allah akan menahannya dari minum air telaga kauthsar pada hari kiamat nanti.

5). Ya, Fatimah, yang lebih utama dari keutamaan di atas adalah keredaan suami terhadap isteri. Andaikata suamimu tidak reda kepadamu,maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah, wahai Fatimah. Kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6). Ya, Fatimah. Apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya,
dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta menghapus seribu keburukan.
Ketika wanita merasakan sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah.
Setelah seorang wanita melahirkan kandunganya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya.
Apabila seorang wanita itu meninggal dunia ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikit pun dan akan dianggap sebagai mati syahid.
Di dalam kubur akan mendapat sebuah taman indah yang merupakan sebahagian dari taman syurga.
Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala 1000 orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu Malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7). Ya, Fatimah, Tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang dan ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala 100 kali beribadah haji dan umrah.

8). Ya Fatimah, Tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih sayang (rahmat).

9). Ya, Fatimah, Tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para Malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10). Ya, Fatimah. Tiadalah seorang wanita yang membantu meminyaki kepala suaminya dan menyisir rambutnya, meminyaki janggut dan memotong misainya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman dari air syurga yang dikemas indah yang didatangkan dari sungai-sungai Syurga.



--------------------------
Semoga Allah menjadikan kita wanita Muslimah yang boleh menjejaki sifat-sifat dan budi pekerti sayyidatuna Fathimah Az-Zara R. A. sehingga kita akan selamat dunia dan akhirat ... Amin... Amin...Ya Robbal Alamin.

DIARI SUBUH >>> Kedangkalan Hati Menerima Kebaikan

26 OKTOBER 2011, 6.05 a.m. - memenuhi rutin SUBUH di masjid untuk sama-sama mengimarahkan majlis ilmu "TAFSIR al-QURAN". Apa yang dapat disimpulkan setelah mendengar ulasan dan huraian imam beginilah serba sedikit coretan yang dapat ditintakan dalam coretan di bawah.

"HATI YANG KERAS UNTUK MENERIMA KEBAIKAN"
@
"HATI YANG LEMBUT UNTUK MENERIMA KEMUNGKARAN"

1. Taa' Haa. 

2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menanggung kesusahan. 

3. hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang Yang takut melanggar perintah. Allah 

4. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) Yang menciptakan bumi dan langit Yang tinggi. 

5. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.

BEGITUlah hati manusia yang di dalamnya akan tersemai sama ada titik kebaikan atau kejahatan. Sebagai perisai menghalangi diri daripada titik-titik kejahatan @ kemungkaran, rajin-rajinlah membaca ayat-ayat suci al-Quran kerana di dalamnya berbagai jenis perisai yang boleh melindungi diri kita.

TERJAGA DI 1/3 MALAM >>> Nak Buat Apa?

KALAU kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah s.w.t. Sebenarnya, Allah s.w.t. mengirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada-NYA. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mohonlah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah. Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa lakukan apa-apa (contoh : bertahajjud, beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita.”
BAGI MEREKA YANG TIDAK BERUPAYA 
Menghidupkan Malam
Cuba renung-renungkan hadis di bawah ini.

Dari Abdullah r.a katanya :

Diceritakan kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam sampai Subuh. Maka bersabda baginda Rasulullah SAW: 
" Orang itu telah dikencingi oleh syaitan di kedua-dua telinganya."
( HR : al-Bukhari)

Di sebalik tirai :
Tirai 1 :
Mengambil berat tentang solat akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk berdamping hingga menyebabkan seseorang itu malas dan lalai.
                                         Tirai 2 :
Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajjud) adalah amalan yang sangat dituntut oleh Islam bahkan ia boleh menjadikan iman seseorang itu kuat bahkan menjadi benteng yang menangkis daripada sebarang perbuatan khianat (sihir) menimpa diri.

Tirai 3 :
Islam menyarankan kita agar berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap. Abu Hurairah meriwayatkan: "Sesiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.