20 Oktober, 2012

IBU BAPA .... berhadapan dengan anak-anak

          Anak-anak adalah amanah Allah S.W.T yang telah diserahkan kepada ibubapa untuk dijaga dan dipelihara dengan membimbing mereka ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.
          Membeza-bezakan anak adalah faktor yang boleh merosakkan peribadi dan jiwa mereka kerana akan timbul perasaan hasad dengki hingga membuatkan mereka sering bergaduh dan hilang rasa kasih sayang sesama sendiri.
          Sewajarnya ibubapa menyamakan layanan antara anak-anak tanpa mengira lelaki atau perempuan, sempurna atau cacat, cantik atau tidak kerana semua perkara dari segi pakaian, makanan, pemberian, kasih-sayang dan sebagainya adalah hak mereka yang mesti dipenuhi dan diberi sama rata apatah lagi hubungan antara ibubapa dan anak adalah hubungan yang bersifat kewajipan dan tanggungjawab.
           Sesungguhnya ibubapa yang berlaku adil akan diberkan ganjaran syurga di akhirat kelak sebagaimana yang tersebut dalam hadith Rasulullah s.a.w, maksudnya: Sesiapa yang mempunyai anak perempuan, kemudian tidak dihinakan dan tidak mengutamakan anak lelaki dari anak perempuan, nescaya dia dimasukkan Allah ke dalam syurga. (Abu Daud & Hakim)

WASPADA ..... jangan lebih 40 hari

INGAT .... bila keluar kenderaan !!!

Sekadar peringatan kepada kita semua :

i. Lengkapkan kenderaan kita dengan alat kunci tambahan (alarm security) / lebih baik lagi dipasang dengan peranti GPS untuk mengesan jika berlaku kecurian

ii. Kejutkan isteri atau orang yang duduk disebelah kita jika dia sedang tidur untuk maklumkan jika kita ingin berhenti untuk ke tandas/ membeli jajan


iii. Amalkan sikap sentiasa berwaspada (highly alert) dengan sekeliling sebelum keluar daripada kenderaan

iv. Amalkan prinsip keselamatan “turun dan kunci” serta merta. Semua pintu depan dan belakang samada dikunci dari luar atau minta orang di dalam kenderaan kuncikan kenderaan (boleh diamalkan utk kereta dan motosikal => secara prinsipnya biar kita hilang 2 minit utk kunci kenderaan kita daripada hilang berjam-jam utk mencari kenderaan sekiranya dicuri)

v. Sentiasa simpan skru driver/ benda yang tajam selain daripada pisau di dalam kenderaan . Utk digunakan jika berlaku kecemasan

vi. Jangan cepat panik – ambil masa dan cuba fikirkan tindakan yang perlu. Faktor utama ialah “keselamatan”

vii. Amalkan radius scanning sebelum dan sejurus turun daripada kenderaan – utk memastikan tiada sesiapa sedang memerhatikan kita viii. Nasihatkan isteri atau orang disebelah jika berlaku apa yang tidak diingini segera tekan hon (nada panjang) - Emergency Code

ix. Tindakan terjun daripada kenderaan melalui pintu sebelah kiri adalah tindakan terakhir sekiranya usaha lain gagal (jgn terjun sekali-kali ikut pintu kanan)

x. Sentiasa amalkan doa penggerak semasa dalam perjalanan. baca sebanyak mana yang boleh (at least 7 kali menurut Dr. Haron Din) Semoga kita dipelihara daripada kecelakaan dan sentiasa berwaspada sepanjang perjalanan….

JOM SHARE BERSAMA-SAMA!

ZULHIJJAH .... banyakkan zikir

Perbanyakkan zikir pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah!

سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر

DOA. ...... munajat dengan ikhlas


SOLAT ...... di mana jua kita berada


SOLAT ...... walau di mana sekalipun kita berada, solat jangan tinggal.
INGAT JANGAN LUPA



KAABAH ........ tumpuan bulan haji


KAABAH ....... gambaran zaman lampau yang serba kekurangan tetapi para jemaah tetap dengan satu tujuan iaitu mencapai darjat haji yang tertinggi.


DOA......untuk kesejahteraan hidup


Berdoalah tanpa mengira masa dan tempat.

ORANG BIJAKSANA .... apa tandanya


Tanda manusia yang berbahagia hidupnya di dunia dan akhirat..... jujur dan ikhlas dalam semua perbuatan.

DOA ..... ketika kesedihan


BERKAWAN ..... yang baik atau yang buruk

Kawan dan teman ketawa memang ramai, tetapi teman di kala menangis memang sukar dicari, sebabnya mana ada manusia yang suka akan kesedihan. Oleh itu cubalah jangan menangis bila berteman, menangislah seorang diri....

HAJI ...... mabrur vs maudhuk


Didoakan semoga para jemaah haji 1433H  memperoleh haji yang mabrur, kerana perbelanjaan yang dikeluarkan tidak akan merugikan bahkan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah swt.


AMALAN HARIAN ...... lakukan dengan ikhlas


Berselawat pagi dan petang tanpa sebarang keraguan di hati, InsyaAllah segala amalan yang dilakukan mendapat ganjaran yang setimpal.