08 Julai, 2011

PERKAHWINAN PALING BERKAT, paling murah belanja

Perkahwinan itu merupakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w..
Nabi (Muhammad s.a.w.) juga merupakan manusia yang mempunyai fitrah seperti setiap manusia yang lain. Nabi Muhammad s.a.w. merupakan manusia pertama yang memasuki syurga, kerana Baginda s.a.w. adalah insan terbaik dan kata-kata Baginda s.a.w. adalah benar. Nabi s.a.w. telah banyak berpesan kepada umatnya untuk berkahwin, jadi, tidak mungkin (tujuan sebenar) perkahwinan itu membawa kepada kesan yang tidak baik, bahkan sebenarnya kebaikan yang dijanjikan, seperti mana firman Allah s.w.t. dan sabda Nabi s.a.w. yang telah dibincangkan tadi. Perkara yang jelas yang boleh diperoleh melalui perkahwinan ialah pahala mengikuti sunnah nabi s.a.w. dan pahala umpama mendirikan sebuah masjid. Malah lebih banyak ganjaran dan pahala yang boleh diperoleh sekiranya sesuatu perkahwinan itu diberi pengisian yang baik di dalamnya (berusaha membentuk keluarga yang sakinah).

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sebaik-baik maskahwin ialah yang mudah” 
(Riwayat Abu Daud)
Dalam hadis lain baginda bersabda: “Sebaik-baik wanita ialah yang memudah untuk diri maskahwin” 

(Riwayat at-Tabrani)

Rasulullah menyebut, wanita yang paling baik ialah bila maskahwinnya paling mudah (mudah bukan murah). Ya, mudah bagi lelaki untuk memberi maskahwin kepada isterinya.


BERZANJI .... semakin terpinggir


PERSOALAN :Apakah hukumnya membaca berzanji yang diamalkan di negeri ini? Ada yang mengatakan bid’ah dan ada yang mengatakan baik kerana mengingati sejarah Rasulullah.

Jawapan:
Adalah dimaklumkan bahawa bacaan berzanji telah menjadi satu tradisi keagamaan bagi masyarakat Islam disebelah sini dan ia adalah dianggap salah satu cabang kebudayaan Islam. Kitab berzanji yang dibaca itu mengandungi sejarah hidup Rasulullah (sirah nabawiyah) selain daripada pujian-pujian bagi rasul junmjungan alam. Membacanya dapat pahala dengan niat hendak mengetahui sejarah hidup rasulullah yang mana percaya kepada rasul salah satu rukun iman. Orang Islam hendaklah mengetahui rasulullah, ayahanda dan bonda juga anak-anaknya walaupun kebanyakan umat Islam di negeri ini yang membaca berzanji tidak faham ertinya tetapi bacaan-bacaan mereka betul dan tidak lari dari ayat-ayat yang berkenaan, oleh itu membaca berzanji diberi pahala kepada yang membacanya kerana ada kaitan dengan sejarah rasulullah SAW itu, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:” sesungguhnya Allah dan para malaikat mengucap selawat atas nabi wahai orang-orang yang beriman hendaklah selawat dan salam ke atasnya.


Negara asal : Malaysia
Negeri : Melaka
Badan yang mengisu fatwa : Pejabat Mufti Negeri Melaka
Tarikh Diisu : 1985

TAUBAT ... permintaan atau harapan

Dari Abu Musa r.a, dari nabi s.a.w katanya :
" Allah Azza wa Jalla membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang bersalah siang hari, dan membentangkan tangan-Nya siang hari untuk menerima taubat orang yang bersalah malam hari sehingga matahari terbit di Barat."
(Riwayat Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a katanya, rasulullah s.a.w bersabda :
" Allah Taala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraan seseorang yang menemui kembali barangnya yang hilang."
(Riwayat Muslim)

Nabi SAW bersabda, maksudnya : 
"Sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan taatkan Allah, beramal soleh, maka ia dibangkitkan oleh Allah hidup kembali dengan keadaan yang menyukakannya; dan sesiapa yang mati pada masa ia dalam keadaan derhaka kepada Allah, berbuat jahat, maka ia dihidupkan kembali dengan keadaan yang mendukacitakannya,"
(Riwayat Jabir r.a.)
MORALnya ...
Setiap perbuatan akan dibalas setimpal dengan segala perkara yang dilakukan. Sekiranya sewaktu hidup di dunia melakukan perkara yang baik dan meninggalkan perkara yang dilarang, pasti ganjaran pahala sedia menanti.  Sebaliknya, jika perbuatan-perbutan keji yang menjadi amalan hidupnya, catatan dosa pula sedia menanti.  Ajal maut adalah ketentuan ilahi. Tidak terawal, atau terlewat, walaupun sedetik.  Insya-Allah pintu taubat masih terbuka, selagi nyawa belum sampai ke halkum. Sekiranya seseorang mati dalam keadaan beriman, dibangkitkan kelak dalam kedaan gembira. Sebaliknya, apabila mati dalam keadaan derhaka, pasti dibangkitkan dalam keadaan mendukacitakan. Setiap orang dibangkitkan mengikut amalan masing-masing.

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :
1. Ikhlas ingin bertaubat
2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
5. Dikerjakan sebelum ajal tiba atau terbitnya matahari dari sebelah barat 

sebagai alamat kiamat kubra.

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

ANDAINYA ... Al Quran Berkata-kata

Holy Quran is my Name
Kitab Suci Al-Quran adalah namaku
I am a book in elegant prints
Aku kitab yang dicetak dengan cantik sekali
To know my name here are some hints
untuk mengetahui tentang aku ada beberapa petunjuk
High on a shelf, I am kept,
Aku diletakkan di atas rak yang tinggi.
Forgotten there, I am left.
Dibiarkan di sana, aku tertinggal dan dilupakan.
Sometime they put me on dirty places to dispel ghost and jinn as they said,
Terkadang aku diletakkan di tempat yang kotor, katanya untuk mengusir hantu dan jin.
And forgotten there, I am left too.
Dan di sana juga aku dibiarkan, tertinggal dan dilupakan.
With respect I do get lots of kiss after reading.
Dengan penuh kehormatan aku acap kali dicium setelah selesai dibaca.
But,
Tetapi,
My main point is what they always miss.
Pengajaran dan petunjuk utama yang ada padaku selalu dilupakan
Neglecting the message inside me.
Mereka mengabaikan pesanan yang ada padaku.
At times I am used for phony swear,
Ada ketikanya aku digunakan untuk bersumpah palsu,
My true use is very very rare.
Aku sangat-sangat jarang digunakan dan diperhatikan
A miracle I am that can change the world
Betapa ajaibnya aku boleh mengubah dunia
All one has to do is understand my word.
Yang semestinya mereka lakukan adalah memahami perkataanku.
So you musst read me, and learn me,
Justeru itu semestinya bacalah aku, pelajarilah aku.
Look what I must told to you.
Perhatikan apa yang harus aku katakan untukmu.
I have law
Aku memiliki hukum
I hhave wisdom
Aku memiliki kebijaksanaan
I have treasure
Aku memiliki sesuatu yang amat berharga.
So much so there is no measure.
Dan banyak yang aku miliki yang tidak boleh sesiapa pun menghitungnya
I'm your savior,
Akulah sebagai penyelamatmu,
I'm your guide,
Akulah pembimbingmu,
I'm from Allah the creator of universe
Aku diturunkan oleh Allah Yang Maha Pencipta Seluruh Alam
I was taught by our Prophet Muhammad p.b.u.h., and depended with tear and blood.
Aku diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan dipertahankannya dengan air mata dan bermandi darah.
Right from wrong is my fame,
Memperingati kebenaran  adalah kemasyhuranku,
So, you must read me, learn me, and told everyone the content of me.
Maka bacalah aku, pelajarilah aku, dan sampaikan isi yang ada padaku.
Because,
Sebab,
HOLY QURAN is my name.
AL-QURAN AL KARUM adalah namaku.

1. Maha berkat Tuhan Yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.

2. Tuhan Yang Menguasai pemerintahan langit dan bumi, dan Yang tidak mempunyai anak, serta tidak mempunyai sebarang sekutu Dalam pemerintahanNya; dan Dia lah Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu Dengan ketentuan takdir Yang sempurna.