03 Jun, 2012

MARAH .... jauhkan sifat ini

Ketika sedang marah, cuba letakkan diri anda sebagai diri orang yang anda marahi. 
Fikirkan tentang jasa dan kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda.

HUTANG .... 1001 masalah


DOA AGAR DAPAT MEMBAYAR HUTANG

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلالِكَ عَنْ حَرامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ 

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhindar) dari yang haram. Kayakanlah aku dengan AnugerahMu, (hingga aku tidak minta) kepada selainMu.

TIDUR .... bila mengantuk ?

Petua Untuk Mengatasi 
Masalah Tidur

1. Amalkan mandi sebelum masuk tidur, pastikan badan anda sentiasa segar. Badan yang segar mengundang tidur yang lena.

2. Cuba biasakan diri masuk tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari.

3. Pastikan tempat tidur dan bilik selesa. Tidak panas dan tidak bising.

4. Sebelum tidur, cubalah lakukan senaman ringan. Ini bertujuan melancarkan perjalanan darah.

5. Lebih banyakkan relaks/merehatkan diri sebelum tidur - contohnya dengan membaca atau mendengar muzik yang lembut/instrumental.

6. Fikiran kusut sudah tentu mengganggu waktu tidur anda. Jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, cuba tulis dalam buku catatan (luahkan peristiwa yang membelenggu fikiran) dan beritahu diri sendiri: Masalah akan boleh diselesaikan pada esok hari.

7. Jika memang tidak boleh tidur dan rasa tidak mengantuk, jangan berbaring, sebaliknya cuba lakukan aktiviti seperti membaca, menonton TV atau mendengar muzik.

8. Buka sedikit tingkap agar udara dari dalam dan luar masuk atau berkitar dengan baik.

9. Jika anda tidak dapat tidur semalaman, JANGAN cuba terus tidur waktu siang pada esok hari. Ia boleh mengakibatkan anda sukar tidur pada malam berikutnya. Jika terlalu letih cuba tidur lebih awal.

10. Jangan makan dan minum dengan banyak bila larut malam. Perut yang terlampau kenyang akan menyulitkan tidur anda.

11. Elakkkan daripada mengambil minuman seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat kerana ianya boleh menyukarkan tidur anda.

12. Berwudhuk sebelum tidur

13. Membaca Al-fatihah, Ayat Qursi, 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nass)

14. Mengucap 2 kalimah syahadat

15. Membaca doa tidur

16. Bercakap/berdoa menyatakan impian-impian anda dalam hidup di dunia dan akhirat

17. Tutup mata dan beristighfar di dalam hati sehingga terlelap.

ALAHAI LEMBU - AYAM ... dapat berkata-kata

Kalaulah Lembu Boleh Bercakap dengan Ayam ....

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku IBU!

KESABARAN .... Betapa indahnya

Indahnya Kesabaran 

Aku meminta dari Tuhan sekuntum bunga yang indah,
Tetapi diberinya kaktus yang hodoh dan berduri…
Aku minta dari Tuhan seekor rama-rama yang cantik,
Tapi diberiNya seekor ulat yang lembik dan hodoh….
Aku pun kecewa …
Di saat aku kecewa,, tiba-tiba…
Kaktus itu berbunga indah sekali
Dan ulat itu menjadi seekor rama-rama yang begitu indah dan cantik.

Itulah janji TUHAN. Selalu indah pada waktunya.
Itulah KESABARAN kita.
Bersyukurlah selalu untuk semua perkara yang kita lalui dalam kelangsungan hidup ini

PEPERIKSAAN .... amalan berdoa

Koleksi DOA Untuk Peperiksaan

Doa Memulakan Ulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.” -

Doa Selepas Mengulangkaji

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”

Doa Pada Hari Peperiksaan: Berdoalah dengan doa-doa berikut pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung…mudah-mudahan mendapat hikmah daripada Allah Taala :

1. Ketika Memasuki Dewan Peperiksaan:

وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

2. Ketika Menerima Kertas Soalan

:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


3. Ketika Sukar Menjawab

ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”

4. Atau:

اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

5. Jika Anda Terlupa Jawapan

:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku

Mudah-mudahan Allah akan memakbulkan doa yang lahir dari hati yang ikhlas dan suci murni. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari hambanya.

ANAK LASAK ..... nak menangani

Petua Islam Menangani Anak Lasak

Untuk menangani anak lasak atau nakal, doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.

Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak. Selalu amalkan baca “Ya Latif” sebanyak 7 kali dan dihembuskan pada kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

CUTI-CUTI .... banyak manfaatnya

Petua Untuk Memanfaatkan 
Musim Cuti Sekolah Anak-Anak 

• Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.
•  Bawa keluarga melancong dalam negeri. Lawatlah temapt-tempat yang menarik di seluruh negara bersama anak-anak. Kalau anda kurang mampu, bawalah anak-anak berkelah di tepi pantai atau taman rekreasi.
•  Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Ajar anak-anak permainan tradisional.
• Menonton bersama anak-anak. Apabila menonton televisyen bersama, bincang dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.
•  Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.
• Kalau ada perpustakaan awam yang berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca
• Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.
• Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas drama.
• Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan.

BERUBAH .... kepada yang lebih baik

Jadilah yang lebih baik dari semalam....

KEBENCIAN DI SEBALIK KEBAIKAN .... yang mana menjadi pilihan