28 Oktober, 2011

DIARI SUBUH >>> Pabila Berkata-kata

28 OKTOBER 2011, jam 6.05 pagi tadi -- aku berkesempatan menghadiri kelas TAFSIR al-QURAN yang dibaca oleh Pak Aji Khamin. Sedap didengar alunan suara mengaji beliau. Ini yang dapat aku kutip serba sedikit isi tafsir yang dibaca dan diulas oleh beliau.
Ianya berkaitan tentang .... PABILA BERKATA-KATA .....
“Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. 
Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. 
Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. 
Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya”.
(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam al-Quran, Surah al-Israq;ayat 53 ada menyatakan berkenaan ....PABILA BERKATA_KATA

 
53. dan Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata Dengan kata-kata Yang amat baik (kepada orang-orang Yang menentang kebenaran); Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan Yang menentang); Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh Yang amat nyata bagi manusia.

Ulasan Pak Aji Khamin (merujuk kepada Tafsir Pimpinan ar-Rahman):
- Hendaklah orang-orang yang beriman sentiasa menggunakan kata-kata yang baik dan lemah lembut kepada orang-orang lain, sama ada mereka orang kafir atau musuh atau sesiapa sahaja. Kerana kata-kata yang kasar dan menyinggung itu menimbulkan permusuhan sesama manusia. Bertambah pula syaitan sentiasa menghasut dan menyalakan api permusuhan. Oleh itu, awaslah akan musuh yang berbahaya itu.

FIKIR...FIKIRKAN dulu sebelum berkata-kata agar tidak menyakiti hati dan perasaan orang lain.



Tiada ulasan: