05 Disember, 2012

HUJAN ....berdoa minta hujan

Atmosfera kita berubah-ubah, demikian juga halnya terdapat hari yang berjerebu dan hari yang cerah. Dalam suasana berjerebu, apakah yang harus dilakukan untuk mengatasinya? Secara semulajadi, zarah-zarah di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses. Zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui proses graviti. Manakala proses basuhan hujan akan melibatkan pemeluwapan wap ke atas zarah kumin bagi membentuk titis air yang akhirnya menghasilkan awan. Zarah ini disingkirkan melalui perlanggaran dan perlekatan dengan titis hujan yang disebut cucian. Proses ini berperanan membawa zarah-zarah jerebu ke paras atmosfera tinggi dan hujan lebat atau ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan. Sedangkan hujan renyai yang singkat waktunya kebiasaannya tidak mendatangkan kesan dalam menghilangkan jerebu yang teruk. Untuk itu sebagai manusia yang dikurniakan akal fikiran kita hendaklah berusaha dan berikhtiar sedaya upaya dan bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah fenomena alam yang dihadapi selain daripada berdoa dan memohon pertolongan daripada Allah S.W.T kerana sesungguhnya segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kesilapan kita sendiri.

HUJAN .... Antara Lima Kunci Rahsia

Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan. Firman Allah yang bermaksud: "Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan." 
(al-Kahfi :109)

HUJAN .... Rahmat atau Laknat


                  Allah SWT menyuruh kita hamba-hambanya agar sentiasa melakukan apa yang disuruh-Nya dan meninggalkan apa yang dilarang-Nya.Maka selaku manusia yang ditugaskan menjadi khalifah Allah, wajib ke atas kita menjalankan perintah Allah itu tanpa rasa malas, angkuh dan sombong atau dengan lain perkataan menderhakai Allah dengan melakukan berbagai kemaksiatan di muka bumi ini. 
                  Sesungguhnya apabila kemurkaan Allah menjelma akibatnya amat dahsyat sekali sebagaimana yang telah berlaku pada kaum ˜Add yang hanyut dengan seribu satu kemaksiatan hingga pada suatu ketika telah datang kepada mereka awan mendung dan mereka berkata:Inilah awan-awan yang akan menurunkan hujan bagi kita... Namun ternyata bahawa hal yang sebaliknya berlaku di mana kebaikan yang mereka sangkakan akan mendatangi mereka sebenarnya adalah satu bala (malapetaka) yang diturunkan Allah akibat dari kejahatan yang mereka lakukan. 
                 Mengingatkan hal inilah, Rasulullah saw. akan merasa resah gelisah setiap kali awan mendung berarak, memikirkan sama ada ia merupakan satu rahmat atau satu laknat daripada Allah SWT. Oleh itu sebagai umat Islam, kita ini hendaklah sentiasa beringat dan menjauhi perkara yang mengundang kemurkaan Allah SWT. Lebih-lebih lagi di akhir zaman ini, berbagai-bagai malapetaka alam yang terjadi seperti gempa bumi, taufan, letupan gunung berapi, banjir besar, ombak besar dan sebagainya berlaku dan sesungguhnya segala peristiwa tersebut sebenarnya mempunyai pengajaran (mesej) yang tersendiri untuk umat manusia seluruhnya di mana hanya manusia yang benar-benar beriman dan beramal soleh serta yang diberi taufik dan hidayah sahaja yang akan sedar dan mengambil iktibar daripadanya.

HUJAN .... doalah yang baik-baik

Setiap perkataan yang keluar daripada mulut anak Adam adalah datang daripada niat dalam hatinya. Orang yang suka mengeluarkan kata-kata yang baik mencerminkan keikhlasan hatinya dan kebaikan hati budinya. Manakala orang yang suka bercakap perkara-perkara yang buruk kebiasaannya berperangai tidak elok. Itulah persepsi biasa dalam masyarakat. Begitulah keadaannya bilamana kita inginkan sesuatu kebaikan janganlah kita berkata perkara-perkara yang berbentuk negatif kerana ia seumpama doa yang dipohon secara tidak langsung kerana sesungguhnya Allah S.W.T Maha Mendengar segala percakapan hamba-Nya. Justeru apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya daripada kesilapan kita sendiri.

CERITERA SAHABAT .... Berilah Walau Sedikit Pun

Islam melarang caci mencaci antara jiran tetangga kerana mendatangkan permusuhan.

Islam melarang umatnya daripada menghina pemberian jirannya walaupun pemberian itu sedikit.
Islam menyuruh berbaik-baik antara jiran dengan jiran yang lain bagi menjaminkan kedamaian dan keharmonian hidup kejiranan.
Janganlah malu untuk memberi sesuatu kepada jiran tetangga walaupun pemberian itu pada pandangan orang lain tidak bernilai.
Sunnah bertukar-tukar hadiah atau juadah sesama jiran walaupun sedikit.

CERITERA SAHABAT ....Memelihara Ketenteraman Tetangga

Islam melarang umatnya mengganggu ketenteraman jiran.

Mengganggu jiran sehingga menimbulkan porak-peranda dengan pecah belah adalah dilarang oleh islam.
Orang yang menimbulkan kemarahan jiran adalah dianggap oleh Rasulullah sebagai tidak sempurna imannya.
Memelihara ketenteraman jiran adalah diantara tanda-tanda kesempurnaan iman dan kemuliaan akhlak.
Jiran yang dimaksudkan tidak terbatas kepada jiran kediaman semata-mata, malah merangkumi setiap kejiranan seperti kampung, daerah, negeri dan negara.

Sumber : Kitab Riyadh al-Solihin

CERITERA SAHABAT .... apa yang perlu dilakukan

Islam melarang mengganggu ketenteraman jiran.

Apa yang dilakukan oleh jiran tetangga untuk kebaikan janganlah dilarang atau diganggu.

Sebarang gangguan dan penentangan boleh merenggangkan hubungan dengan jiran.

Jiran tidak harus melarang jirannya daripada melakukan sesuatu yang bermanfaat dan tidak memberi mudharat, sama ada pada bangunan atau lainnya.

Kerjasama antara jiran adalah satu daripada fenomena persaudaraan islam dan imbangan sosial.

CERITERA SABAHAT .... mana lebih utama

      Jiran yang lebih diutamakan ialah jiran yang paling dekat dengan rumah.      Islam menggalakkan umatnya supaya memberi atau menghadiahkan sesuatu kepada jiran tetangga demi untuk mengeratkan hubungan kejiranan dan silaturrahim.
      Islam menggalakkan berbaik-baik dengan jiran tetangga.

CERITERA SAHABAT .... hubungan yang baik

(HR : At-Tirmizi) katanya ini hadis Hasan
<<>>Islam menggalakkan hubungan baik antara jiran   
          tetangga dan sahabat handai.

<<>>Orang yang berbaik-baik dengan jiran tetangga dan 
          sahabat handai sentiasa dipuji dan dimuliakan oleh 
          Allah SWT.

<<>>Hubungan persaudaraan hendaklah diperluas dan 
          dipereratkan antara sesama Islam.

<<>>Islam menitikberatkan hal kejiranan dan persahabatan.